29

4.1K 250 18
                                    

“Girls Fake Smiles. Boys Fake Feelings.”
———————

"Sejak balik dari berjumpa dengan Datin tu kau selalu termenung." Tegur Yazid sambil matanya sekejap memandang jalan raya sekejap memandang kearah Dahlia yang termenung.

"Apa yang Datin tu kata sampai kau jadi macam ni?" Soal Yazid nada perihatin.

"Tak ada apa pun." Balas Dahlia pendek, malas mahu bercerita tentang kejadian tadi dimana dia terkejut habis setelah dapat tahu yang Zafwin sudah pun berkahwin.

"Kau nak pergi mana selapas ni?" Soal Yazid.

"Kita pergi syarikat, aku ada tugas sikit nak kena buat." Yazid menganggukkan kepalanya setelah mendapat arahan dari bossnya.

Kereta MacLaren milik Dahlia dipandu laju oleh Yazid.

**********

Matanya meliar melihat suasana pantai yang indah ketika itu. Hanya beberapa orang sahaja berada disitu sehinggakan boleh dihitung dengan jari.

"Sayang. Puas abang cari." Lelaki itu memeluk Dahlia dari belakang sambil mengusap perut Dahlia.

"Abang. Cantikkan pantai ni?" Soal Dahlia sambil melihat matahari terbenam.

"Cantik macam awak." Irfan mencium lembut pipi Dahlia.

"Happy monthsarry sayang." Ucap Irfan perlahan.

"Thank you sebab bertahan dengan kerenah saya ni." Irfan memusingkan badan Dahlia untuk menghadapnya.

Kedua belah tangan Dahlia digenggam oleh Irfan.

"Even we don't know each other before married we still falling each other even now and forver." Irfan merenung ke dalam mata Dahlia dengan renungan yang membuatkan Dahlia selesa.

"I love you." Kata Irfan lalu mengucup dahi Dahlia lembut.

"I love you too husband."

Dahlia memeluk Irfan kemas setelah Irfan melepaskan ciuman didahinya.

"Saya tak nak kehilangan awak. Saya nak kita bimbing anak kita nanti, saya sayang awak, Irfan. Saya nak juga ada anak, cucu, cicit dengan awak. Kalau boleh biarlah kita ditakdirkan bersama sehingga kita diusia yang tua." Luah Dahlia sambil memeluk Irfan.

"Saya pun berharap macam tu sayang. Tapi kalau takdir memisahkan salah seorang daripada kita, kita kena redha dan terima seadanya." Balas Irfan. Kepala isterinya diusap perlahan.

"Saya tak boleh hidup tanpa awak." Adu Dahlia lalu mendongakkan kepalanya melihat Irfan dengan muka manja.

"Aik, sebelum kahwin boleh je awak hidup tanpa saya." Gurau Irfan lalu ketawa perlahan.

"Ish, itu dulu sebelum kahwin tapi sejak awak hadir dalam hidup saya, saya rasa saya tak boleh hidup tanpa abang yang sentiasa saya cintai tak kira masa."

"Auch, dah pandai buat ayat manis lah pula sayang abang ni." Irfan menciut hidung Dahlia.

"Walaupun kita selalu gaduh manja setiap masa saya rasa pergaduhan yang kita buat tu berbaloi sangat."

"Kenapa pula?" Berkerut dahi Dahlia.

"Sebab kalau kita gaduh manja gitu-gitu boleh merapatkan lagi hubungan kita yang sedang menyelubungi cinta ni." Dahlia menampar lembut bidang dada Irfan perlahan.

"Betul kan?"

"Ya, awak semuanya betul."

"Dahlia?" Dahlia terus membuka matanya setelah dikejutkan dari mimpi.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now