74

2.2K 150 9
                                    

"Please don't leave."- F

Terdengar sahaja laungan azan berkumandang, Yazid terus membuka mata dan duduk dari baringan. Dia termimpi tentang isterinya lagi, dimana isterinya sedang menatap wajahnya ketika tidur.

Pintu bilik wardrobe dibuka dari dalam bilik itu membuatkan Yazid terkejut. Setahu dia yang tinggal di rumah hanya dia dan Irwan, selalu anak tirinya bangun jam 6 tapi sekarang jam 5 lebih takkan-

"Sayang! Ya Allah!"

Selimut terus diselak laju dan Yazid terus menghampiri Dahlia yang berperut besar. Isteri yang berbadan dua itu dipeluk dengan tangisan jantan, tangisan seseorang yang merindukan orang yang disayangi.

"Where have you been my dear?" Tanya Yazid dengan tangisan.

"Hey, buruklah menangis-nangis ni." Air mata Yazid dikesat perlahan dan Dahlia menghadiahkan senyuman.

"Are you hurt?" Yazid membelek badan Dahlia ke kiri ke kanan.

"No, i'm fine. They will never hurt me."

Nafas lega Yazid hembus. Dia rindu sangat isterinya yang molek berbadan dua ini.

"Hati abang tak tenang tau bila tau sayang kena culik."

"Hehe... sayang okay je abang janganlah lebih-lebih lagipun penculik tu baik tau siap offer hantar balik sini."

"Penculik tu lelaki?" Naik cemburu Yazid.

Dahlia mengangguk dengan kegembiraan.

"Tak boleh jadi ni nanti sayang terjatuh hati pulak dekat penculik tu."

Pipi Yazid diusap perlahan.

"Buat apa saya nak jatuh hati dekat orang lain sedangkan saya ada suami yang penyayang dan memahami?" Tersenyum terus Yazid mendengar luahan isterinya.

Kandungan yang sudah mencecah 6 bulan itu dipegang oleh Yazid.

"I miss this belly." Terus Yazid duduk mencangkung dan bercakap dengan perut Dahlia.

Telefon Yazid berbunyi membuatkan Yazid mendengus. Ada ke orang telefon pagi-pagi buta ni?

"Siapa pula dah. Potong stim betul."

Dahlia hanya ketawa dengan gelagat suaminya.

iPhone xs max dicapai dan melihat si pemanggil. Hanya ada number tertera tapi tidak bernama kerana ini number asing.

"Siapa ni yang?" Soal Yazid melihatkan number itu kepada Dahlia dan Dahlia hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Tanpa membuang masa Yazid terus menjawab takut-takut jika clientnya ada hal kecemasan, husnuzon.

"Hello?"

"Cakap jelah." Geram Yazid apabila si pemanggil susah ingin bercakap dengannya.

"Ha?! Dia ada je sebalah aku ni."

Yazid memandang Dahlia yang sedang melihatnya menjawab panggilan.

"Wait, siapa bagi kau info palsu ni?"

"Aku dah agak dah, okay nanti aku tanya dia."

Usai sahaja berbual Yazid terus meneroka telefonnya dan mencari gambar yang dikatakan oleh si pemanggil lalu ditunjukkan kepada isterinya.

"Mind to give me an explaination?"

Tersengih Dahlia dibuatnya apabila melihat gambarnya berpura-pura mati diatas kerusi kayu. Patutlah Helina percaya bulat-bulat rupa-rupanya gambar ni nampak real!

Devil Girl 2Where stories live. Discover now