Bab 2 [EDITED]

13.5K 405 2
                                    

Media
Harith's ootd

***

Mia terjaga apabila terasa nafas hangat berada di pipinya. Dia membuntangkan matanya apabila melihat seorang lelaki hampir mengucup pipinya. Dia segera menolak tubuh lelaki itu bergerak menjauhinya.

"J-jangan sentuh aku! L-lepaskan aku!" Jerit Mia kasar kepada lelaki itu. Matanya melilau sekeliling, tiada lagi empat orang lelaki yang mengawalnya tadi. Jantungnya berdegup kencang mengenangkan lelaki itu berada berdua dengannya dalam bilik kecil ini. Dia tidak mahu membayangkan perkara buruk yang dilakukan oleh lelaki itu sewaktu dia tidur tadi. Tidak lama kemudian, Afad muncul.

"Woi, Mia! Kau jangan nak melawan. Lelaki ni, tuan baru kau. Dia dah beli kau dari aku." Afad menunjukkan jarinya ke arah lelaki itu. Mia terasa wajahnya pucat tidak berdarah mendengar kata-kata Afad. Dirinya... dijual...?

"T-tak, tak mungkin! Apa hak kau nak jual aku?! Dan apa hak kau nak beli aku?!" Mia sudah bangkit dari katil sebelum berura-ura untuk lari. Lelaki itu menahan Afad daripada mengejar Mia. Dia hanya membiarkan Mia pergi dari situ.

"Let her be."

"T-tapi.." Afad pelik apabila lelaki itu membiarkan gadis yang dibelinya dengan harga yang agak tinggi itu lari.

"Kau tak yakin ke dengan kuasa yang aku ada?" Ujar lelaki itu sinis sebelum meninggalkan Afad terpinga-pinga sendirian.

Lelaki itu menghubungi satu nombor.

"Hello bos."

"Aku nak kau tahan seorang perempuan yang berambut panjang paras pinggang. Muka sembap, badan kecil, mungkin saiz S. Dia dekat kawasan sekitar sini. Bawa dia ke penthouse aku, jangan sentuh tubuh dia sikit pun. Aku dapat tau, korang semua habis."

"Baik bos!"

Klik. Lelaki itu segera beredar dari kelab malam itu. Butang kereta sportnya segera ditekan sebelum Ferrari Spider itu meluncur laju ke jalan raya.

******

"Lepaskan akulah! Lepaskan aku!" Mia meronta apabila tubuhnya diheret ke dalam lif oleh dua orang lelaki yang memakai jaket hitam. Dia melihat butang yang ditekan oleh salah seorang lelaki yang memakai jaket hitam. Penthouse? Kenapa mereka heret aku ke penthouse?!

"Baik kau diam sebelum aku pukul kau!" Ujar seorang lelaki yang wajahnya agak bengis. Baru sahaja tangannya hampir melayang ke wajah Mia, lelaki yang tadinya memegang erat lengannya segera menahan.

"Kau jangan jadi bodoh! Kawal sikit emo kau! Masak kita nanti kalau perempuan ni cedera! Bos dah warning aku awal-awal tadi!"

Lelaki yang mahu menaikkan tangannya itu segera mendengus kasar. "Baik kau tunjuk perangai baik-baik," ujarnya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke wajah Mia.

Mia hanya mendiamkan diri dengan nafas yang berombak kencang. Dia sangkakan selepas dia melarikan diri dari kelab malam itu tadi dia akan selamat, tetapi dia bernasib malang apabila dia ditangkap oleh dua orang lelaki yang memakai jaket hitam dan membawanya ke kondominium mewah ini.

Dia tertanya-tanya siapakah 'bos' yang mereka maksudkan. Jangan-jangan... Lelaki yang telah membelinya itu adalah 'bos' yang mereka maksudkan. Mengenangkan perkara itu sahaja sudah membuatkan Mia terasa loya dan senak perut apabila memikirkan apa yang akan dilakukan lelaki itu terhadapnya.

"Keluar." Mia tersentak dari lamunannya. Dia segera mengikut langkah dua orang lelaki itu kerana tidak mahu tubuhnya diheret lagi.

"Masuk." Mia sekali lagi diarah masuk ke dalam sebuah rumah yang berdekatan dengan lif. Mia sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya kawalan di situ agak ketat memandangkan jika mahu menggunakan lif perlu menggunakan kad untuk mengakses masuk.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now