Bab 26 [EDITED]

7.9K 196 0
                                    

Seminggu telah berlalu semenjak Amer tinggal bersama mereka. Harith yang pada mulanya bercadang untuk menghantar Amer agar menumpang di rumah ibu bapanya mengubah fikirannya untuk membiarkan Amer tinggal di sini bersama Mia.

Setelah mengenali Amer dengan lebih rapat, dia telah jatuh sayang kepada Amer dan tidak mahu menjauhkan Amer dengan Mia yang baru bersama. Mujur sekarang masih berada dalam penggal cuti persekolahan, maka dia tidak perlu tergopoh-gopoh dalam menguruskan hal sekolah Amer.

Ketika ini Harith sedang sibuk menyemak segala dokumen yang perlu ditandatanganinya. Dia mengurut dahinya yang berdenyut. Nampaknya dia terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kesihatannya. Dia tidak boleh jatuh sakit memandangkan buah hatinya yang berada di rumah masih perlu berada di bawah pengawasannya.

Dia bukannya tidak mempercayai Mia. Dia percaya dan sentiasa percaya tetapi dia tidak percaya akan manusia di luar sana. Mia masih terlalu mentah dan belum dewasa. Remaja berumur 18 tahun seperti Mia masih tidak tahu akan kekejaman dunia luar, dan fikirannya terbukti dengan Mia yang mengaku dia terpedaya dengan kata-kata Fad, lelaki yang pernah menjual Mia kepadanya.

Dia bukannya mahu mengurung Mia di rumah dan hanya menunggunya pulang seperti isteri-isteri pada zaman lampau. Dia tahu Mia teringin akan kebebasan tetapi Mia tidak pernah mengungkapkannya. Mia isteri yang terlalu baik dan polos untuk lelaki sepertinya.

Harith menderam lebih keras apabila terasa kesakitan di kepalanya semakin kuat. Dia segera membuka laci meja kacanya yang luas lalu mengeluarkan sepaket panadol. Dia harap dua biji padanol mampu membuatnya bertahan sebelum pulang ke rumah.

Memejam matanya erat, dia menyandar di kerusi empuk berwarna coklat muda yang didudukinya ketika ini. Dia berehat seketika sebelum mencapai iPhone 7 plus miliknya lalu mendail nombor kesayangannya.

"Assalamualaikum, abang..."

Harith mengeluh lega setelah mendengar suara lembut di corong telefon itu.

"Waalaikumussalam, baby. I miss you."

Harith tersenyum kecil mendengar suara Mia yang sedang ketawa manja.

"Baru pukul 11 abang dah rindu? Hm, Mia lagi rindu abang."

"By the way sayang dengan Amer buat apa sekarang?"

"Hm, kami buat cupcakes. Mia ada buat special untuk abang."

"Wow, that's smell delicious. I can't wait to taste it."

Mia ketawa lagi. Kemudian dia berdehem kecil.

"Hm, abang. Are you ok? Why Mia rasa suara abang lemau semacam?"

Harith tidak sangka hanya dengan mendengar suaranya sahaja Mia dapat tahu ada benda yang tidak kena dengannya. "Actually I'm not feeling so well. Abang sakit kepala sekarang ni."

"Abang... Mia pesan jaga kesihatan elok-elok kan... Jangan kerja kuat sangat."

"Yes, baby. I know and I'm sorry. Abang janji lepas ni abang jaga kesihatan abang. For God sake."

"Hm, promise tau abang. Mia harap—"

Harith tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada Mia yang berada di talian apabila anak tekaknya terasa loya dan fikirannya ketika ini ialah sinki atau apa-apa yang boleh digunakannya untuk menampung cairan yang akan keluar dari kerongkongnya.

"Uwekk...!"

Harith sempat mencapai bakul sampah kecil yang berada di sudut biliknya sebelum memuntahkan cairan putih yang likat itu. Disebabkan dia tidak mematikan perbualan mereka, jadi Mia dengar apa yang sedang terjadi.

"Abang! Abang ok tak ni?"

Harith mendengar sayup-sayup suara Mia yang sedang menjerit panik di corong telefon. Dia meletakkan telefonnya di telinga sebelum muntah sekali lagi.

"Abang tak tahu baby. Tiba-tiba abang loya and rasa nak mun— uwekk...!"

Setelah mengeluarkan segala cairan di kerongkongnya, Harith terduduk lesu di kerusinya.

"Baby, now I know how you felt that day. Perut and anak tekak abang dah pedih sangat ni sebab banyak muntah."

Harith jelas dapat mendengar yang Mia sedang kalut di corong telefon.

"Abang, please come home now. Mia risau. Biar Mia jaga abang kat rumah. Please?"

"Alright. Abang balik. Lagipun abang still tak sedap badan ni."

"Hm, thanks abang sebab dengar nasihat Mia. Abang drive sendiri ke?"

"Yes, drive. Tidak mengapa sayang. Abang still kuat nak memandu. Perut je yang senak, bukan kaki and tangan. Don't worry too much, baby." Kata Harith sambil mengemas segala dokumen yang berterabur di meja.

Setelah itu, dia mencapai sebotol air mineral yang belum dibuka lalu diminum. Rasa payau muntah masih kuat menguasai isi mulutnya.

Harith keluar dari biliknya sebelum berhenti di depan meja Jane.

"Jane, cancel all my appointments. I'm not feeling so well and I will straight to home. Tell Hasrul that I asked him to go home too. Did I make you clear?"

"Yes, Sir. And please get well soon." Balas Jane sebelum bangun sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada CEOnya.

"Thank you." Ujar Harith sebelum menapak masuk ke lif VIP. Dia menyandarkan tubuhnya yang terasa lemah di dinding lif sambil memandang angka yang sedang menurun. Dia berasa pelik kerana selama ini dia jarang jatuh sakit dan muntah-muntah seperti ini. Jangan-jangan...

Harith menggelengkan kepalanya menidakkan perkara yang terlintas di fikirannya. Tidak mungkin kerana hubungan intim antara mereka masih terlalu awal.

Tetapi dia akan menjadi lelaki paling bahagia jika hal itu benar-benar berlaku. Membayangkan wajah anak mereka sahaja telah menyebabkan tubuhnya terasa ada kupu-kupu berterbangan di perutnya, belum lagi perasaan memandang wajah anak mereka secara langsung.

Harith menyeringai membayangkan semua itu. Membayangkan tubuh seksi Mia yang berbadan dua menyebabkan nafsu lelaki meningkat secara mendadak dan menyebabkannya lupa akan sakit yang sedang dihadapi.

To be continued...

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now