Bab 28 [EDITED]

7.5K 195 0
                                    

A/N : New Cover 🔥

***

Mia merenung lama wajah tampan Harith yang sedikit lesu. Jelas kelihatan di matanya bahawa seri wajah Harith sedikit pudar daripada biasa. Selalunya Harith akan menganggunya setiap masa tetapi tidak setelah Harith pulang dari kerja petang tadi.

Mia mengetap bibirnya sebelum bersuara.

"Abang... Abang nak makan? Mia perasan dari petang tadi abang tak makan apa-apa."

Harith tersentak daripada lamunan setelah mendengar teguran Mia yang tidak masuk ke pendengarannya.

"Sorry, sayang. Abang penat sikit so tak fokus. Boleh sayang ulang soalan sayang?"

Mia tersenyum nipis sebelum bersuara. "Mia tanya, abang lapar tak? Abang tak makan pun apa-apa dari petang tadi."

"Abang tak lapar Mia. Mia, abang nak buat kerja sikit. Nanti Mia dah ngantuk masuk bilik ok?" Ujar Harith lalu bangun dari sofa dan berjalan ke arah bilik kerjanya yang berada di sebelah bilik tidur mereka.

Mia agak tersentak dengan kedinginan Harith. Walaupun Harith tidak berkata kasar dengannya, tetapi Harith yang sekarang bukan Harith yang dia kenal, bukan suaminya yang penyayang dan sentiasa memanjakannya. Harith memanggilnya Mia dan bukan sayang atau panggilan manjanya yang lain. Dalam diam Mia sebak sendiri. Dia menahan rasa sedih di hatinya dengan menapak ke arah balkoni.

Angin malam yang sejuk menampar lembut wajah cantiknya dan membuatkan rambut beralunnya berbuai indah. Mia memejamkan matanya dan tanpa sedar setitis air matanya mengalir. Dia sedar, sejak dia hamil dirinya semakin sensitif, terutamanya jika berkaitan dengan Harith.

Dia rasa ada yang tidak kena dengan layanan Harith kepadanya saat ini. Setelah difikir-fikir, dia mulai sedar apa yang berlainan.

Harith tidak memeluknya seperti selalu.

Harith tidak berbual dengan anak dalam kandungannya seperti selalu.

Harith tidak mengucupnya dan mengungkapkan kata sayang dan rindu seperti selalu.

Dan Mia rindu akan diri Harith yang nakal dan sentiasa membuatkan hatinya tertawa bahagia.

Sekali lagi tanpa sedar air mata Mia jatuh deras ke pipi. Mia menyeka pipinya dengan pantas. Dia takut jika Harith nampak akan air matanya. Dia tidak mahu Harith risau akan perkara yang tidak perlu dirisaukan. Harith sudah cukup lelah dengan urusan kerjanya dan dia tidak mahu menambah beban suaminya.

Terasa tubuhnya yang berbalut gaun tidur yang agak nipis itu mulai mendingin, dia mula menapak kembali masuk ke ruang tamu. Sliding door ditarik lalu dikunci. Mia mematikan suis televisyen lalu menapak ke bilik tidur. Sebelum itu dia berhenti di hadapan pintu kerja Harith. Mia tersenyum pilu melihat Harith yang serius menghadap komputer ribanya.

Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, tubuhnya segera direbahkan ke katil. Mia mengusap lembut bantal yang digunakan Harith lalu dihidu lembut. Hmm, bau Harith. Mia tersenyum kecil apabila membayangkan kenangan indahnya bersama Harith. Ah, dia sangat cintakan lelaki yang bergelar suaminya itu.

Tanpa sedar, Mia terlelap dengan air mata yang bertakung di tubir mata.

***

Harith meregangkan tubuhnya yang terasa pegal. Menghadap komputer riba buat 2 jam tanpa henti sangat melelahkan. Dia mengerling jam dinding yang terletak di sudut bilik. Sudah pukul 1 pagi rupanya.

Tiba-tiba dia teringat akan wanita yang berada di hatinya itu. Mesti Mia sudah masuk tidur. Perasaan bersalah mula menjalar di dalam hatinya. Dia sedar dia agak dingin dengan Mia setelah pulang dari kerja. Ah, ini semua gara-gara Gina. Sakit hatinya apabila melihat wajah wanita yang mengkhiatinya. Wanita yang dulunya pernah bertahta di hatinya tetapi wanita itu terlalu bodoh kerana memperjudikan cintanya untuk secebis kontrak kerja.

Disebabkan kepulangan Gina, hatinya terasa kosong dan perasaan marah yang pernah dirasanya 3 tahun lalu kuat mencengkam hatinya. Sehinggakan dia lupa untuk menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang. Siapa lagi kalau bukan Mia dan anak yang dikandungnya.

Harith segera menutup suis komputer ribanya lalu menapak ke bilik tidur mereka. Hatinya serta-merta dipagut rindu melihat wajah cantik Mia yang sedang tidur pulas. Kenapalah dia boleh lupa yang dia ada Mia untuk menghiburkan dirinya yang serabut?

Harith segera berbaring di sebelah Mia sebelum menarik tubuh ramping itu ke sisinya. Harith mengusap lembut rambut beralun Mia yang cantik terjaga.

"Baby, I love you so much and I'm sorry. I'm sorry because neglected you." Ujar Harith penuh rasa bersalah lalu mengucup dahi Mia dengan lembut dan lama.

Harith melepaskan ciumannya dan memandang lama wajah Mia. Dia tersedar ada air mata yang sudah kering di tubir mata Mia. Serta-merta perasaan bersalah semakin menunjal di hatinya.

"Oh, baby. I'm sorry..." Harith mulai menangis dengan wajah yang berada di potongan leher Mia. Dia mengucup wajah Mia berulang kali diselangi ucapan maaf.

Mia yang tersedar dari tidurnya kehairanan apabila terasa lehernya basah. Mia terkejut apabila mendengar esakan Harith.

"Abang... What's wrong, honey?" Mia bangun dari tidur lalu memeluk erat tubuh Harith. Harith hanya menggeleng diselangi esakan kecil.

"I'm sorry if abang ada lukakan perasaan sayang. Maafkan abang sebab layan sayang teruk tadi. Abang ni memang suami yang tak berguna."

Mia tersentak. "Eh, no-no abang! Why abang cakap macam tu? Tak, abang. Please jangan macam ni. Mia risau..."

"Abang tahu harini abang layan sayang acuh tak acuh. Sorry sayang. Disebabkan abang ada masalah lain, abang lepaskan pada sayang."

"No, abang. Mia ok. Salah Mia sebab terlalu sensitif. Mia sepatutnya faham abang ada banyak masalah di tempat kerja." Pujuk Mia lembut.

Harith lega mendengar kata-kata Mia. Dia menarik Mia ke atas ribaannya lalu tubuh Mia dipeluk erat. Dia mengucup bibir Mia lama.

"I love you. I love you so much, baby. Jangan pernah tinggalkan abang."

Mia sebak mendengar kata-kata cinta daripada Harith. Ya Allah, suaminya telah kembali.

"Mia cintakan abang juga..." Balas Mia sebelum tubuhnya tenggelam dalam rangkulan erat suaminya.

Ya Allah, engkau kekalkanlah mawaddah dan marahmah dalam rumah tangga kami, doa Mia dengan penuh ikhlas.

To be continued...

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now