76

2K 139 8
                                    

"For every question why, you are my because."- W
—•—

Majlis tahlil bagi arwah Irfan berjalan dengan begitu lancar dengan kehadiran ahli keluarga arwah Irfan, keluarga Dahlia dan keluarga Yazid.

Majlis yang diadakan di kediaman Yazid dan Dahlia memuatkan seramai 300 orang tetamu itu kagum dengan hasil luaran rumah yang begitu cantik dan elegen.

"Ibu, jangan lah pergi dulu, malam ni tidur sini jelah." Rayu Dahlia kepada Puan Wahidah, ibu Irfan.

"Takpe, lagipun lepas ni majlis hari jadi Irwan kan? Ibu bagi ruang untuk keluarga kamu dan Yazid menyambut sama." Kata Puan Wahidah dengan penuh sayu.

"Ibu, Irwan tu cucu Ibu tau, darah daging Ibu dan Irfan. Please Ibu." Lengan Puan Wahidah dipaut kuat.

Sudah lama mereka berdua tidak bertemu sejak Dahlia mengandungkan anak Yazid.

"Betul tu Ibu, Irwan tu cucu Ibu tau kalau Irwan tahu Ibu tak ikut sama dalam majlis hari lahir dia pasti Irwan sedih." Sempuk Yazid dari belakang.

Yazid membahasakan Puan Wahidah dengan panggilan 'Ibu' disebabkan Puan Wahidah yang menyuruhnya.

"Nenek! Malam ni nenek tinggal sini tau!" Irwan menarik-narik tangan Puan Wahidah.

"See, cucu Ibu pun nak Ibu datang."  Dahlia senyum kemenangan kepada Ibu mertuanya.

"Yela."

"Dahlia, balloon semua ni nak letak dekat mana?" Soal Ratu sambil membawa balloon dan bersama Hazwan.

Irwan melihat balloon yang berwarna warni itu dengan penuh keterujaan. Dia teruja apabila melihat ada lukisan art di balloon.

"Erm... letak dekat keliling pool." Arah Dahlia dan Ratu mengangguk.

Pekerja Dahlia yang lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Majlis hari jadi Irwan disambut di kawasan kolam renang yang berada dibelakang rumah berhampiran taman bunga milik Dahlia yang dinamakan "Dahlia's Paradise".

"Alia, jangan banyak gerak please, sayang tu mengandung tau biar pekerja sayang je buat kerja." Tegur Yazid sebaik sahaja melihat Dahlia sedang menemani pekerjanya membuat kerja.

"No, ni majlis anak sendiri tau kena lah buat kerja juga walaupun kita upah orang." Kata Dahlia lalu menyambung mengangkat pinggan tapi dihalang oleh Yazid dan Yazid mengangkat segala pinggan itu dengan kudratnya sendiri.

"No and never you angkat benda berat ni." Larang Yazid.

Dahlia mendengus perlahan.

"Habis tu nak suruh Alia buat apa?"

"Sit and relax." Yazid mengkenyetkan matanya.

Terus Dahlia berpeluk tubuh dan duduk diatas kerusi urut.

"Muncung lagi mulut tu nanti cium baru tau." Tegur Yazid membuatkan Dahlia memimikkan mukanya.

Tangan Yazid dipegang oleh Dahlia lalu dia membuat muka comel.

"Abang...." Panggil Dahlia meleret.

"Hmm... mesti nak something ni." Kata Yazid membuatkan Dahlia senyum manja.

"You know what i craving toast yang ada cheese rainbow tu, i nak sangat." Pinta Dahlia dengan riak wajah sedih.

Yazid duduk mencangkung separas dengan Dahlia lalu bahu isterinya dipegang lembut.

"Look sayang, bukan abang tak nak tapi you dah makan 5 kali tau bulan ni tak baik untuk kesihatan sebab yang sayang makan tu cheese dicampurkan dengan pewarna makanan."

Devil Girl 2Where stories live. Discover now