48

3K 201 48
                                    

“There's nothin' common about us.” - C
——————

"Dia dah balik atau belum?" Soal Dahlia dingin kepada Bella. Bella menganggukkan kepalanya tanda sudah. Dia yang dimaksudkan Dahlia adalah Melina.

"Aku rasa something lah dengan budak tu." Bella mula bersuara setelah mereka duduk disofa yang tersedia didalam bilik Yazid. Yazid sedang tidur sebaik sahaja diberi ubat.

"Aku pun rasa macam tu juga." Keluh Dahlia. Dia macam kenal budak tu tapi dimana?

"Budak tadi tu yang Yazid selamatkan semalam." Dahlia memandang Bella yang seakan-akan membaca fikirannya.

"Serius?"

"Dialah, aku yang hantar dia ke rumah masa tu. Aku tanya dia kenapa dia tak lari masa tu tapi dia diam je." Cerita Bella sambil menghirup minuman yang dibawanya.

"Aku rasalah budak tu suka Yazid." Bisik Bella perlahan supaya Yazid tidak mendengarnya walaupun Yazid tengah tidur sekarang.

"Aku pun rasa macam tu tapi tulah aku nafikan je budak kot dia tu." Balas Dahlia. Dia bermain dengan cincin yang terdapat dijarinya. Ada dua bentuk cincin tersarung di jari manisnya.

"Cincin apa lagi satu tu?" Tegur Bella. Dia perasan yang Dahlia mempunyai dua bentuk cincin.

"Dua-dua cincin nikah." Bella menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku perangkap Irfan dulu." Bella menundukkan kepalanya. Kesal dengan perbuatan terkutuknya dahulu.

Dahlia meraih tangan Bella lalu dibawa kegenggamannya.

"Bella, yang lepas biarlah lepas. Aku tahu kau berkenan sangat dengan Irfan tapi janganlah sampai macam tu sekali kau nak dapatkan dia dengan cara perangkap dia." Bella akui walaupun Dahlia lagi muda darinya tapi dia merasakan dirinya tidak begitu matang seperti Dahlia. Tengok sahaja Dahlia sekarang walaupun Irfan sudah pergi dia tetap tabah.

**********

"Siapa bagi bunga ni?" Dahlia mencapai bunga yang terletak diatas meja.

"Oh, Melina yang bagi bunga ni." Kata Yazid membuatkan Dahlia memandang kearahnya.

"Melina? Budak yang datang tadi tu ke?" Soal Dahlia tidak berpuas hati.

"Dialah, cantik kan? Muda-muda dah cantik kalau besar nanti-"

"Kalau besar nanti mesti dia cantik kan? Lepas tu boleh lah kau kahwin dengan dia kalau dia dah matang.." Sindir Dahlia. Bukan dia tak tahu yang Melina, budak hingusan tu suka Yazid.

"Dahlia! Apa kau cakap ni?" Marah Yazid apabila soal perkahwinan dibabitkan.

"Aih, aku dah nampak petanda lah Yazid. Aku dah dapat petanda yang aku akan bakal dapat madu tak lama lagi." Walaupun sakit apabila dia meluakan semuanya ini tapi hakikatnya dalam hati dia tak maksudkan.

"Dahlia! Jangan macam ni! Apa yang kau merepek ni?!" Bentak Yazid menahan amarahnya. Ini pertama kali dia marahkan Dahlia sejak Dahlia menjadi isterinya.

Kau ingat aku buta ke Yazid? Kau siap bersuap lagi dengan budak tu. Kau tak tanya ke hati aku ni sakit atau tak?

"Aku nampak dengan mata dan kepala aku sendiri yang Melina tu suap kau makan! Aku dah dapat hidu lah apa akan terjadi nanti." Kali ini Dahlia tidak dapat menahan sabarnya.

Terdiam Yazid. Dia tak bersalah sebenarnya. Melina yang paksa dia.

"Asal diam? Aku dah tahu yang sebenarnya kau pun rela disuap manja kan?"

Devil Girl 2Onde histórias criam vida. Descubra agora