3

5.7K 308 20
                                    

"And All my Friends give me a bad advice,
Like move on get you out of my mind."- BTY
————

"Bella." Dahlia tersenyum sinis sambil memandang Bella yang sedang merenungnya dengan renungan tajam.

Bella ditegur oleh Inspektor Raf supaya berdiri dan tabik kearah Dahlia. Nak tak nak dia kena juga tabik.

"Apa kes yang penting sangat tu?" Soal Dahlia apabila mendapat panggilan dari inspektor Raf bahawa ada kes penting.

"Kita masuk bilik masyuarat Puan." Jawab Inspektor Raf.

"Sebelum tu. Aku nak jumpa Qairina. Mana dia?" Dahlia melilaukan matanya mencari musuh ketatnya.

"Qairina dah berhenti." Malisa menjawab pertanyaan Dahlia.

"Okay." Balas Dahlia dan berlalu ke bilik masyuarat bersama Inspektor Raf dan orang bawahannya.

"Bella. Panggil inspektor Zarith." Bella yang bengang itu menganggukkan kepala.

***********

"Perkenalkan diri. Aku belum kenal lagi kauorang semua." Pinta Dahlia sambil menyandarkan badannya.

"Saya inspektor Raf."

"Aku inspektor Zarith. By the way kenapa dia jadi ejen?" Soal inspektor Zarith sambil menunding jari kearah Dahlia.

"Sebab dia layak." Jawab Zafwin yang setia berdiri disebelah Dahlia.

Dahlia menunjukkan penumbuknya kearah Zafwin.

"Okay. Tak tahu pula perempuan layak jadi ejen." Sindirnya membuatkan Inspektor Raf memandangnya dengan tajam.

"Kau pula siapa?" Soal Dahlia sambil melihat kearah Bella. Dia tahu sebenarnya siapa Bella.

"Inspektor Bella." Jawab Bella lalu menjeling Dahlia.

"Okay. Aku Ejen Tengku Dahlia Arisa." Dahlia mengenalkan dirinya sambil tersenyum sinis kearah Bella yang sudah menundukkan kepalanya kebawah.

"Tak sangka dia jadi ejen tapi tak tahulah pandai ke tak." Omel Bella perlahan.

"Sejak arwah inspektor Irfan tak ada siapa yang gantikan dia?" Dahlia bertanya sambil membilak file yang ada dihadapannya.

"Mereka berdua yang gantikan dia." Terang Raf sambil menunjukkan kearah Bella dan Zarith.

Dahlia memandang mereka berdua sekejap lalu mengangguk.

Mereka semua terus memulakan perbincangan. Zafwin yang berdiri disebelah Dahlia melihat Zarith dari jauh. Sebenarnya dia tak puas hati dengan Zarith yang acah-acah jadi boss itu.

"Ni. Mohd. Khairul. Dia seorang penagih dadah yang dah lama." Raf menunjukkan seorang lelaki muda diskrin.

"Berapa lama dia jadi penagih dadah?" Soal Dahlia sambil melihat beberapa keping gambar dadah yang pernah Khairul ambil.

"Sejak dua tahun tapi polis belum dapat jejak dia sampai sekarang."

"Kenapa lembab sangat?"

Terdiam terus Raf. Dahlia memberi isyarat untuk menyambung semula.

"Khairul ada kuncu-kuncunya. Anwar Hazim, Mascow vanixa dan Mohd. Faizullah." Terpapar lagi tiga orang lelaki muda diskrin.

"Jadi apa kaitan dengan aku?" Soal Dahlia.

"Kaitannya kau satu sekolah dengan mereka semua." Sempuk Zarith untuk menjawab soalan Dahlia.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now