Bab 46 [EDITED]

5.6K 209 27
                                    

Ding dong!

Harith yang sememangnya sedang menunggu kedatangan Zayn segera bangun ke arah pintu lalu dibuka. Kelihatan wajah Zayn yang ringkas berbaju t-shirt Gucci hitam.

"Yo, bro!" Zayn dan Harith bersalaman sebelum berpelukan dengan tepukan di bahu. Mia yang cantik memakai t-shirt lengan panjang dengan palazzo hitam datang menghampiri mereka dari belakang.

Zayn terpesona melihat wajah wanita mengandung yang ayu memakai bawal hitam. Mia tersenyum kepada sahabat suaminya sebelum memeluk lengan Harith.

"Zayn, kenalkan ini Mia. Mia, ni Zayn, my one and only best friend." Harith memperkenalkan Mia kepada Zayn dengan wajah yang bangga. Apabila melihat reaksi wajah Zayn tatkala melihat Mia, dia tahu bahawa pilihannya sangat tepat. My wife is so perfect.

"Hi, I'm Zayn. Wow, you're so gorgeous." Puji Zayn dengan sengihan. Harith juga turut tersengih. Mia hanya tersenyum segan dengan pipi yang memerah.

"I know, right. Even she is wearing plain t-shirt and bawal, she's still gorgeous."

"Abang..." Mia mencubit pinggang Harith. Malu apabila dipuji melangit depan lelaki kacak seperti Zayn. Baginya dirinya tidaklah secantik wanita-wanita lain yang mereka kenali.

"What?" Harith menjongket sebelah keningnya tinggi. Mia sangat mengakui bahawa suaminya kelihatan sangat tampan ketika melakukan itu.

"Zayn, jemputlah masuk." Pelawa Mia sebelum melepaskan pegangannya di lengan Harith. Zayn mengangguk dengan senyuman manis sebelum membuka kasutnya.

***

Zayn makan dengan penuh berselera. Begitu juga dengan Harith. Dia tidak pernah jemu dengan masakan isterinya. Bahkan dia semakin mengidam untuk merasai air tangan isterinya itu.

Setelah selesai makan, Harith dan Zayn duduk di ruang tamu sambil bermain Ps4. Mia pula sedang sibuk di dapur, memotong buah-buahan sebagai snek petang mereka.

"Bro, aku serius tak sangka kau akan pilih wife yang bertudung." Kata Zayn tiba-tiba. Matanya masih tertumpu di skrin televisyen.

"You know what? Yes, aku sendiri tak sangka dengan ketentuan hidup aku macam ni."

"Kau tak menyesal?"

Soalan Zayn membuatkan Harith berhenti bermain. Dia meletakkan joy stick yang dipegangnya ke atas meja sebelum memandang ke arah Zayn.

"Asal kau soal aku macam tu?"

Zayn turut meletakkan joy stick yang dipegangnya ke atas meja. Kali ini mereka memandang wajah satu sama lain dengan wajah serius.

"Sebab, kau masih muda lagi untuk berkahwin. Bila kau dah berkeluarga, kau kena tinggalkan segala keseronokan kau, and perlu komitmen dengan keluarga baru kau. Kau tak rasa terbeban ke dengan semua ni?"

Harith tergelak sebelum menepuk bahu sahabatnya.

"Zayn, listen. Once kau dah jumpa 'the one' dalam hidup kau, kau sanggup tinggalkan segala keseronokan tu semua, sebab keseronokan sebenar kau ialah apabila kau spend time dengan orang yang kau sayang.

Macam sekarang, keseronokan yang aku rasa sewaktu aku enjoy dengan perempuan-perempuan luar sana setiap malam, tak sama dengan keseronokan yang aku rasa bila berada dekat dengan Mia. Itulah keseronokan dan kebahagian yang sebenar." Nasihat Harith dengan senyuman nipis. Dia sempat merenung gambar pernikahannya dengan Mia dahulu yang digantung di sudut ruang tamu itu. Walaupun Mia hanya memakai baju kurung putih kosong dengan solekan nipis, isterinya tetap kelihatan cantik.

Mereka pernah bertengkar soal gambar itu. Harith mahu mereka melakukan sesi bergambar sekali lagi, dek kerana pakaian nikah Mia yang tidak secantik wanita-wanita lain, tetapi Mia bertegas mahu kekal dengan gambar itu. Alasannya kerana saat Harith mengangkat lafaz nikah buat kali pertama kepadanya, walaupun tiada cinta dan sayang kepadanya, itulah saat yang paling bahagia dan sedih dalam hidupnya kerana hatinya terikat simpul mati kepada Harith. Harith akhirnya mengalah dan membiarkan gambar nikah mereka kekal disitu.

"Pretty and simple." Komen Zayn apabila perasan mata Harith yang memandang gambar nikah yang bergantung di sudut dinding itu. Harith cuma tersenyum kelat. Baginya dia tidak perlu memberitahu Zayn akan rahsia sebenar rumah tangganya. Lagipun dia dan Mia sudah lama berjanji tidak akan mengungkit hal lalu. Mereka sudah sangat bahagia ketika ini.

"I know right. Mia is a real definition of perfection." Puji Harith melangit sambil memandang wajah ayu Mia di dalam gambar.

"Wow, kau betul-betul in love dengan wife kau. Dah berjuta kali rasanya aku dengar kau puji Mia ni." Usik Zayn sebelum menyiku lengan Harith. Harith turut tergelak. Ketawa mereka beransur reda apabila Mia melangkah ke ruang tamu dengan dulang yang berada di tangan.

"Careful, sayang." Harith segera bangun dari sofa lalu mengambil dulang yang berisi buah-buahan potong ke atas meja kopi. Mia tersenyum bahagia dengan tindakan Harith. Sungguh beruntung Mia memiliki suami penyayang seperti Harith.

"Mia, how's your baby?" Tegur Zayn apabila Mia sudah duduk di sebelah Harith.

"Alhamdulillah, sihat sangat. Mungkin berkat Harith yang memang pantau pemakanan saya." Balas Mia lalu memandang wajah suaminya. Harith tersenyum sebelum mengengam erat tangan isterinya.

"Of course. Abang nak wife and bakal permata kita sihat walafiat." Ujar Harith sebelum mengucup tangan Mia.

"Guys, come on. Bro, aku single bro. Respect orang single ni."

Mia dan Harith sama-sama ketawa mendengar kata-kata Zayn.

"Ops." Balas Mia sebelum disambut dengan ketawa daripada Zayn.

Malam itu, pelbagai topik dibualkan. Dari kisah Harith dan Zayn sewaktu zaman belajar, sehinggalah ke kisah Zayn yang merantau solo di negara orang.

Dalam diam, hati Zayn lega apabila sahabatnya kini sudah bahagia dengan cinta hatinya. Fikiran Zayn turut melayang memikirkan Gina, bekas kekasih Harith, merangkap kepada cinta pertamanya. Cinta pertama yang telah dipendam selama 5 tahun.

To be continued...

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now