Bab 8 [EDITED]

15K 316 3
                                    

Media
So cute T-T

***

Mia terjaga dari tidurnya yang lena. Dia mengerang kecil lalu memegang kepalanya apabila kepalanya terasa berdenyut-denyut. Matanya yang masih kabur diliarkan di sekeliling ruangan itu. Walaupun dia tidak nampak dengan jelas keadaan di ruangan itu, tetapi dia kenal dengan bau ruangan itu. Bau ni.. hmm, bau Harith.

Harith yang baru tiba dengan sedulang makanan segera meletakkan makanan tersebut di meja kecil yang menempatkan lampu tidur sebelum duduk di birai katil. Dengan wajah yang terpancar riak kerisauan dia mengelus lembut rambut ikal isterinya.

"Sayang dah bangun? Sayang okay? Sakit kepala lagi tak?" Soal Harith bertalu-talu apabila melihat Mia yang sedang menahan sakit. Mia melarikan pandangannya ke wajah tampan yang jelas beriak kerisauan itu sebelum mengangguk kecil.

"Sa- sakit..." Adu Mia perlahan dengan suara serak. Harith menarik tangan Mia yang sedang memicit-micit kepalanya lalu menggantikan dengan jari-jemarinya. Dia mengurut bahagian tepi kepala Mia yang jelas timbul urat. Kesian, mesti Mia menanggung kesakitan yang melampau.

"Sakit lagi?" Soal Harith lembut. Risau hatinya melihat wajah cantik Mia sudah bertukar pucat. Sebelum ini Mia tidak pernah pula jatuh sakit teruk sebegini.

"Dah kurang. Thanks awak," balas Mia lembut dengan senyuman yang diukir nipis. Sesekali dia memejamkan mata, menghayati urutan tangan Harith di kepalanya.

"Welcome, sayang. Sayang kenapa tak bagitau abang, yang sayang ada migrain?" Ujar Harith dengan nada kecewa. Mia yang tumpuannya sudah fokus sepenuhnya tersentak mendengar suara lirih Harith.

Okay, Mia terkejut sebab lima benda. Satu, dia baru sedar Harith memanggilnya 'sayang' secara berterusan. Dua, dia terkejut Harith membahasakan dirinya 'abang', panggilan yang dia idamkan sejak dulu untuk Harith. Tiga, macam mana Harith tahu dia ada migrain? Empat, Harith risaukan diri dia ke? Lima, kenapa Harith tiba-tiba berubah ni? Semalam bukan main Harith garang dengan dia.

Mia yang sedang berada dengan segala persoalan di benaknya langsung tidak menjawab soalan Harith. Dia seolah-olah sedang berada dalam dunianya sendiri.

"Sayang...!" Harith mengejutkan Mia yang sedang mengelamun dengan cubitan di pipi. Mia yang terkejut segera mengalihkan matanya untuk bertentang dengan mata Harith.

"Ya, awak?" Soal Mia kembali.

Harith mengeluh sebelum tertawa kecil. "Sayang ni sempat lagi berangan. Abang tanya, kenapa sayang tak bagitahu abang sayang ada migrain? Hmm?" Dia mengelus pipi mulus Mia dengan lembut.

Mia bangkit dari perbaringan dengan dibantu oleh Harith. Dia menyandarkan tubuhnya di bantal yang sudah Harith adjust kedudukannya. "Sebelum saya jawab, awak jawab soalan-soalan saya dulu boleh?"

"Eh, boleh pula macam tu. Tapi takpe, sayang tanyalah."

"Erm.. kenapa awak panggil saya 'sayang'?" Mia meramas-ramas jari-jemarinya sendiri. Sebenarnya dia segan nak tanya soalan tu, tapi dia tak boleh fokus kalau benda tu tersangkut kat fikiran dia.

Harith mula mengukirkan senyuman. Dia tahu, lambat-laun Mia mesti akan tanya juga soal itu. Lagipun dia tak kisah jika Mia bertanya sekalipun, sebab dia sudah siapkan diri dengan soalan-soalan yang akan disoal Mia kelak.

"Penting ke sayang nak tau?" Harith mula main tarik-tali.

"Pentinglah untuk saya. Biar saya tahu letak duduk saya dalam hidup awak." Sebenarnya Mia nak kata, pentinglah untuk saya, biar saya tahu letak duduk saya dalam hati awak. Tapi dia tidak mahu dilihat terhegeh-hegeh pula. Cukuplah sekali dengan dia yang meminta untuk mereka bernikah.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now