Bab 25 [EDITED]

7.9K 179 0
                                    

Harith mengerling wajah sugul Mia yang berada di sebelahnya. Dia perasan riak wajah Mia tidak lagi ceria semenjak kes dengan Imran beberapa jam yang lalu. Kini mereka sudah melepasi kawasan Pahang dan hampir tiba di sempadan Selangor.

"Sayang." Panggil Harith dengan lembut sambil mengelus tangan kecil Mia. Mia yang mengelamun tersentak dengan panggilan Harith.

"Kenapa, abang?" Balasnya lembut. Dia tidak mahu Harith risau akan dirinya lalu menghadiahkan senyuman yang hambar di mata Harith.

"Are you okay? Muka sayang pucat. Abang risau kalau sayang jatuh sakit."

Mia menggeleng lemah seraya tersenyum nipis.

"It's okay. I'm fine, abang. Don't wo—"

Mia tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana sesuatu yang payau sedang menolak keluar dari anak tekaknya. Mia menahan mulutnya dengan telapak tangan sebelum mengisyaratkan Harith untuk berhenti di laluan kecemasan.

Tanpa berlengah Mia segera membuka pintu kereta lalu terbongkok memuntahkan segala benda dari tekaknya. Sayangnya hanya air putih yang likat sahaja yang keluar.

"Sayang!"

Harith sudah keluar dari kereta lalu berdiri di sisi Mia. Dia menggosok penuh risau belakang tubuh Mia yang masih duduk membongkok di pintu kereta.

"Baby what's wrong?" Soal Harith dengan wajah yang jelas kerisauan. Tumpah rasa kasihannya melihat wajah Mia yang sememangnya cerah yang semakin pucat.

"I don't know... Mia rasa tak sihat... Mia penat..."

Harith segera membantu Mia untuk duduk semula. Setelah memasang tali pinggang keledar di tubuh isterinya, dia pun masuk semula ke dalam kereta lalu membuka bonet kereta. Sebotol air mineral dan satu papan aspirin diambil dari dalam bagasinya.

"Baby, telan dulu ubat ni. Abang takut baby tak sempat tahan sampai rumah kita. Tahan dulu okay?"

Mia mengangguk lalu menelan dua biji aspirin sekaligus. Setelah itu, air mineral itu diteguk untuk menolak ubat itu masuk ke dalam perutnya.

"Good girl." Harith segera mengucup dahi Mia lalu menutup pintu kereta di sisi Mia. Kemudian dia masuk dan duduk di tempat pemandu lalu mula menghidupkan enjin kereta.

Kereta BMW berwarna kelabu itu mula meluncur di jalan raya. Harith sesekali mengerling menggunakan cermin pandang belakang untuk melihat keadaan Amer yang sedang tidur pulas. Mujur Amer bukan jenis yang banyak ragam.

Harith mengambil jari-jemari Mia yang semakin sejuk lalu dihangatkan di bibirnya. Dia meniup nafas hangatnya dan sesekali mengucup tangan kecil Mia yang pucat.

Harith semakin risau melihat Mia yang tidur dengan dahi yang berkerut, tanda sedang menanggung sakit kepala yang serius. Tanpa berlengah dia segera menekan pedal kereta untuk keretanya bergerak lebih laju merentasi lebuh raya.

***

Mia terjaga apabila terasa tubuhnya terayung-ayung dalam dukungan seorang lelaki. Adrenalinenya meningkat kerana tidak tahu siapa yang sedang mendukungnya dan dia sedang berada di mana. Lega hatinya apabila setelah membuka mata, wajah tampan Harith yang tegas mengisi ruang matanya.

"A—abang..." Panggil Mia dengan suara yang serak dan payau.

"Shhh... Just close your eyes and sleep, baby." Harith yang sedar Mia sudah terjaga segera mengisyaratkan Mia untuk tidur semula. Kini dia sedang melangkah bersama Amer naik ke penthousenya. Bagasi milik mereka dan Amer pula akan dibawa oleh pengawal keselamatan.

The Eternal LoveDonde viven las historias. Descúbrelo ahora