1

8.9K 354 4
                                    

"My Shadow's Dancing,
Without you for the first time." -TMTA
—————

Dahlia memeluk Irwan yang sudah pun setahun lebih. Irwan yang masih lagi gagap dalam percakapan itu melihat Dahlia lalu tersenyum.

"Mummy." Panggil Irwan lalu mendepakan tangannya tanda mahu diangkat.

Dahlia terus mengangkat anaknya lalu dibawa keluar dari biliknya.

"Freshnya hero mummy ni." Puji Dahlia sambil mencium pipi Irwan.

Dahlia menekan punat lif untuk ke tingkat bawah. Perlahan-lahan lif itu bergerak.

"Ibu?" Sapa Dahlia apabila melihat bayangan Ibu mertuanya yang sedang duduk disofa.

"Irwan.... cucu nenek." Dahlia menyalam tangan Ibu mertuanya lalu menyerahkan Irwan kepada Ibunya.

"Ibu bila sampai?" Soal Dahlia apabila sudah duduk disofa.

"Baru je Ibu sampai." Jawab Puan Wahidah lalu senyum.

"Risa. Kami nak cakap sesuatu ni." Tegur Puan Sri Dee.

"Ye Ma." Balas Dahlia lalu memandang wajah Mamanya.

"Kamu tak nak cari suami ke? Yelah, Mama kesian tengok kamu seorang diri besarkan Irwan. Irwan nak juga merasakan adanya seorang Ayah yang berada disisi dia selalu. Kamu tu muda lagi belajar pun belum habis lainlah kalau kamu tu dah tua." Bebel Puan Sri Dee.

Puan Wahidah mengangguk kepalanya tanda bersetuju apa yang dikatakan oleh Puan Sri Dee.

"Lagipun Papa suka sangat kalau Risa bersatu dengan Ezra. Ezra tu walaupun bukan keluarga terdekat kita tapi Papa anggap dia dah macam dalam keluarga kita sebab setiap minggu ada je dia jenguk kamu dan Irwan." Sempuk Tan Sri Fahmi yang sedang memuji-muji Ezra.

"Mama pun suka dengan budak tu." Ujar Puan Sri Dee.

"Papa, Mama, Ibu. Bukan Risa tak nak tapi Risa rasa dah cukup ada seorang suami walaupun dia dah tak ada." Balas Dahlia cuba untuk berlembut dengan orang-orang tuanya.

"Dahlia. Kamu muda tau bukan 30-an tahun tapi baru nak masuk 20. Ibu tak kesah kalau kamu cari suami. Perjalanan kamu jauh lagi. Kalau nak gembirakan Irfan cubalah gembirakan diri kamu dahulu. Dia mesti gembira kalau Dahlia gembira. Ibu kenal anak Ibu. Dia mesti tengok orang gembira baru dia ikut gembira." Pesan Puan Wahidah cuba untuk memujuk anak menantunya.

"Nanti-nantilah Risa fikirkan tentang ni." Balas Dahlia nada berlembut.

"Assalamualaikum." Salam seseorang dari pintu rumah.

"Waalaikumusalam." Jawab mereka perlahan.

"Ezra."

"Uncle, apa khabar?" Sapa Ezra sambil menyalam tangan orang tua itu.

"Baik alhamdulilah.."

Dahlia yang tidak menyarungkan tudung terus ditutup menggunakan hood hoodienya.

"Awak pula macam mana? Sihat? Perlukan apa-apa ke?" Soal Ezra bertubi-tubi sebaik sahaja duduk disebelah Dahlia.

Puan Sri Dee tersenyum apabila mendengar soalan dari Ezra.

"Alhamdulilah saya baik." Jawab Dahlia ringkas.

"Risa. Apa kata kalau Mama dan Ibu carikan bakal suami kamu?" Cadang Puan Sri Dee.

"Betul tu." Sokong Tan Sri Fahmi.

Dahlia menjeling Ezra yang sedang berdiam diri sambil bermain dengan Irwan yang ada dipangkuannya.

"Nak ke diaorang? Yelah kan Risa ni bekas orang ada anak pula tu nanti Risa tak nak kena tuduh buat kerja tak senonoh sebab dah ada anak." Terang Dahlia.

"Tak apa semua tu serahkan je pada kami semua." Dengan bersemangat  Puan Sri Dee membalas.

"Yelah."

Dahlia terus mengangkat punggunya untuk ke taman diikuti Ezra dibelakang sambil mendukung Irwan.

"Sorry menyampuk. Awak nak cari suami ke?" Soal Ezra sebaik sahaja mereka sampai ditaman yang ada dihalaman rumah.

"Entah. Saya rasa tak kot tapi Mama yang nak saya cari ikut jelah apa yang mereka nak." Jawab Dahlia.

"Tak payah nak cari jauh-jauh." Kata Ezra.

"Maksud kau?"

"Saya kan ada, kan Irwan?" Kata Ezra dengan senyumannya.

"Kau? Hmmm...." Dahlia berfikir sejenak.

"Boleh."

"Yes!"

"Tapi...."

"Alah, kena ke bertapi-tapi tu?" Rungut Ezra.

"My, my." Tegur Irwan sambil menggerak-gerakkan tangannya.

"Kenalah." Balas Dahlia sambil mengambil Irwan dari dukungan Ezra.

"Apa dia?"

"Ada syarat."

"Apa?"

**********

"Pikat family aku dan aku akan bagi keputusannya lepas habis Uni."

"Kenapa tak awak yang saya pikat? Sebab yelah saya yang nak kahwin dengan awak bukannya kahwin dengan family awak."

"Sebab tak semua orang layak jadi sebahagian keluarga kami jadi aku nak kau pikat keluarga aku untuk suka kau. Cara ni jugalah yang arwah suami aku buat dulu untuk dapatkan aku." Terang Dahlia membuatkan dia teringat akan Irfan yang sudah jumpa dengan penciptanya.

Perbualan antara Dahlia dan Ezra berlegar-legar diminda Ezra. Dia memusingkan fidget spinner sambil berfikir.

"Okay. Demi awak Dahlia Arisa." Omel Ezra sambil tersenyum.

Teringat lagi dia akan kisah tahun lepas dimana Dahlia ditahan dihospital.

"Kita jadi satu family." Ujar Ezra.

"Kau rasa aku nak ke?" Soalan Dahlia membuatkan Ezra berfikir sekejap.

"Saya rasa awak nak kahwin dengan saya." Dengan confidentnya Ezra berkata.

"Aku memang akan jawab tak. Kau boleh cuba lagi ditahun yang akan datang mungkin aku terima kau dan kemungkinan besar aku tak terima kau." Kata-kata Dahlia membuatkan Ezra sedikit kecawa tapi dia tetap akan cuba untuk memikat Dahlia.

*************

"Dahlia. Kau dapat tak surat tawaran?" Soal Ratu lalu duduk disebelah Dahlia yang sedang menonton TV sambil makan.

"Hm.... aku dapat." Balas Dahlia.

"Dekat mana?"

"Jepun, London dan dekat-dekat kawasan ni."

"Kau pula?" Soal Dahlia lalu memandang Ratu sekejap.

"Aku dapat schoolaship kat Jepun je.." Jawab Ratu nada bersedih.

"Itu je surat tawaran yang kau dapat? Biar betul? Wah, pandainya adik aku ni." Dahlia menggosok kepala Ratu. Terus serabai rambut dibuatnya.

"Aku sebenarnya nak dekat-dekat sini je tapi jepun ni aku nak sangat belajar kat situ."

"Pergi jelah. Habis sem datang sini habis cerita." Cadang Dahlia.

"Kau pula? Jomlah jepun sama-sama." Ratu memanggang tangan Dahlia.

"Aku tak nak berjauhan dengan Irwan." Kata Dahlia lalu tersenyum.

"Dia kecil lagi kalau dia dah 10 tahun bolehlah aku terbang kat sana." Terang Dahlia ringkas.

"Hm... aku seorang jelah ni?"

"Kau tak seorang. Bekas classmate kita pun ada tau."

"Okaylah tu."

————

Thanks support DG. Ily

Devil Girl 2Where stories live. Discover now