Bab 51

2.8K 63 10
                                    

Nazaliya memuncungkan bibirnya. Harith yang berada di depannya menggelengkan kepala sambil memicit dahinya. Dia pening dengan kerenah adiknya.

"Please, along. Liya nak ajak Kak Mia keluar shopping."

"No, Liya. Kak Mia sekarang selalu tak sihat." Harith memberi alasan. Sebenarnya keluarga mereka termasuk adiknya itu tidak mengetahui tentang ugutan yang diterima Mia. Dia tidak mahu adiknya tahu. Mulut adiknya tidak boleh dipercayai dari terlepas cakap kepada Umi dan Walid. Dia tidak mahu Umi dan Walid risau.

"Along! Bukan lama pun. Shopping barang baby je. Lepastu kami singgah lunch. Itu je along. Please along." Rayu Nazaliya sambil menarik lengan baju kemeja Harith. Sejak kandungan Kak Mia mencecah 7 bulan, dia makin susah untuk berjumpa dengan kakak iparnya. Siapa lagi yang menghalang kalau bukan abangnya sendiri. Dia tidak faham kenapa abangnya terlalu protective sejak akhir-akhir ini.

Harith mengeluh lemah. Sakit kepalanya melayan perangai adiknya.

"Kak Mia cakap dia taknak keluar." Harith menggunakan nama Mia.

Nazaliya semakin memuncung. "Tak perlu tipu. Liya dah call Kak Mia pagi tadi. Kak Mia cakap dia keluar kalau along beri keizinan."

Harith memandang wajah cantik adiknya itu dengan kerutan di dahi. "Troublemaker."

Nazaliya hanya tersengih sinis menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Harith kemudiannya mengambil telefon pintarnya sebelum mendail nombor isterinya.

"Abang?" Suara lembut Mia di corong telefon menenangkan hatinya. Rasa rindu menjalar di hatinya. Fikirannya melayang memikirkan Mia yang kemungkinan sedang menonton netflix di ruang tamu mereka seperti rutin hariannya.

"Sayang betul nak keluar dengan Liya? Abang takut sayang tak larat." Soal Harith dengan suara lembut. Liya mencebik sebelum duduk di salah satu sofa di dalam pejabat abangnya. Dengan Kak Mia suara lembut bukan main. Dengan dia bercakap macam singa.

"Mia nak sebab bosan sangat duduk rumah. Abang tak kisah ke?" Suara Mia kelihatan risau.

"Tipulah kalau abang tak kisah. Tapi kalau memang Mia nak, abang izinkan. Tapi dengan syarat, bodyguard abang kena ada."

"What?! Keluar dengan Liya pun kena ada bodyguard ke?" Nazaliya yang mendengar perbualan mereka menyampuk. Harith menjegil matanya tajam.

"Diam, Liya." Balas Harith dingin.

Nazaliya mencebik sebelum membebel seorang diri.

Mengumpat akulah tu, fikir Harith dalam hati. Bilalah adik tunggalnya ini akan matang seperti Mia. Beza umur mereka tidak jauh beza tetapi tahap kematangan yang sangat jelas.

Mia yang mendengar di corong telefon tertawa kecil. "Baiklah, abang. Kami keluar dengan bodyguard sekali. Kalau macam tu, abang sudi join lunch dengan Mia and Liya?"

"Sure, sayang. Nanti dah habis shopping Mia text abang location kedai makan tu ok?"

"Baiklah, abang. Mia siap dulu. Bagitahu Liya untuk pickup Mia dalam 30 minit lagi."

"Ok, sayang. Love you."

Harith terus memandang wajah adiknya dengan perasaan bengang. Diikutkan hatinya, dia tidak mahu Mia keluar dengan adiknya. Apa-apa hal buruk boleh terjadi tanpa pengawasannya.

"So?" Soal Nazaliya dengan sebelah kening yang terangkat.

"Dalam 30 minit lagi pickup Kak Mia dekat main entrance. And please, jaga Kak Mia elok-elok. Kak Mia dah sarat tu." Pesan Harith dengan wajah dingin.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now