69

2.7K 167 13
                                    

"I like the way you talk" - NTMY
—–———

"Eeee... Busuk! Masamlah abang ni!" Dahlia menolak Yazid yang ingin memeluknya.

Yazid mencium bau dirinya yang baru sahaja lepas mandi dan menyemburkan sedikit pefune.

"Bau apanya sayang ni? Abang baru lepas mandi tau. Ha, ni cium bau." Yazid mendekatkan dirinya dengan isteri, sengaja ingin menyakat.

"Eee.. Bau! Pergi jauh! Shuh!" Hidung ditutup dengan muka jijik.

"Irwan, daddy bau ke?" Soal Yazid kepada anak tirinya yang sedang duduk melihat telatah mereka.

Kaki kecil Irwan terus menghampiri Yazid.

"Tak pun."

"Bau lah, dah abang duduk dekat hujung sana! Nak termuntah pula cium bau abang." Dahlia membuat aksi muntah.

Tercengang Yazid apabila Dahlia mengarahkannya untuk duduk jauh darinya. Nak tak nak dia terpaksa duduk dihujung meja dan begitu juga Dahlia diarah yang lain bersama Irwan.

Semasa minum pagi Irwan sahaja yang bersuara dan Dahlia hanya mengiakan kerana dia sudah tidak mampu untuk bersuara.

Usai sahaja meraka minum pagi, Dahlia menyuci segala pinggan mangkuk dan dibantu oleh Yazid yang sedang mengutip.

"Jauh sikit! Masam! Letak je semua tu atas meja bar." Ujar Dahlia apabila terbau bau Yazid dari jauh. Yazid tidak mengendahkan dia tetap ingin meletakkan segala kegunaan mereka tadi di sinki.

Baru sahaja Yazid meletakkan pinggan, Dahlia terus memuntahkan segalanya di sinki.

"Sayang! You okay?"

"Okay apanya? Kan dah cakap tadi jangan dekat!" Balas Dahlia dengan nada berkasar membuatkan hati Yazid sedikit terguris.

Kaki Yazid laju sahaja pergi meninggalkan kawasan dapur. Irwan hanya melihat Yazid dari ekor matanya dan membuatkan dahinya berkerut.

"Kenapa dengan daddy? Siap hentak kaki, jalan laju pula." Omel Irwan seperti orang dewasa.

Kaki kecil Irwan terus sahaja pergi kearah mummynya yang sedang mencuci pinggan. Hujung baju Dahlia ditarik perlahan oleh Irwan.

"Mummy, kenapa dengan daddy?"

"Kenapa apanya sayang?"

"Daddy hentak kaki tadi macam budak kecil." Adu Irwan kepada Dahlia membuatkan Dahlia ketawa kecil.

Tuala kecil diambil oleh Dahlia lalu dia mengelap tangannya menggunakan tuala itu.

"Daddy merajuk lah tu. Pergi tengok daddy dekat bilik nanti mummy pergi ye sayang." Arah Dahlia dan Irwan akur demgan arahan itu.

Tangga didaki oleh Irwan satu persatu, kaki kecilnya bukan boleh membuatkan dia laju menaiki malah baginya letih setiap kali menaiki tangga rumah mummynya memandangkan rumah ini tinggi dan besar.

Duan pintu diketuk perlahan lalu dibuka. Kelihatan Daddynya sedang berselubung dibawah selimut.

"Daddy buat apa tu?" Soal Irwan pelik. Takkan tidur kot? Baru je bangun.

Yazid menyelak sedikit selimut dari dalam. Dia sangkakan isterinya tadi sebab tu dia bersorok dibawah selimut nak tunjukkan dia merajuk sekarang ni.

"Irwan rupanya. Daddy ingatkan mummy tadi. Meh sini." Katil ditepuk-tepuk bagi mengarahkan Irwan untuk duduk diatas katil.

"Irwan, daddy nak tanya sikit boleh?" Soal Yazid membuatkan Irwan mengangguk akan tetapi matanya terperancap kearah tv yang terlekat di hadapan katil.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now