Bab 23 [EDITED]

7K 193 0
                                    

Amer terjaga dari tidurnya yang lena tatkala terasa ada usapan lembut di rambut lebatnya, usapan yang sangat tidak asing dan dirinduinya, usapan daripada kakak tunggalnya. Amer membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa usapan di rambutnya terasa benar, bukan usapan di dalam mimpinya seperti selalu.

"Kak Mia?"

Amer mengerdip-ngerdipkan matanya berulang kali diselangi dengan gosokan di matanya. Dia rasa ini bukan khayalannya apabila melihat Mia sedang berbaring di sebelahnya. Dia tidak bermimpi kan?

"Hai, Amer. Ni Kak Mia."

Mia bangun dari perbaringan lalu menarik tubuh kecil adiknya ke dalam pelukan. Mia sebak apabila bahu adiknya bergetar dalam pelukannya.

"K—kak Mia... Amer.. Amer rindu Kak Mia..."

Amer menangis tersedu-sedan sambil memeluk tubuh kakak tunggalnya dengan erat. Dia fikirkan yang Mia akan meninggalkannya seorang diri di sini, memandangkan lebih dua bulan tidak ada khabar berita daripada kakaknya.

"Amer, Kak Mia mintak maaf kalau Kak Mia tinggalkan Amer lama dekat kampung. Kak Mia bukan lupakan Amer, Kak Mia selalu rindu Amer, selalu mimpi Amer ada sebelah Kak Mia bila bangun tidur."

Mia juga turut menangis pilu. Dia tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi jika Amer tiada di sisinya memandangkan Amer satu-satunya ahli keluarganya yang dia ada.

Amer hanya mengangguk laju. Amer segera melepaskan pelukan mereka lalu mengelap air mata di pipi Mia. Mia ketawa sambil turut mengelap air matanya.

"Kak Mia, jangan nangis lagi. Yang penting Kak Mia ada dengan Amer sekarang."

Mia tergelak bahagia. Dia pula yang rasa malu apabila budak berumur 10 tahun menegurnya untuk tidak menangis. Mia bangga apabila mengenangkan dia mempunyai adik sebijak dan sematang Amer.

Dia merenung wajah cerah Amer penuh sayang. Mata Amer sama sepertinya, bundar mengikut mata arwah ibu mereka manakala hidungnya juga mancung, mengikut arwah ayah mereka. Kulit mereka berdua yang cerah mengikut keturunan ibu mereka, baba nyonya.

"Sayang?"

Suara Harith di pintu bilik mengejutkan Mia. Mia bangun dari katil lalu melangkah ke arah Harith yang masih setia berdiri di pintu yang sedang merenung wajah Amer.

"Abang, sini Mia kenalkan Amer."

Mia menarik tangan Harith lalu menapak ke katil semula. Mereka bersama-sama sudah duduk bersila di katil.

"Hey, handsome boy. I'm your brother in law." Kata Harith sebelum mengenyit mata ke arah Amer.

Mia hanya tersenyum kerana dia tahu yang Amer mengerti apa yang dikatakan Harith. Walaupun mereka tinggal di kampung, tetapi arwah ibu bapa mereka amat menitikberatkan mereka untuk menguasai bahasa inggeris.

"Hey, big brother. Nice to meet you."

Amer segera bersalaman dengan Harith dengan gaya jabat tangan antara lelaki. Harith tergelak dengan tindakan spontan mereka. Begitu juga dengan Mia.

"Wow, that's spontaneous! Sayang, abang rasa Amer dan abang boleh jadi kawan baik." Kata Harith sebelum ketawa.

"Untung Amer mudah berkawan dengan abang. Kalau ikutkan perangai asli Amer, dia susah nak bergaul dengan orang tidak kenal," usik Mia seraya menarik hidung mancung Harith. Harith tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik.

"Biasalah. Semua orang sukakan abang bila jumpa kali pertama, tapi tidak termasuk sayang." Gurau Harith sebelum menarik pipi gebu isterinya. Mia hanya mencebik dengan cara bergurau.

"Perasan."

"Hey, I heard that ok."

Mia ketawa apabila Harith sudah menarik tubuhnya untuk duduk di atas ribaan Harith. Dia mengerling ke arah Amer yang sibuk membelek iPad yang baru sahaja dihadiahkan Harith kepadanya.

"Abang, behave. Ada budak ni." Bisik Mia tepat ke cuping telinga Harith. Harith bukan hanya tersengih nakal, malah dia segera mengigit cuping telinga Mia. Dia menahan tawanya apabila Mia terkejut dalam ribaannya.

"Don't worry, baby. Amer busy dengan mainan baru dia." Harith masih dengan usapan nakalnya di tubuh Mia. Mia menggigit bibirnya apabila dia hampir mengeluarkan suara yang tidak enak didengar apabila Harith mengusap lembut pahanya.

"Abang... Please..."

Harith mengangkat wajah dari mengucup bahu Mia lalu memandang penuh minat wajah Mia yang sudah merah. Pemandangan yang sangat mengocak naluri kelakiannya.

"Please what, sayang?" Soal Harith masih bermain-main. Bibir seksinya mula mengusap penuh menggoda kulit wajah Mia yang mulus. Dia juga turut menghadiahkan kucupan ringan di sudut bibir, sengaja mengusik kesabaran Mia.

"Abang... Stop teasing me!"

Mia cuba untuk bangun dari ribaan Harith tetapi seperti biasa, tubuh Harith yang jauh lebih besar dan kuat darinya yang menang sedangkan segala rontaan Mia tidak memberi sebarang kesan terhadap rangkulan eratnya di pinggang Mia.

"Sayang... Why susah abang nak jinakkan malam ni, hm? Tak macam malam-malam sebelum ni?"

Wajah Mia memerah mendengar bisikan menggoda Harith. Di perlu menepis godaan Harith, tidak dengan Amer yang turut berada di katil dengan mereka. Amer budak yang bijak, dia tidak mahu Amer memandang PDA mereka ketika ini. Ngeri jika Amer yang masih kecil sudah tahu akan hal seperti ini.

"Mia akan ikut kehendak abang kalau abang lepaskan Mia sekarang. Please, abang. Let me send Amer to his room."

Mia memujuk lembut dengan menggosok dada bidang Harith perlahan. Harith kalau mahu dipujuk atau dicairkan senang dengan sentuhan fizikal.

Harith memandang wajah cantik Mia dengan pandangan yang penuh kagum. Tanpa sedar dia mengangguk, memberi izin untuk melepaskan Mia, untuk seketika.

Mia serta-merta bangkit dari ribaan Harith lalu mendapatkan Amer. Dia sempat mendesis marah apabila Harith menampar punggungnya.

"Amer, come. Kak Mia hantar Amer ke bilik." Mia menarik tangan Amer yang leka bermain game Angry Bird di iPad barunya. Haih, baru kenal beberapa jam sudah dimanjakan?

Amer tidak membalas tetapi hanya menurut. Dia bergerak turun dari katil sebelum menyalam tangan Harith. Harith tersenyum sebelum tangannya menggosok rambut Amer sehingga kusut masai. Amer hanya ketawa sebelum pamit pergi.

Setelah Mia dan Amer sudah hilang di sebalik pintu, matanya melilau di sekeliling bilik mereka yang bersaiz suku dari master room di penthousenya di KL. Dia berharap bilik ini akan kedap bunyi, kerana malam ini akan menjadi malam yang panjang buat mereka berdua.

Harith menyandar penuh menggoda di kusyen penghadang katil. Dia sudah siap membuka bajunya lebih awal. Lamunan Harith terhenti apabila Mia sudah masuk ke dalam bilik, mengunci pintu dan merangkak naik ke atas tubuhnya dengan wajah yang merah dan bibir yang diketap nakal.

"Come here, sayang."

Kata Harith sebelum membawa Mia ke syurga mereka berdua.

To be continued...

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now