39

3.9K 226 15
                                    

"Swear To God You're Beautiful."
—————

Sebaris kereta mewah sedang mengiringi kereta pengantin diikuti dengan siren polis. Kereta yang dinaiki pengantin mendapat perhatian orang ramai kerana dalam banyak-banyak kereta yang mengiringi mereka kereta mereka lah yang paling mewah iaitu kereta Lamborghini Hurican terbaharu.

Dahlia memandang Yazid yang lengkap berpakaian baju tuxedo berwarna dark purple manakala dia pula memakai busana muslimah berwarna hitam dan ditaburi labuci berwarna purple yang direka oleh kawan Datin Zalia. Tema mereka malam ini adalah devil. Hah, sepadanlah dengan kelakuan Dahlia dan juga Yazid, dua-dua suka aksi ganas dan juga membunuh.

"Do i look sexy?" Suara Yazid menghentakkan lamunan Dahlia.

"A little bit." Jawapan jujur dari Dahlia.

"But you look more-"

"Shut up." Dahlia terus menyampuk kata-kata Yazid. Walaupun mereka berdua sahaja berada dikereta dia tetap malu, malu dengan kejadian semalam.

Tangan kanan Dahlia digenggam oleh Yazid.

"Thanks cause loving me." Yazid mengucup tangan Dahlia sambil matanya terhala pada jalan raya yang sibuk dengan kereta mewah yang dibawa oleh pekerja-pekerja Dahlia.

"I should thanked to you cause sudi berkahwin dengan janda macam aku." Dahlia mengganggam tangan kiri Yazid menggunakan kedua tangannya.

"Ah..." Yazid mengeluh kesal.

"Why?"

"Jangan goda aku masa aku tengah driving Dahlia." Yazid senyum manis kepada Dahlia sekilas.

"Eleh perasan, aku tak goda kau punlah." Dahlia melepaskan genggamannya.

"Can i have a kiss?" Tangan Yazid ditunjukkan dipipi kirinya.

"Eee, semakin mengada-ngada kan kau ni."

"Mengada-ngada dengan isteri je nanti aku mengada-ngada dengan perempuan lain nak?"

"Biar berlapik benda yang kau cakap tu eh, kalau kau mengada-ngada dengan perempuan lain pistol kena sekali kat kaki kau tu."

"Alah, gurau ajelah. Nampaknya kau cemburu."

"Dahlah malas aku nak cakap dengan kau." Dahlia terus berdiam diri. Isteri siapa tak cemburu oi kalau laki sendiri mengada-ngada dengan perempuan lain?

"Here we go."

Kereta yang dinaiki oleh mereka berdua terus masuk ke dalam kawasan dewan. Ini pun rancangan Danish sendiri memandangkan Danish tahu yang Dahlia ni penggemar kereta jadi dia cadangkan untuk membawa kereta yang dinaiki mereka untuk masuk ke dalam dewan.

Kereta Lamborghini Hurcan berwarna hitam berhenti dipintu masuk utama dewan. Rata-rata semua tetamu memandang kearah mereka.

Pintu kereta dibuka oleh pekerja-pekerja Dahlia. Yazid terlebih dahulu keluar dari kereta. Kaca mata hitamnya ditanggalkan membuatkan para gadis menjadi histeria setelah Yazid membuat aksi demikian.

"Oh my god handsomenya suami Dahlia tu." Puji Riana sambil memeluk lengan Danish. Danish memandang Yazid dengan pandangan geram. Nanti siap kau Yazid!

Dahlia yang berada didalam kereta mendengus geram apabila para gadis menjerit histeria apabila suaminya membuat aksi yang membuatkan orang cair.

Tangan Yazid dihulur kepada Dahlia lalu disambut oleh Dahlia.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now