Bab 35 [EDITED]

6.2K 165 7
                                    

I'm listening to Bidadari by Ismail Izzani(even i tak suka dia grr but dikecualikan sbb lagu dia kali ni best) :3 and I recommend u guys dgr lagu ni masa baca chapter ni ;)

***

Petang itu Mia seperti biasa, dengan rutin hariannya, melakukan senaman ringan agar tubuhnya serta anak yang sedang dikandungnya selama 4 bulan itu sihat dan kuat.

Mia menarik nafas panjang untuk mengakhiri rutin hariannya itu. Baru sahaja dia mahu bangun, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Mia mencapai telefonnya yang berada di atas sofa lalu membuka mesej tersebut. Dia terkejut dengan pesanan ringkas yang diterimanya itu.

Unknown

mia... Jangan happy sangat.. or anak yang kau kandung dalam bahaya

4.55 pm

Mia terasa tubuhnya menggigil ketakutan setelah membaca sms itu. Dia tidak dapat meneka nombor itu kerana nombor itu sengaja dirahsiakan.

"S-siapa.. s-siapa.." soal Mia berulang kali kepada dirinya dengan tangan dan tubuh yang menggigil. Mia segera duduk di atas sofa sebelum tubuhnya jatuh melurut ke lantai. Lututnya terasa lemah, badannya terasa tidak berdaya. Siapa yang sanggup menggugutnya begini, sedangkan untuk pengetahuannya, dia tiada musuh di sini.

Tapi benarkah dia tiada musuh?

Air mata Mia jatuh berderai. Dia memegang perutnya yang sudah membesar dengan erat. Tidak.. dia tidak mahu anaknya diapa-apakan.

No, no. Dia wajib beritahu Harith akan ugutan yang diterimanya. Baru sahaja dia mahu menelefon Harith, tiba-tiba mesej baru masuk sekali lagi.

Unknown

jangan berani2 beritahu suami tersayang kau... kalau kau taknak suami kau dalam bahaya

5.01 pm

Kali ini tubuh Mia serta-merta terasa lemah seluruh sendinya. Ya Allah, dugaan apakah ini? Mia menangis semahu-mahunya. Siapa orang ini? Mengapa dia menggugut mahu mengapa-ngapakan anak dan suaminya? Siapakah dia?

Mia serta-merta memadam dua buah mesej yang diterimanya itu. Tidak, dia tidak boleh biarkan hal ini diketahui Harith. Dia tidak mahu suaminya diapa-apakan. Dia tidak sanggup kehilangan Harith.

"A-abang... siapa dia.. siapa dia..." soal Mia berulang kali dengan tangisan yang berlagu. Dia begitu takut. Dia sayangkan suaminya. Di sayangkan keluarganya yang akan bertambah ahlinya.

"Abang... Mia takut...hiks hiks."

Petang itu, Mia menangis semahunya di sofa. Menangis dan menangis sehingga tanpa sedar dia tertidur kepenatan.

***

Ding Dong!

Ding Dong!

Harith hairan apabila bunyi loceng yang ditekannya tidak mendapat reaksi daripada Mia. Selalunya dengan sekali tekan sahaja Mia sudah meluru ke pintu untuk menyambutnya pulang dari kerja.

Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Jangan-jangan...

Harith segera mengeluarkan kunci pendua dari begnya sebelum segera masuk ke dalam rumah dengan memanggil nama Mia.

The Eternal LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang