Bab 45 [EDITED]

6.6K 240 31
                                    

Tepat pukul 5 petang, Mia sudah berdiri di foyer kondo, untuk menunggu ketibaan Harith. Baru sahaja dia mahu menelefon suaminya, Range Rover Evoque berwarna putih tiba di hadapannya. Mia tersenyum kepada Harith yang sedang melambai kepadanya.

"Hi, abang." Tegur Mia setelah duduk dengan selesa di sebelah Harith.

"Hi, princess." Balas Harith sebelum merangkul pinggang isterinya lalu memberikan kucupan lembut di bibir. Mia hanya tersenyum malu ketika Harith menjarakkan tubuh.

Kereta itu meluncur ke lebuhraya Kuala Lumpur dengan perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas. Seperti kebiasaan, lebuhraya di Kuala Lumpur akan sesak kerana waktu ini merupakan waktu puncak. Sesekali Harith mengerling ke arah Mia yang comel memakai bawal berwarna pink pastel. Kardigan berwarna hitam menambahkan lagi kecomelan Mia yang bertubuh genit.

"Sayang?" Tegur Harith setelah lama mereka berdiam diri.

"Ye, abang?" Balas Mia acuh tak acuh. Mia ketika ini sedang membuat nota di telefon pintarnya untuk bahan-bahan yang perlu dibelinya nanti.

"Abang rindu." Ujar Harith sebelum menarik tangan Mia lalu digenggam erat. Mia menoleh ke arah suaminya dengan senyuman. Senyumannya semakin lebar apabila Harith menyulamkan jari-jemari mereka.

"Mia pun rindu abang." Balas Mia lembut sambil memandang wajah tampan suaminya. Harith yang ketika ini memakai suit berwarna kelabu berserta cermin mata hitam kelihatan sangat kacak di matanya.

"Abang tak sabar nak balik rumah peluk cium isteri abang ni." Gurau Harith sebelum mencuit hidung mancung Mia.

Wajah Mia memerah mendengar kata-kata nakal suaminya.

"Abang ni tak pernah tak gatal. Tak suka tau."

Harith tersenyum. Dia sesekali memandang tangan mereka yang bersulaman sebelum dibawa ke bibir lalu dikucup lembut. Mia tergelak kecil sebelum melentokkan kepalanya di bahu Harith.

***

Setibanya mereka di Pasaraya Tesco, Harith dan Mia langsung menolak troli ke bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Mia memilih sayur-sayuran seperti pucuk-paku, bayam, kubis serta beberapa jenis sayur-sayuran kampung. Setelah itu, mereka memilih buah mangga untuk dibuat sambal. Harith memberitahu bahawa Zayn sangat gemarkan sambal itu.

Harith yang sedang leka memilih ayam mentah tersedar yang Mia sedari tadi merenungnya.

"Ye, sayang? Abang tau sayang rindu abang. Sabar dulu, ye?" ujar Harith dengan sengihan nakal.

Mia menjulingkan mata ke atas sebelum memeluk lengan suaminya. Harith ketika ini masih memakai kemeja kerja dengan lengan yang dilipat sehingga ke siku. Fizikal Harith ketika itu tidak dapat digambarkan kesegakannya.

"No, lah. Mia proud je. Ada suami yang tak malu teman isteri beli barang dapur, dengan kemeja kerja pulak tu." Balas Mia dengan senyuman lebar di bibirnya.

Harith hanya senyum lebar mendengar pujian daripada isterinya. Kembang kempis hatinya apabila dipuji sebegitu. Harith sempat mengerling wajah cantik Mia.

"You know what? If abang sekarang ni tak pegang ayam mentah, dah lama abang tarik cium peluk sayang dekat sini jugak."

Mia terus masam mencuka mendengar kata-kata suaminya. Dia menjeling tajam sebelum senyuman kecil terlepas di sudut bibirnya.

"Abang tahu sayang suka. Tak perlu nak cover sangat." Usik Harith sebelum beredar ke tempat timbang harga. Dia sempat mengenyitkan mata nakal ke arah Mia. Mia menggeleng dengan wajah yang merah padam.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now