Bab 7 [EDITED]

14.8K 329 3
                                    

Media
Harith 😍

***

Mia tersenyum lebar. Dia berasa sangat gembira kerana Harith telah berjanji untuk membawanya keluar makan sebelum beredar semula ke pejabat selepas aktiviti mereka itu tadi. Walaupun perkara itu dilihat hanya sebagai benda kecil, tetapi tidak bagi Mia. Dia berasa bagaikan bermimpi apabila suaminya yang dingin dan tidak romantik (hanya romantik ketika di atas katil) mahu makan malam di luar bersamanya.

Mia mengenakan dress panjang berwarna pink pastel dengan selendang yang berwarna coklat gelap. Di kakinya pula tersarung wedges yang turut berwarna coklat gelap menyebabkan dia kelihatan lebih tinggi. Barulah dia tidak merasa kerdil nanti jika berjalan bergandingan dengan Harith. Wajahnya yang disolek make up nipis menampakkan usianya yang masih remaja.

Dia mengerling jam dinding di bilik suaminya itu. Jarum jam yang menunjukkan pukul 8.15 malam itu membuatkan Mia kalut. Setelah memeriksa segala suis elektik, bagi memastikan pembaziran tidak berlaku, dia mengunci pintu dengan menggunakan kunci pendua yang diberi Harith. Harith telah mengatakan kepadanya bahawa dia akan menunggu Mia di lobi kondominium pada pukul 8.30 malam.

Saat Mia keluar dari lif, dia sudah tersenyum lebar. Dia meramas-ramas jari-jemarinya yang terasa sejuk. Jantungnya usah di kata, berdebar bagai nak rak. Masakan tidak, Harith sudah bersandar di sisi kereta Jaguar berwarna oren gelap miliknya. Wajahnya yang seiras Matthew Terry, tubuh sasanya yang masih tersalut kemaja berjalur biru-putih yang dipakainya pagi tadi, ketinggiannya yang bagaikan mat saleh itu benar-benar menyebabkan Mia terpana dan berasa cemburu.

Cemburu apabila melihat kerlingan nakal perempuan-perempuan yang melalui tempat Harith menunggunya. Yang membuatnya makan hati apabila perempuan yang memandang-mandang Harith tidak henti-henti itu bukanlah perempuan-perempuan yang biasa-biasa. Semuanya seksi dan cantik belaka.

"Sorry, kalau awak tunggu lama," kata Mia sesampainya dia di hadapan Harith. Harith hanya mengangguk dengan wajah yang serius sebelum masuk ke dalam kereta tanpa membukakan pintu buat Mia. Mia sedikit mencebik dengan sikap dingin suaminya itu. Kan dah cakap, Harith cuma gentleman kalau nak...

Suasana di dalam kereta hanya bising dengan celoteh para juruhebah radio Mix FM. Sesekali Mia mengerling ke arah Harith yang serius memandu. Otaknya ligat berfikir, lelaki itu serius ke main-main mengajaknya keluar ni? Kenapa cara lelaki itu memandu macam dia yang memaksa pula? Dah lah dia penat-penat pakai cantik-cantik, lelaki itu puji pun tidak. Meliriknya apatah lagi! Dia seorang sahaja yang terpesona dengan ketampanan lelaki yang sedang tekun memandu itu.

"Haih.." Mia mengeluh perlahan. Tidak sangka makan malam yang disangkanya romantik dan membawa kenangan indah buatnya rupanya menjadi begini. Tanpa Mia sedar Harith mendengar keluhannya.

"Asal mengeluh? Tak suka ke keluar dengan aku?" Tanya Harith kasar. Sesekali dia menjeling tajam wajah cantik isterinya diselangi dengan memandang ke jalan raya.

"Err, bukan! Saya cuma tak sihat sikit ." Mia memberi alasan. Gerun melihat wajah tampan itu mula menyinga. Mulut ni lah, diam-diam sudah lah. Elok Harith cuma berangin tepi kau, nanti tak pasal-pasal dia berasap pula.

"Tak sihat?" Harith meletakkan telapak tangan kirinya ke dahi Mia. Mia sudah berdebar kencang dengan tindakan Harith yang tidak dijangka itu. Tadi menyinga, sekarang prihatin pulak. Tabahlah diri, nak hadap lelaki split personality macam Harith ni.

"Tak panas pun? Tak sihat tang mana?" Tanya Harith lagi. Dia juga turut memasukkan tangannya ke dalam selendang yang dipakai Mia, untuk merasa suhu di leher wanita itu. Tak panas juga. Mia hampir tersedak air liur melihat tingkah Harith yang bersahaja.

The Eternal LoveNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ