21

4.3K 257 10
                                    

"Apa maksud kau?" Sekali lagi jantung Dahlia berdegup laju.

Zafwin melihatkan senyumannya.

"Saya nak kahwin dengan awak, sayang." Zafwin terus meninggalkan Dahlia yang terpinga-pinga.

Dahlia menampar pipinya. Betul ke Zafwin berkata begitu dengannya? Terus terukir senyuman Dahlia.

Zafwin menghembus nafas lega. Dia belum sedia lagi untuk melamar Dahlia sebab dia takut Dahlia akan menolak lamarannya.

**********

Majlis perkahwinan yang sederhana itu membuatkan kedua belah pihak bersenang hati.

"Selamat pengantin baru abang sayang!" Dahlia memeluk Danish yang sekali lagi bergelar suami kepada Riana Damia.

"Ha, sekarang ni giliran adik pula kahwin." Usik Danish. Dahlia terus menampar lengan Danish.

"Mana anak abang? Mesti comelkan macam Mak Ngah dia." Dahlia terus melilaukan kepalanya mencari Raihana, anak Danish dan Riana setelah memeriksa DNA Danish dan Raihana ternyata memang sama.

"Papa, budak ni selalu tarik-tarik rambut Rai." Raihana menarik tangan Danish. Danish terus mendukung Raihana yang sudah 3 tahun lebih, sungguh dia kesal sebab tak tahu ketika Riana melahirkan anak mereka sudah pun bercerai.

"Mana budak tu? Meh, Papa ajar." Kata Danish. Raihana menunjukkan kearah lelaki yang segak berpakaian melayu.

"Lah, Irwan." Dahlia mendukung Irwan.

"Dia ke yang tarik rambut Rai?" Raihana menganggukkan kepalanya.

"Irwan! Kenapa buat macam tu dekat Raihana?" Soal Danish acah-acah marah. Tak berani dia nak marah Irwan takut nanti mummy dia ni juga akan mengamuk.

"Panjang sangat rambut tu sebab tu Irwan geram dan tarik lah." Selamba sahaja Irwan menjawab.

"Lain kali jangan buat macam tu." Kata Dahlia nada tegas.

"Okay mummy." Dahlia melepaskan Irwan dari dukungan. Laju sahaja Irwan berlari setelah Dahlia melepaskannya.

"Hai, sayang." Sapa satu suara dari belakang.

"Hurm... Kenapa?"

"Senyumlah bakal isteri saya ni." Tegur Zafwin setelah melihat wajah Dahlia yang muram sambil membelek telefon bimbitnya.

"Abang saya nak kahwin tak lama lagi. Awak dialu-alukan datang tau." Pesan Zafwin sebagai ahli keluarga pengantin.

"Aku bukan sesiapa Zafwin nanti apa Umi kau kata nanti?"

"Awak tunang saya, Dahlia. Lagipun Umi jemput keluarga awak juga untuk datang." Zafwin menghulurkan kad perkahwinan Zaqwan.

"Okay, nanti aku inform kat Papa aku." Dahlia mengambil kad yang berwarna biru tua itu.

"Saya kena pergi dulu. Bye, Assalamualaikum." Pamit Zafwin sempat lagi dia kenyetkan matanya kepada Dahlia.

Dahlia menjawab salam Zafwin didalam hati. Kad yang diterimanya dipandang kosong. Zaqwan. Bekas bakal suami tak jadi tiba-tiba dah nak kahwin. Tapi walauapapun dia tetap gembira dengan Zaqwan yang bakal berkahwin dengan pilihan hatinya.

"Kesian kan bila bakal suami dah nak kahwin dengan orang lain." Dahlia menjulingkan matanya apabila suara itu menyapa ditelinganya.

"Merepek." Dahlia menyerahkan kad itu kepada Ratu. Ratu menyambut dan seraya itu Dahlia berlalu.

Ratu menggenggam erat kad itu selepas dibacanya.

************

"Umi. Cantiknya rumah ni. Rumah siapa ni Umi?" Soal Raihana. Matanya tidak lepas dari rumah agam itu.

Riana menggosok perlahan kepala anaknya.

"Nilah rumah kita sayang. Rumah kita dengan Tok Ma dan Tok Pa." Jawab Danish dengan gembiranya.

"Yay." Gembira Raihana selepas mendengar jawapan dari Papanya.

"Assalamualaikum Tok Ma, Tok Pa." Salam Raihana dengan suara keanak-anakanya.

"Waalaikumusalam. Rai!" Puan Sri Dee terus memeluk tubuh kecil cucu keduanya.

"Nish, bawa Riana pergi naik, mesti korang letih lepas nikah tadi dekat masjid." Ujar Tan Sri Fahmi. Sejujurnya dia redha dengan takdir tuhan yang jodoh anak lelakinya bersama Riana walaupun hakikatnya dia tak berkenan dengan Riana dari awal lagi tapi lambat-laut hatinya terus terbuka untuk menerima Riana menjadi sebahagian daripada keluarga mereka setelah dapat tahu yang Riana sudah pun berubah.

Suara orang memberi salam dari luar membuatkan mereka semua serentak memandang pintu utama. Kelihatan perempuan berumuran dengan Puan Sri Dee berdiri dihadapan pintu utama.

"Nenek!" Terkedek-kedek Irwan berlari mendapatkan Neneknya yang berdiri dipintu.

"Nenek. Irwan rindu." Ucap Irwan sambil memeluk kaki Neneknya.

"Nenek pun rindu." Puan Wahidah mencium dahi Irwan.

"Ibu." Dahlia terus memeluk Ibu mertuanya.

"Macam mana dengan Umrah, Ibu? Seronok?" Dahlia memulakan perbualan setelah mereka duduk dikerusi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lanjar. Siapa kata Umrah tak seronok? Umrah seronok sangat. Terima kasih Dahlia sebab bagi Ibu terbang pergi ke sana." Puan Wahidah memegang tangan Dahlia.

"Ibu tak perlu berterima kasih pada Dahlia. Berterima kasih kepada anak Ibu yang selama ni nak sangat tengok Ibu pergi mekah." Ya, Puan Wahidah pergi umrah dengan duit Irfan itu pun desakkan dari Irfan yang pernah berpesan kepadanya untuk memberi duit itu kepada Ibu untuk menunaikan Umrah sebelum Irfan pergi meninggalkan mereka.

"Dia pesan kat Dahlia untuk bagi duit tu kepada Ibu." Tak semana-mana air mata Puan Wahidah mengalir. Dahlia terus sahaja memeluk Ibu mertuanya.

Devil Girl 2Onde as histórias ganham vida. Descobre agora