54

2.6K 202 15
                                    

“Don't call me up.”- DCMU
——————

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Amar mengajukan soalan kepada Naina. Naina mendiamkan diri kerana dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Aku rasalah kan ni punca sebab Yazid." Sempuk Hazwan. Dia melihat bossnya yang terlantar dibilik sakit yang ada didalam pejabat mereka.

"Yazid? Suami Puan?" Hazwan menganggukkan kepalanya.

"Why so?"

"Well, at first Puan Ari suruh penyiasat meng-hack telefon Yazid tau lepas tu dia suruh cari details tentang orang yang sedang Yazid berhubung masa tu lepas tu-" Penjelasan Hazwan terputus sebaik sahaja Imran, pekerja Dahlia datang dan memotong percakapan Hazwan.

"Tak call Yazid ke?" Soal Imran dengan muka tidak bersalahnya.

"Kita tunggu Puan bangun lepas tu kita tanya Puan. Kita tak boleh suka-suki je." Jelas Naina. Itulah pertaruan yang Dahlia aturkan kepada mereka, jika terjadi apa-apa terhadapnya jangan bagitau kepada sesiapa hatta keluarga sendiri.

Imran mengangguk tanda faham.

"Ha, lepas tu apa jadi?" Kata Amar kepada Hazwan.

"Lepas tu, Puan menjerit dan pengsan, kan?" Naina cuba untuk meneka cerita dan Hazwan mengangguk tanda betul.

"Siapa nama orang yang Puan suruh cari details tu?"

"Erm.. nama dia Erniza, dia kerja dengan Yazid."

"Wait! Jadinya perempuan tu suka Yazid?" Hazwan mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.

"Dan yang aku tak sangka perempuan tu bekas kawan Yazid dekat sekolah rendah dulu, tak sangka pula diaorang bertemu semula."

Dahlia memegang kepalanya yang terasa sakit dan memandang sekeliling.

"Puan, puan dah sedar. Nak saya call suami-" 

"Tak payah call dia." Percakapan Amar dipotong oleh Dahlia. Naina menyiku Amar supaya beredar dari situ.

"Puan, minum ni." Naina memberikan secawan gelas yang berisi dengan air kosong.

"Ada siapa-siapa call Yazid?" Naina menggelengkan kepalanya tanda tidak.

"Bagus. Aku nak kau panggil semua pekerja termasuk penjaga ke bilik meeting sekarang." Arah Dahlia dengan wajah seriusnya.

"B-baik Puan."

"And call me Miss not Puan anymore."

***********

Tergamam semua apabila Dahlia mengumumkan sesuatu kepada mereka. Mana tidak tergamam sudah lah memanggil mereka meeting pukul 11 malam lepas tu berita tu memang tak masuk akal langsung.

"Faham? Kalau ada sesiapa yang bagi dia masuk aku tak teragak-agak untuk buang korang dari sini." Tegas Dahlia.

"Jangan beritahu dia tentang perkembangan pejabat ni dan jangan ada sesiapa yang beritahu dia tentang ni. Faham?!" Sambungnya dengan nada serius.

Semua mengangguk perlahan dan menundukkan pandangan mereka dimeja. Sungguh mereka terkejut.

"But miss Ari, why so?" Soal Imran. Imran, seseorang yang berani bertanyakan kepada Dahlia membuatkan semua orang memandang Imran dengan pandangan tidak percaya dan ada yang membuat pandangan jangan.

"Well, you are new here so why don't you just follow my instruction?" Kata Dahlia dengan nada sinis.

"And i want some of you ikut langkah budak Erniza tu dengan Yazid sekali. Starting from tomorrow. And don't let Ezra know this! Kalau dia tahu habis korang." Kata Dahlia dan berlalu keluar dari bilik masyuarat.

Kesemua pekerja Dahlia menghelakan nafas lega setelah di'sound' oleh Dahlia. Orang lain punya salah, mereka pula yang kena.

"Apa yang Yazid buat?" Soal Imran.

"Huh, Yazid tu dia macam ada hubungan dengan budak Erniza tu. Miss memang pantang kalau ada orang aniyakan dia macam tu."

*********

Telefon dimatikan oleh Dahlia. Hari sudah pagi dan dia tidak bekerja dihospital hari ni sebab tulah Yazid menghubunginya tidak henti-henti.

"Aku keluar dulu, kalau ada Yazid masa aku tak ada bagi dia masuk tapi dengan satu syarat jangan ada sesiapa yang bagitahu tentang semalam dekat dia, faham?! Pesan dekat yang lain." Kata Dahlia dengan nada serius dan mendatar kepada Naina. Naina mengangguk ketakutan.

Kaki Dahlia laju meninggalkan ruang bilik itu dan terus berlalu pergi ke garaj untuk mendapatkan keretanya.

Naina mengeluh lega.

"Fuh, aku kena inform dekat yang lain ni! Tak pasal-pasal aku kena buang nanti." Omel Naina terus berlari anak ketempat perkumpulan pekerja-pekerja Dahlia.

Kereta yang dipandu oleh Dahlia laju membelahi jalan. Dia terus pergi ke taman yang terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual makanan.

Dia terus mengunci keretanya. Dia terpandang satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Terua terukir senyuman sinis dimulutnya.

"Seorang ke?" Soal Dahlia setelah melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu.

"Sekampung." Balasnya dengan nada dingin seperti selalu.

"Tak ada kerja ke?"

"Aku off hari ni." Dia mengeluarkan sekotak rokok dari pocketnya.

Dahlia meliat gerak-geri lelaki itu. Lelaki itu mengambil seputung rokok dari kotak lalu diletakkan dicelahan bibir sementara dia mengambil pemetik api dikocek.

Belum sempat dia ingin memetik api Dahlia terus merampas kesemua barangan yang boleh memudaratkan lelaki itu dan juga Dahlia.

"Kau polis tapi perangai macam syaitan." Dahlia menyembunyikan kesemua barang-barang itu.

"Dahlia-"

"Rokok ni tak baik untuk kesihatan kalau kau nak mati jangan libatkan orang lain. Aku tak nak nanti kau salah seorang patient aku." Terang Dahlia dengan kata-kata sinis.

"Aku letih lah dengan dunia ni kalau aku merokok-"

"Kau akan jadi lebih tenang, bukan? Hey, banyak benda yang boleh tenangkan kau lah dari merokok. Apa kau dapat kalau kau merokok? Yang aku tahu banyak keburukan Zarith. Kau nak ke satu hari nanti anak kau ada masalah jantung sebab kau? Aku tahu ini tak masuk akal tapi aku sebagai doktor tahu semua ni sebab tu aku nasihat."

"Kalau aku nampak kau merokok lagi aku tak teragak-agak report kat Raf!" Ugut Dahlia.

"Aku- aku merokok sebab kau Dahlia. Aku tak boleh terima yang kau kahwin dengan orang lain selain aku. Aku tak kuat. Lepas kau sanding masa tu aku terus jumpa kawan lama aku dan kawan aku bagi aku rokok katanya boleh tenangkan diri." Terang Zarith membuatkan Dahlia tergamam.

Dahlia memanggil pembersih yang ketika itu membersihkan tong sampah. Pembersih itu pergi kearah Dahlia bersama satu plastik besar yang berisi sampah.

"Benda ni tak baik. So aku buang." Dahlia memasukkan sekotak rokok milik Zarith ke dalam plastik sampah.

"Aish, dah lah, blah lah dengan nasihat kau." Rajuk Zarith lalu menjeling Dahlia. Dia tak nak pergi dari sini memandangkan Dahlia ada bersamanya.

"Aku nasihat sebab aku sayang kan kau."

"Wait, sayang?"

"Sayang as a friend." Dahlia terus berlalu pergi.

🌸🌸🌸🌸🌸

Alah sorry lah pendek :( So lepas ni macam biasa saya akan lambat publish new chap since my BIG EXAM coming! Doakan saya tau 😭

Terima kasih✨

Devil Girl 2Where stories live. Discover now