63

2.8K 189 49
                                    

"I said I'd catch you if you fall."- WM
------

"Aku pergi kerja dulu. Hati-hati tau sebab pengawal tak ada hari ni sebab diaorang ada latihan dekat syarikat." Kata Dahlia manakala Yazid hanya mengangguk faham.

Tangan Yazid dikucup oleh Dahlia. Pintu rumah ditutup Yazid apabila Dahlia sudah beredar dari situ.

Yazid mengeluh perlahan apabila dia baring diatas sofa.

"Apalah nasib, isteri kerja anak pula pergi rumah Umi." Keluhnya sambil menukar-nukar channel TV.

Pintu diketuk bertalu-talu setelah Yazid nyenyak tidur di sofa akan tetapi Yazid masih tidak sedarkan diri membuatkan tetamu itu masuk tanpa diundang.

"You look cute sayang."

***********

"Mesti kau tak sabar nak balik, kan?" Usik Doktor Zaimah apabila melihat Dahlia senyum kambing.

"Mestilah! Suami aku dah tunggu lama tau siap dia suruh aku ikhtiar macam-macam lagi."

"Tak sia-sia pun kalau kau tunggu sebab rezeki ada di mana-mana Dahlia. Anyway congrats!"

Doktor Zaimah dan Dahlia berjabat sesama sendiri dengan senyuman.

"Alhamdulillah." Ucap Dahlia setelah dia keluar dari bilik Doktor Zaimah.

"Amboi, senyum sampai ke telinga nampak?" Tegur Doktor Danny.

"Aish, salah ke aku nak senyum?"

"Susah tau nak tengok kau senyum lagi-lagi dengan aku! Ni apa yang gembira sangat tu sampai senyum ke telinga?" Danny meyoal dengan senyuman sebab dia tahu ni mesti berita gembira.

"Ada lah." Dahlia meninggalkan Doktor Danny dengan senyuman lengkang dibibir.

Danny mengeluh akan tetapi senyuman sinis terukir setelah dia terpandang bilik Doktor Zamiah, bilik dimana Dahlia baru-baru ini masuki.

Telefon Dahlia berbunyi menandakan ada notifikasi masuk.

"No, no." Dengan cemas Dahlia berlari menuju ke keretanya.

Air mata Dahlia melucur laju setelah dia memasuki kereta Rimacnya. Stereng kereta diketuk kuat.

"Aku tak patut tinggalkan kau tadi Yazid!" Jerit Dahlia.

Tanpa melengahkan masa dia terus memecut laju keretanya.

*********

"Someone, pergi ke rumah Miss Ari, NOW!" Arah Amar dengan nada serius dan tegas.

"Naina, Hazwan ikut aku!" Arahnya lalu Naina dan Hazwan mengikuti jejak langkah Amar.

Pekerja yang lain bergegas ke rumah boss mereka dengan cemas.

"Arrive before Miss Ari datang!" Arah Amar lagi dengan lantang membuatkan yang lain lintang pukang.

*********

Dalam masa 10 minit sahaja kereta Dahlia selamat sampai ke rumah. Sebelum keluar dia mencari pistol yang ada di dalam keretanya. Kereta Myvi dipandang rendah oleh Dahlia dengan penuh kebencian.

"Kau pemusnah!" Cermin kereta Myvi itu dipecahkan oleh Dahlia dengan tangannya sendiri habis berdarah tangan Dahlia ketika itu.

Pintu utama dibuka dengan kasar. Darah menitik dari tangannya diendahkan. Kepala Dahlia bagai nak meletup apabila terdengar bunyi dari biliknya dan Yazid.

Pistol yang ada di tangan diperiksa pelurunya sebelum peluru itu masuk ke dalam tubuh badan perempuan sundal tu!

"Kau tak kenal aku siapa Erniza, nasib baik aku tak kenalkan kau dengan Erza kalau tak mampus kau tapi nasib lah sebab aku yang handle kau." Omel Dahlia bersendirian dengan sinis.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now