Bab 31 [EDITED]

8.1K 178 9
                                    

Mia's baby bump😍

Mia yang baru tersedar dari tidur segera mengeliat kecil. Ah, indahnya tidur dengan pemandangan yang cantik terhidang di hadapan mata. Turun sahaja dari katil, laut yang terbentang luas terhidang indah di hadapan mata. Mia bersyukur kerana Harith memilih bilik yang betul-betul berada di hadapan laut.

"Sayang? Cepatnya bangun."

Mia menoleh ke arah suara yang garau serta seksi itu. Harith ketika ini sedang menyandar dengan gaya yang cukup seksi di matanya.

Mia segera menapak ke arah suaminya itu lalu memeluk tubuh Harith yang tidak berbaju. Tubuh sasa suaminya sangat sedap dipeluk. Tambahan pula perutnya sudah mula naik menampakkan 'baby bump'.

"Mia tak sabar nak tengok laut pada waktu pagi. Sebab tu Mia bangun awal."

Harith merenung lama wajah cantik Mia. Haih, muka baru bangun tidur pun seksi. Macam mana dia tak geram dengan isterinya yang cantik ini?

"Sayang ni cantik sangatlah pagi ni. Buat abang rasa tak keruan."

Mia tergelak kecil. "Abang ni gediklah. Janganlah puji Mia selalu. Malulah macam ni," gurau Mia manja.

"Memang, memang abang nak puji selalu. Sebab wife abang layak dipuji," balas Harith sebelum mengucup bahu Mia yang terdedah.

Mia hanya memejamkan mata sambil menikmati kucupan bertalu Harith di sekitar lehernya. Apabila terasa Harith meninggalkan 'love bite', Mia terjerit kecil.

"Abang! Janganlah tinggalkan tanda."

Harith tergelak besar. Dia memeluk Mia dengan lebih erat sambil merapatkan wajah mereka. Bibir seksi Mia dipandang lama.

"Abang nak apa ni dari Mia?"

Harith tersengih nakal.

"Wife abang ni pandailah. Macam mana abang tak sayang."

"Abang ni... semalam kan dah dapat, takkan nak lagi!" Mia memuncung kecil.

"Sorry, baby. Abang tak dapat nak control diri abang bila tengok Mia seksi macam ni," balas Harith sebelum mengigit manja cuping telinga Mia.

"Abang... Stop it!" Jerit Mia manja sebelum cuba melarikan diri daripada pelukan Harith.

"Sayang... janganlah lari-lari. Ingat sayang kan tengah pregnant tu."

Mia yang tersentak mendengar nasihat Harith, terus berhenti bergelut. Dia lupa keselamatan dirinya serta anak yang dikandungnya sangat penting.

"Sorry, abang. Mia lupa."

"Takpe, abang maafkan. Yang penting, mari sini dekat abang kejap."

"Ala... taknak..." balas Mia sambil cuba menahan ketawa. Seram sejuk dia melihat wajah miang Harith.

"Jangan melawan. Sini." Harith memanggil Mia dengan memandang wajah isterinya lama.

"Yelah..." balas Mia lemau sambil mengesot perlahan ke arah suaminya. Dia terjerit kecil apabila Harith merangkul pinggang kecilnya erat.

"Jangan lari-lari tau, sayang. Abang makan Mia lembut-lembut, tak ganas-ganas."

Mia tergelak mendengar gurauan suaminya. Dia mengangguk dengan senyuman manis sebelum menyambut kucupan hangat Harith di bibirnya.

***

Tepat pukul 12 tengahari, Harith dan Mia sama-sama menapak ke arah Cafeteria mewah di Resort itu. Harith mendudukkan Mia di kerusi berdekatan dengan laut sebelum menapak ke meja buffet untuk mengambil makanan buat mereka berdua.

"Abang, banyaknya makanan. Nanti Mia tak habislah."

Mia membulatkan mata melihat sepinggan spaggeti yang penuh dihadapannya.

Harith tergelak kecil.

"Takpelah, kalau sayang tak larat habiskan, your beloved hubby kan ada.."

Mia tersenyum mendengar jawapan Harith sebelum menyentuh lembut tangan suaminya itu.

"Thanks abang for everything. Mia bersyukur ada suami penyayang macam abang."

Harith mengusap wajah Mia dengan lembut.

"Abang lagi bersyukur ada wife sebaik dan secantik Mia. Pandai layan abang pulak tu," usik Harith di hujung ayat.

"Abang! Malulah orang dengar."

Harith tergelak besar sebelum disambut dengan tawa Mia. Kemudian mereka sama-sama menjamu hidangan tengahari mereka sambil menikmati pemandangan serta bayu laut yang indah.


To be continued...

Vote, comment, share! 😘

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now