Bab 6 [EDITED]

15K 341 1
                                    

Media
His smile T-T

***

Pagi esoknya, Harith dikejutkan oleh Mia seawal jam 8 pagi. Dia masih mamai dan terus menyambung kembali tidurnya yang lena. Dia memeluk erat tubuh hangat Mia yang menjadi penyebab kepada tidurnya yang lena.

"Harith, bangun awak. Awak kerja kan hari ni?" Mia mengejutkan suaminya yang liat untuk bangun. Dia membelai dengan lembut rambut suaminya yang kusut-masai itu. Tampan sungguh wajah Harith jika dilihat dari sudut sisi walaupun dengan rambut yang kusut-masai. Ah, Harith walau dalam keadaan apa pun tetap akan kelihatan kacak.

"Kejaplah..." Balas Harith dengan mata terpejam. Rangkulan di pinggang Mia dipereratkan. Mia yang geram dengan suaminya itu segera mencari idea untuk mengejutkan suaminya itu. Setelah lama berfikir, Mia termalu sendiri mengenangkan cara altenatif bagi membangunkan suaminya itu. Tidak lama selepas itu, Mia mengangguk penuh keyakinan. Dia perlu mempunyai keyakinan diri untuk melakukannya.

Disebabkan kepala Harith diletakkan di atas perutnya manakala dia ketika itu sedang duduk menyandar di penghadang katil itu, jadi dia perlu mendongakkan wajah Harith agar menghadap ke arahnya. Harith ketika itu membuka sedikit matanya.

Penglihatannya yang agak samar menyebabkan dia membuka sepenuhnya kedua-dua matanya. Matanya segera membulat apabila bibir lembut wanitanya mendarat di bibirnya. Harith kaku tidak membalas kerana terkejut dengan keberanian yang dimiliki Mia.

"Morning, bangun mandi." Kata Mia ketika bibirnya masih menempel di bibir suaminya. Harith dapat merasakan Mia tersenyum di sela-sela ciumannya itu. Mia menarik bibirnya menjauh dari bibir manis suaminya.

Harith yang sudah celik sepenuhnya, berkat usaha Mia untuk membangunkannya itu, segera bangkit dari katil. Dia meramas perlahan bahu Mia yang terdedah sebelum mengambil tualanya di tangan Mia. Mia hanya tersenyum nipis melihat rambut suaminya yang teracak-acak.

***

"Hey.." tegur Harith ketika melihat Mia sedang membancuh kopi di teko kaca. Mia tersenyum apabila Harith mendaratkan kucupan di ubun-ubunnya. Kopi yang sudah siap dibancuh diletakkan di meja yang sedang diduduki Harith.

"Strawberry jam or peanut butter?" Tanya Mia sambil menunjukkan kedua-dua botol kaca bersaiz besar itu.

"Peanut." Harith menyisip kopi yang dibuat oleh Mia. Hm, sedap. Dan betul-betul sesuai dengan tekaknya yang cerewet.

Mia meletakkan botol kaca berisi peanut butter ke atas meja. Dia mengambil roti yang dibakarnya tadi lalu disapu rata. Kemudian dia menghulurkan roti yang disaluti peanut butter itu pada suaminya. Harith hanya mengangguk sebagai tanda terima kasih.

Mia hanya merenung penuh makna pada Harith yang tampan dalam persalinan sut mewah berwarna kelabu gelap itu. Ditambah pula dengan rambutnya yang digel kemas ke arah belakang, menambahkan lagi karismanya sebagai CEO syarikat. Harith yang menyedari tatapan Mia yang tidak lepas pada wajahnya hanya memandang wajah cantik Mia dengan pandangan datar. Seolah-olah tidak tercuit dengan renungan menggoda Mia.

"Come," gamit Harith padanya. Mia masih terpinga-pinga. Tidak faham dengan panggilan yang menjurus kepada arahan itu kepadanya. Harith masih merenung tajam wajah isterinya. Dia tidak berkata apa-apa selain menepuk pahanya berulang kali.

Mia pula tersipu malu apabila otaknya baru mencerna arahan Harith itu. Hesy, pagi-pagi otak dah tunjuk blur. Mia bangun dari kerusinya lalu menapak perlahan ke arah Harith. Dia perlahan-lahan duduk kaku di pangkuan Harith dengan kedua-dua tangan di atas ribanya sendiri. Wajahnya yang semerah tomato itu ditundukkan ke bawah. Alah, tadi kau cium dia tak malu pula.

The Eternal LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz