53

2.6K 206 20
                                    

“I hate you I love you, I hate that I want you.”- IHU,ILU
——————

"Umi pun ada dekat sini." Tegur Dahlia apabila melihat mertuanya berada diruang tamu rumah milik Papanya.

Yazid dan Dahlia terus mencium tangan Datin Zalia dan Dato' Mazlan.

"Umi dan Abah buat apa dekat sini?" Soal Yazid lalu duduk disofa.

"Salah ke kami nak jumpa besan sendiri?" Sindir Dato' Mazlan sambil menghirup teh panas.

Yazid hanya mengangguk dan terus sahaja dia membelek telefon bimbitnya. Dahlia hanya menjeling dengan perlakuan suaminya sejak dua menjak ni asyik tengok phone sahaja kerjanya.

"Alang-alang semua dah ada ni Dahlia nak bagitau sesuatu." Kata Dahlia dengan senyuman. Ketika itu ada orang tuanya, mertuanya dan abangnya sekali.

"Biar Umi teka, Dahlia mengandung kan?" Teka Datin Zalia membuatkan dia dan yang lainnya berharap manakala Yazid hanya memandang telefonnya.

"Taklah, belum ada rezki lagi." Geleng Dahlia membuatkan mereka semua bertukar wajah.

"Tak apa, mungkin belum sampai rezki kamu." Kata Puan Sri Dee dengan senyuman.

"Berbalik kepada topik asal, Risa nak bawa semua pergi Oversea semasa cuti sekolah ni!" Kata Dahlia dengan riang dan disambut oleh mereka yang lain dengan senyuman akan tetapi Yazid hanya memandang Dahlia seklias sebelum membelek phonenya semula.

"Betul ni? Pergi mana?" Sempuk Danish.

"Dubai! Umi teringin sangat nak pergi Dubai." Ujar Datin Zalia.

"Okay juga, tapi semua setuju ke ni?" Mereka semua mengangguk kecuali Yazid.

"Zid, kamu cuti tak masa cuti sekolah ni?" Soal Dato' Mazlan setelah melihat anaknya hanya diam sambil bermain phone sampaikan isteri sendiri bercakap pun dia tak pandang.

Phone yang berada ditangan Yazid terus diletakkan disebelahnya.

"Tak tahu lagi tambahan pula Yazid cikgu baru." Yazid memberi alasan. Dahlia hanya memandang Yazid dengan sebelah mata, dia perasan sejak dua menjak ni perlakuan Yazid berubah.

Yazid menghadiahkan senyuman hambar kepada Dahlia.

"Tak kan tak cuti? Kamu tu kerja kat sekolah kot." Celah Datin Zalia. Dia tah berpuas hati sebenarnya.

"Umi, kerja jadi cikgu ni tak semestinya cuti sekolah cikgu ikut cuti bukan macam tu, kami kena memohon cuti dulu barulah kami dapat cuti." Terang Yazid. Dahlia hanya mengeluh dalam diam, kenapa kau berubah Yazid?

************

"Patut atau tak eh?" Ragu-ragu Dahlia ingin menelefon pekerjanya. Dia memandang Yazid yang berada dibalkoni bilik menghadap phone memanjang.

Dahlia mengeluh. Kenapa seharian ni Yazid selalu hadap phone? Apa yang penting sangat tu? Sampaikan makan pun bertemankan phone dan isteri dipinggirkan, selepas solat terus mengambil phone. Hmm....

"Zid, aku pergi pejabat kejap." Kata Dahlia lalu mengambil tudungnya dan cardigan.

"Buat apa?" Soal Yazid sambil memandang phone.

Pap!

Pintu bilik ditutup oleh Dahlia tanpa menjawab soalan Yazid. Yazid hanya mengangkat bahu.

**********

Kereta Nissan GT-R r35 dipandu laju oleh Dahlia. Dalam pertengahan jalan telefon Dahlia berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Dahlia menjawab tanpa melihat siapa yang menelefonnya.

"Hello." Jawapnya kasar.

"Amboi, kasarnya cik adik."

"Hmm... Nak apa?"

"Kau buat apa pergi pejabat? Aku nak ikut-"

"Tak payah aku cuma nak jumpa Naina sambil-sambil tu aku periksa keadaan dekat sana." Potong Dahlia. Dia tak nak Yazid masuk campur.

"Hmm yelah, hati-hati dan balik awal tau!"

"Insya Allah. Aku dah sampai ni, chaw."

Dahlia terus mematikan telefon. Pagar yang besar itu terbuka luas sebaik sahaja kereta Dahlia memasuki kawasan pejabatnya. Semua pekerja Dahlia terpusu-pusu membuat kerja dan ada yang menyambut Dahlia di lobby.

"Selamat datang Puan Ari." Sambut Amar dengan senyuman.

"Aku nak pergi bilik penyasat."

Semua pekerja Dahlia terus berlarian ke tempat mereka masing-masing.

"Aku nak korang hack telefon Yazid." Tercengang terus pekerja Dahlia termasuk Amar. Takkan suami sendiri kot?

"Buat apa lagi? Cepat!" Arah Dahlia dengan tegas. Terus sahaja mereka membuat tugas.

Dahlia terus berlalu pergi ke pejabatnya. Naina menyambutnya dengan senyuman dibibir, sudah lama dia tak bertemu dengan bossnya.

"Puan datang seorang je?" Dahlia mengangguk dan terus sahaja dia masuk ke dalam pejabat.

Naina faham dengan sitausi Dahlia.

"Hmmm gaduh ke."

Computer Dahlia berbunyi. Dahlia terus memeriksa telefon Yazid.

"Siapa dia ni." Omel Dahlia apabila Yazid sedang berhubung dengan seseorang melalui chat.

Sedang sibuk Dahlia memeriksa telefon Yazid, ada satu notifikasi masuk di dalam telefon Yazid.

Dahlia terus membuka speaker agar dia juga dapat dengar perbualan mereka.

"Hai Yazid, asal tak tidur lagi?" Sapa seorang perempuan.

Dahlia menyandar dikerusi. Dia berfikir, siapa perempuan ni?

"Bosan dekat rumah tak ada orang." Kata Yazid lalu dia memandang ke garaj kereta.

"Kalau macam tu marilah datang rumah, I seorang je ni." Ajak perempuan itu.

Hentakkan meja dari bilik Dahlia membuatkan Naina terkejut. Dia mengusap dadanya.

"Hahaha... Tak boleh lah nanti parents I datang rumah tak pasal-pasal kena soal siasat nanti." Balas Yazid dan tergelak entah dimanakah lawaknya pun tak tahu.

"Parents? Kau tinggal dengan isteri kau Yazid!" Omel Dahlia dengan geram.

Dia terus menyambungkan talian kearah pekerjanya.

"Cari details tentang nombor yang Yazid tengah telefon, now!" Tegasnya.

Naina mengerutkan dahinya apabila Dahlia terjerit-jerit didalam bilik.

Dengan beberapa saat sahaja details yang Dahlia inginkan ada ditangan Dahlia sebaik sahaja notifikasi masuk ke dalam komputernya.

"Aku dah agak itu kau! Bodoh punya perempuan." Dahlia menggenggam penumbuknya.

Dia terus menjerit di dalam bilik tanpa menghiraukan pekerjanya yang berada diluar bilik.

"Apa yang cuba kau sembunyikan dari aku Yazid?" Dahlia memegang kepalanya.

"Puan, puan okay?" Soal Naina setelah mendengar Dahlia menjerit kuat.

"Naina-"

"Puan!"

🌸🌸🌸

Hello sisturs! Sorry sangat2 lambat update! Bukan saya sengaja tau update lambat :) Banyak sebabnya dan ini adalah salah satu antaranya:

Kepada sesiapa yang tak suka story saya, saya harap awak removelah cerita ni dari library, semak betul dengan comment negative kau dalam story aku. Satu je aku nak pesan jangan tengok orang dari umur :) kau mungkin silap orang yang muda dari kau lebih matang dari kau. Kau dah buat aku down dari buat story :)

Thanks ❤

Devil Girl 2Där berättelser lever. Upptäck nu