62

2.7K 180 4
                                    

“Practise makes perfect ”- NR
—————

"Tak, masalahnya sekarang ni kenapa dia withdrawl 2500? Apa dia nak buat sebanyak tu?" Soal Dahlia sambil bercekak pinggang.

Lepas sahaja balik dari Dubai malam tu dia terus sahaja ke office sebab Yazid keluar katanya nak jumpa kawan.

Tujuan dia ke Ar Legend Holdings, ya dia tukar nama syarikat atas kehendak dia sendiri sebab baginya kalau letak nama arwah membuatkan dia kurang selesa menggunakannya lebih-lebih lagi kalau dia sudah tidak ada mungkin orang akan kenal siapa keluarga Dahlia.

Pening Dahlia dibuatnya apabila Yazid mengeluarkan 2500 dari bank account milik suaminya. Selalunya Yazid hanya akan mengeluarkan sebanyak 1000 tu paling maximum.

"Yang pasal budak Erniza tu, dia ada tak bayar kos ganti rugi?"

"Belum lagi Miss, dia kata bagi dia esok hari." Balas Imran.

"Okay bagus, sebab dia ada banyaaak hutang dengan aku budak tu." Dengan nada sinis Dahlia berkata.

"Tuan Yazid, sudah sampai Miss." Kata penjaga cctv.

Dahlia mengangguk lalu dia pergi ke lobby bersama-sama dengan pekerja bawahan Dahlia.

Senyuman terus terhias dibibir Dahlia apabila banyak kereta berbaris dihadapan syarikatnya dan kesemuanya kereta mewah dan kepunyaan Dahlia.

Masing-masing terus memasuki kereta yang telah ditetapkan. Rimac concept one yang menjadi pilihan Dahlia manakala Yazid menaiki kereta Aston Martin Valkyrie atas kehendak Dahlia juga dan orang kepercayaan Dahlia juga menaiki kereta mewah seperti Corvette, Agera, Mustang, McLaren dan sebagainya. Tidak lupa juga bodyguard Dahlia yang membawa kereta Lamborghini Urus SUV. Kesemuanya mereka membawa lebih dari 10 kereta.

"Aku harap kita sampai sebelum pembukaan yelah seorang tu punyalah lama kami tunggu." Kata Dahlia melalui alat perhubungan mereka semua dengan sindiran.

"Okay sayang okay." Balas Yazid.

Kereta masing-masing dihudipkan enjin membuatkan suasana bising dengan bunyi enjin.

"Backup, weapons, emergency semua ready?" Soal Dahlia sambil matanya memandang seat belakang yang mempunyai pelbagai peralatan.

"Ready!" Balas mereka semua dengan serentak.

"So let's start our journey to Kevins Cars Festival."

Mereka semua memulakan perjalanan dari syarikat sampailah ke distinasi dan sepanjang perjalanan rata-rata ramai orang diatas jalan raya memandang mereka dengan penuh kagum dan teruja apabila melihat pelbagai jenis kereta sedang berbaris.

"Sayang, why not kita race?" Uji Yazid dengan senyuman diberikan apabila Dahlia berada disebelah keretanya.

"Okay, challenge accepted."

"Nak ikut!" Sempuk Imran dan Hazwan.

"N-"

"Okay!" Baru sahaja Yazid ingin membantah akan tetapi Dahlia bersetuju.

Kaki Dahlia terus menekan pedal minyak laju membuatkan keretanya terdorong kehadapan diikuti dengan Hazwan, Yazid, Imran dan yang lain.

Memang susah juga Dahlia ingin memotong ketiga-tiga mereka tetapi akhirnya Dahlia mendahului permainan mereka.

"Boss! Ari is here!" Jerit pembantu Kevin.

Kevin dengan berbesar hati terus menerapa kearah parkir kereta di mana tempat-tempat mempunyai pelbagai jenis kereta yang mewah dan mahal.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now