10

4.7K 286 67
                                    

"Baby I Will Die For You,
Baby I Will Die For You."- DFY
——————

Dia bangkit dari duduknya. Ratu dan Danish hanya melihat perbuatan Dahlia. Ratu memegang tangan Danish. Takut nanti ada orang yang akan disakiti nanti.

"Abang. Takkan itu dia." Bisik Ratu perlahan sambil matanya melihat kearah Dahlia yang menghampiri sebuah meja.

"Abang tak rasa itu dia sebab abang nampak dengan kepala abang sendiri yang dia sudah dikebumikan betul-betul dihadapan abang masa tu."

Dahlia menghembus perlahan nafasnya apabila langkah sedikit lagi mahu menghampiri meja yang ingin ditujunya. Kata-kata semangat diberi untuk diri sendiri.

Sebaik sahaja sampai dimeja yang dihuni dua orang lelaki itu Dahlia cuba untuk berlagak tenang.

Zarith yang terperasan kehadiran seseorang terus mengangkat mukanya untuk melihat gerangannya.

"Dahlia? Kau buat apa kat sini?" Tegur Zarith. Dia membetulkan kaca matanya.

Dahlia menghembuskan nafasnya. 'Irfan' memandang Dahlia dari atas sampai ke bawah. Senyuman manis terus terhias dibibir 'Irfan'.

"Irfan Ayaan Azfer?"

"Seorang lagi." 'Irfan' tersenyum tatkala Dahlia menyebut nama panjang Irfan.

"Apa maksud awak?"

"Tadi Inspektor Raf pun panggil saya Irfan tapi hakikatnya saya bukan Irfan." Hancur memang hancur hati Dahlia. Dia ingatkan Irfan hidup semula macam dalam novel.

"Look apa kata awak duduk sini dan saya akan membuktikan yang saya ni bukan Irfan."

"Apa maksud awak?" Dua kali Dahlia bertanyakan soalan yang sama.

"Let me explain. Sekarang duduk."

"Erm.. Boleh tak kalau duduk dekat sana? Sebab saya tak biasa duduk semeja dengan ramai lelaki dari perempuan." Luah Dahlia. Dia menunjukkan dimana meja mereka berada.

'Irfan' dan Zarith menganggukkan kepala masing-masing lalu membawa pinggan dan cawan mereka masing-masing untuk ke meja yang Dahlia tunjukkan.

"So how?" Soal Ratu setelah Dahlia duduk. Dahlia memberi isyarat sekejap kepada Ratu.

"Irwan okay?" Soal Dahlia apabila melihat anaknya itu murung sahaja.

"Dia marah tu sebab mummy dia tak layan dan tak bagi makan." Reka Danish apabila melihat muka anak buahnya.

Dahlia terus memangku Irwan untuk duduk diatas ribanya.

"Okay explain to me." Dahlia mula bersuara apabila 'Irfan' dan Zarith sudah duduk dengan selesa.

"Saya dan Irfan bukan orang yang sama. Saya Hafiz Mikael. Tapi saya kenal Irfan, Irfan tu sepupu saya yang tak berapa nak rapat sebab Irfan dan saya selalu sibuk dengan hal masing-masing memandangkan saya ni seorang doktor manakala Irfan pula seorang inspektor." Terang Hafiz.

"Maaf tapi apa buktinya?" Dahlia memaksa Hafiz untuk menunjukkan bukti.

"Adik." Danish menenangkan Dahlia yang kelihatan mendesak.

"First saya ada parut dekat lengan ni." Hafiz menunjukkan kesan parut yang ada dilengannya.

"Second ni kad pengenalan saya." Hafiz mengeluarkan kad pengenalannya dari dompet lalu diserahkan kepada Dahlia.

Dahlia melihat kad pengenalan itu dengan teliti. Terbukti yang dihadapannya sekarang bukanlah Irfan, suaminya.

"Sekarang dah percaya?" Dahlia menganggukkan kepalanya perlahan lalu menyerahkan semula kad pengenalan Hafiz.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now