Bab 21 [EDITED]

7.7K 186 0
                                    

Seperti yang Harith janjikan, tepat pada pukul 10 pagi, Harith dan Mia sudah bertolak ke kampung halaman Mia di Pahang.

Ketika ini, Mia sedang bernyanyi kecil mengikut rentak alunan lagu yang dimainkan di radio. Harith yang melihat hanya tersenyum.

"Happy?" Sakat Harith seraya menarik tangan kecil Mia lalu dikucup lembut. Mia masih dengan senyumannya yang menawan hati.

"Of course Mia happy. Thanks again, abang..."

Giliran Mia pula yang menarik tangan besar Harith lalu dibawa ke bibirnya. Dia memandang wajah tampan Harith dengan senyuman lebar.

"Welcome, baby. You know right, your happiness is also mine."

"Mia bersyukur sangat dapat abang sebagai suami Mia." Tukas Mia lembut sambil mengelus jari-jemari Harith yang panjang. Kuku Harith juga begitu cantik terjaga. Semakin hari Harith membuktikan bahawa dia seorang lelaki metroseksual.

"Even perkenalan kita that bad?" Soal Harith, dengan wajah yang tidak boleh dibaca oleh Mia.

"Maksud abang?"

Mia tidak dapat menyembunyikan nada kecewanya setelah mendengar kata-kata Harith sebentar tadi. Harith yang sentiasa peka akan Mia sedar akan hal itu tetapi dia perlu menyelesaikan hal ini dengan segera walaupun sebelum ini masing-masing tidak mengungkit soal pengenalan mereka yang buruk bagi pihak Mia.

Tambahan pula hubungan suami isteri antara mereka sudah mencecah dua bulan dan dia tidak mahu melengahkannya lagi. Dia takut pada masa hadapan sama ada Mia atau dirinya akan mengungkit soal ini jika bertengkar ataupun bergaduh.

"Baby, look. Abang nak kita discuss soal ni boleh?"

Mia memandang wajah kacak Harith dengan wajah tidak percaya.

"Here? Abang nak kita discuss isu berat pasal ni dalam kereta?"

Harith mengabaikan ton suara Mia yang kedengaran jengkel di telinganya. Dia perlu fokus memandu dan tenang jika mahu perbincangan mereka berjalan lancar.

"Yes, absolutely."

"But why here abang? Tak boleh ke tunggu sampai rumah dulu?"

"I know that baby but setiap kali abang cadang nak discuss soal ni, macam ada benda yang menghalang. Setiap kali abang tengok wajah bahagia sayang, senyuman sayang, benda yang abang nak luah seolah-olah tersekat. Sebab tulah sampai sekarang hal berkenaan 'itu' tidak selesai."

Mia mengangguk lemah dengan pandangan yang berkaca. Please, Mia. Kuatkan hati kau. Jangan cepat terluka.

"First of all, it's about our relationship."

Mia mengangguk perlahan. "Okay..."

"Sayang, I'm deeply sorry sebab paksa sayang malam tu. I'm so desperate with you sebab malam tu sayang too stunning and beautiful in my eyes. I can't even help my hands from stop touching you until I raped you on that night." Kata Harith panjang lebar dengan reaksi bersalah. Perasaan bersalah atas tindakan kasarnya ke atas Mia malam itu sehingga hari ini berbekas di hatinya.

Dia sebenarnya selama ini memendam perasaan bersalah terhadap Mia, tetapi tidak berani mahu melontarkan kepada Mia kerana tidak sanggup melihat perasaan terluka yang terpancar di mata indah itu. Walaupun kedengaran agak pengecut, tetapi dia bersyukur yang dia sedang memandu dan tidak perlu memandang tepat mata cantik Mia.

"Abang selama ni berasa bersalah dengan sayang, but abang tak berani nak luahkan sebab selama abang hidup, abang tak pernah ucap perkataan maaf pada orang lain selain parents abang. Sebab abang memang macam ni. I'm egoist, stubborn, ruthless, hot-temper and semua yang negatif ada pada abang. And abang betul-betul terima kasih kepada sayang sebab sudi terima abang yang serba kekurangan. I'm nothing without you, baby."

Mia mengalirkan air mata mendengar luahan hati Harith. Air mata yang jatuh bercucuran di pipi diseka. Hatinya semakin cair apabila melihat Harith menangis kerananya.

"Abang... Mia dah lama maafkan abang. Walaupun Mia rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak pandai jaga diri, mudah percaya orang luar, sampai tubuh Mia dijual tanpa rela." Mia menelan air liurnya yang tersekat, terasa perit mengingatkan peristiwa hitam dalam hidupnya itu.

"Yes, pada awalnya Mia mengaku yang Mia tidak berharap apa-apa dari abang. Tapi bila abang tunjuk pada Mia, yang abang nak berubah untuk Mia, Mia terharu, dan Mia percaya diri abang masih ada sisi yang baik, yang lembut. Kalau tak macam mana Mia boleh stay dengan abang? Kalau abang jahat dengan Mia, Mia dah lama rancang untuk lari tinggalkan abang tau?"

Harith mencapai tangan mulus Mia lalu dibawa ke dadanya.

"Please, baby. Don't ever talk about Mia lari dari abang. Dengar sayang sebut macam tu, hati abang jadi sakit. Abang tak sanggup bayangkan kalau suatu hari nanti, sayang tiada dalam hidup abang."

Mia tergelak dalam tangisan. Dia segera menyeka kesan air mata di pipi Harith.

"Mia pun abang. Mia sayang abang and Mia tak pernah marah abang dengan apa yang berlaku. Bukan salah abang bila abang paksa Mia. Yes, of course salah abang," Mia ketawa kecil, "but setiap yang berlaku ada hikmahnya. Look at us now, we love each other don't we?"

"Baiklah, sayang. You're right. So start dari saat ni it's official yang kita lupakan hal dulu dan jangan pernah mention. Ok?"

"Ok, promise." Balas Mia lalu mengucup pipi Harith. Harith tersenyum sebelum mengelus pipinya lembut.

"Second discussion, abang bercadang nak bawak Amer tinggal dengan parents abang. Your opinion?"

Mia terkejut mendengar kata-kata Harith. "Abang? Betul ke ni abang? Abang tak bergurau kan?"

Harith tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tak sayang. Abang tak bergurau. Abang fikir yang Amer perlukan pendidikan yang betul."

Mia memandang Harith dengan wajah yang terharu. Tidak sangka Harith prihatin dengan nasib adiknya.

"Terima kasih, abang. Mia tak tau nak balas macam mana."

"Tak perlu balas. Just janji yang Mia akan stay dengan abang sehingga akhir hayat kita." Balas Harith sebelum menarik tangan Mia ke bibirnya.

"Mia janji, abang." Mia tersenyum bahagia.

"Nanti kita usulkan pada ibu saudara sayang dulu, sebab abang takut dia terasa yang kita buat keputusan tanpa pengetahuan dia. Dia jugak yang pernah jaga Amer right?"

Mia mengangguk laju. Satu benda terlintas di fikirannya ketika ini.

"But, abang... Why bukan Mia aje yang jaga Amer? Why mesti umi abang?"

Harith menjeling Mia tajam. "Your umi too, baby..."

Mia tersengih kelat. "Okay, why mesti umi?"

Harith tersenyum lebar mendengar soalan Mia itu tadi. Senyumannya sudah bertukar menjadi seringai yang sangat nakal.

Harith mendekatkan wajah Mia rapat di tubuhnya sebelum berbisik, "Sebab, senang abang nak make love dengan sayang yang nakal ni di setiap penjuru rumah kita."

Mia terasa tubuhnya berderau mendengar suara nakal Harith diikuti jilatan lidah Harith di bibir bawahnya.

"Abang, behave."

Harith tersengih nakal sebelum berkata, "Never."

To be continued...

As my apologies sbb late update chap baru. 2 chaps in a day! Thanks to @meera_shamsir and @zahirah00 again for voting just now! Babes please support me again and again ok! Love love love!

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now