2

6.3K 322 5
                                    

"Oh no, get ready
I feel it coming, it's coming again" - TT
—————

"Hanna~" Dengan berirama Dahlia memanggil Hanna ditalian.

"Apa kau nak?" Soal Hanna. Malas mahu melayan kerenah Dahlia yang seperti budak-budak sedangkan dia tu dah jadi mak budak.

"Kau dekat mana ni?" Soalnya.

"Aku jauh lagi ni. Kau masuklah dul." Jawab Hanna membuatkan Dahlia mengeluh.

"Okay."

Dahlia menutup panggilannya. Dia yang berada diluar university itu terus masuk ke dalam kawasan uni. Kereta Honda civic membuatkan sebilangan pelajar memandang kearahnya.

"Asal dia orang ni?" Omel Dahlia apabila terperasan ramai memandangnya.

Sebaik sahaja menjumpai parking kereta dia terus keluar dan membawa beberapa dokumen keterangannya.

"Hey budak. Kereta nampak cantik rupanya empunya pun cantik." Tegur seorang lelaki dari jauh.

Dahlia hanya membiarkan sahaja kata-kata itu seperti terbang diangin. Dia terus menjejaki univeristy dan terus berjalan kearah semua pelajar-pelajar baru.

"Budak bawah umur." Sapa seseorang membuatkan Dahlia berpaling.

"Ye cik?" Balas Dahlia apabila tiga orang perempuan datang kearahnya.

"Kenapa dia puji kau tapi bukan aku?!" Soal perempuan itu sambil mengertap bibirnya tanda geram.

"Apa yang cik cakap ni?" Balas Dahlia. Pelik dengan minah yang seksi dihadapannya sekarang.

"Kau buat-buat tak tahu pula eh... kau ni siapa ha?! Kau tak kenal aku ke? Atau kau ni masih junior? Oh ya, memang kau junior sebab biadap dengan aku, well sebenarnya aku ni orang paling terkaya kat uni ni tapi aku tak tahu pula kau mungkin orang termiskin kat uni ni." Bebel perempuan itu dengan kutukan.

Dahlia yang masih baru itu hanya mampu menyabarkan dirinya sendiri. Sebenarnya dia rasa nak je tumbuk perempuan depan dia sekarang ni.

"Maaf ya cik. Aku betul-betul tak faham apa yang kau cakap tadi tu maklumlahkan aku ni masih lagi junior dalam uni ni. Dan kemungkinan taraf kekayaan kau akan jatuh ke taraf kemiskinan, jangan nak menunjuk sangat." Bidas Dahlia dan berlalu.

Perempuan itu menggenggam tangannya kuat. Kebetulan seseorang melintas dihadapannya membawa minuman tin membuatkan dia terfikir untuk membuat jahat terhadap Dahlia.

"Budak!" Jeritnya membuatkan Dahlia berpaling lagi.

Kali ni bajunya basah dengan air coke. Semua yang ada ketika itu terus tercengang dan terkejut apabila melihat aksi itu. Dahlia yang terkesima itu menahan dirinya dari membuat perkara yang membawa bahaya.

"Oppsss.... sorry my junior." Dahlia hanya mampu menggenggam tangannya.

Telefon pintarnya yang berada ditangan digenggam kuat. Dia perlahan-lahan pergi dari situ dengan keadaan basah. Baru sahaja dia mahu jalan ada seseorang merumpuhnya kuat menyebabkan dia terjatuh dengan semua barang-barangnya.

"Hati-hatilah." Kata lelaki yang merumpuhnya tadi dan berlalu tanpa menolong Dahlia.

Dahlia mengeluh lalu mengutip semua file yang terdapat dokumen-dokumennya. Tapi macam satu kurang.

"iPhone 8 plus? Huh..." Ujar seseorang dibelakang.

Dahlia berdiri lalu melihat telefonnya berada ditangan perempuan yang membulinya tadi.

Devil Girl 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon