Bab 11 [EDITED]

9.5K 274 3
                                    

Mia menolak tangan Harith yang berlingkar di perut datarnya secara perlahan. Dia tidak mahu menganggu lena Harith memandangkan mereka tidur apabila jarum jam menginjak ke angka tiga pagi. Mia melilitkan bath robe yang berada di atas lantai ke tubuhnya sebelum mengucup lembut dahi licin suaminya.

Dia menapak ke bilik air yang hanya beberapa langkah dari katil untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Setelah itu, dia menyikat rambutnya yang kusut lalu dibuat messy bun. Mia menapak keluar dari bilik air sebelum menjenguk Harith buat seketika sebelum keluar dari bilik untuk ke dapur. Dia sudah berura-ura untuk membuat sarapan pagi buat mereka.

Tiga biji telur dipecahkan ke dalam mangkuk kaca lutsinar sebelum telur dipukul perlahan. Mia bercadang untuk membuat scrambled egg dan french toast.

Semenjak dia tahu Harith bukanlah penggemar nasi, dia kerap google resepi western food yang mudah menggunakan MacBook yang Harith sediakan untuknya di ruang kerja Harith. Setelah siap kedua jenis makanan tersebut, dia menghidupkan coffee maker. Kopi yang sudah siap segera dituang ke dalam teko kaca sebelum diletakkan di island bar.

Walaupun terdapat meja makan, mereka berdua lebih gemar menggunakan island bar kerana lebih selesa untuk makan berdua. Setelah itu, Mia mengambil sekotak fresh orange lalu dituangkan ke dalam gelas kaca.

"Sayang?" Mia segera mengangkat wajahnya tatkala suara garau Harith menampar pendengarannya. Dia tersenyum lebar sebelum menapak ke arah Harith yang sedang bersandar di dinding dengan seluar yang sedikit londeh, menampakkan V-line di bawah abdomennya. Mia menegup air liurnya perlahan melihat pemandangan indah di pagi hari.

"Morning, abang..." Ujar Mia sebelum menjengketkan kakinya lalu mengucup lembut bibir merah suaminya. Harith dengan pantas segera melingkarkan tangannya di pinggang ramping Mia sebelum memperdalamkan ciuman mereka. Mia membalas sambil memejamkan matanya sebelum kucupan mereka dilepaskan. Hmm, mulut Harith segar dengan rasa mint.

"Awalnya bangun?" Soal Harith sebelum mengelus lembut belakang leher Mia. Melihat anak rambut yang jatuh di sekitar kawasan belakang leher memang membuatkan dia tidak senang duduk. Bibirnya terasa ringan untuk melayangkan kucupan-kucupan ringan di kawasan itu.

"Mia terjaga awal. Lagipun sempat Mia buat breakfast. Abang mesti lapar kan? Jom." Mia mengeratkan lingkaran tangannya di leher Harith. Harith yang tinggi, terpaksa membongkok apabila Mia menarik lehernya sebegitu.

"Abang memang lapar. Tapi abang lapar benda lain..." Harith berkata dengan riak nakal. Dia mula tersengih sebelum menjatuhkan wajahnya perlahan-lahan ke wajah Mia. Tempat yang ditujunya hanyalah bibir mungil isterinya itu.

"Eh! Abang... No, no. Jangan mula, nanti semua benda tak jalan." Mia segera melepaskan rangkulan Harith dan cuba untuk lari tetapi Harith begitu cekap menangkap tubuhnya.

"Ugh!" Mia terkejut apabila tubuhnya tertarik kuat ke tubuh sasa suaminya. Mia menggigit bibirnya apabila Harith mula mengusap lehernya dengan bibirnya. Mia meronta sekali lagi.

"Abang.... No... Abang! Pfft..!" Mia yang tadinya meronta terus melepaskan ketawa. Dia meronta-ronta kegelian. Mia memukul-mukul tangan Harith yang sedang menggelitik pinggangnya.

"Stop...! Abang, please stop!" Mia sudah terjerit-jerit kegelian. Harith hanya ketawa jahat dengan pelukan yang semakin erat, dan jari-jemarinya yang galak menggelitik pinggang Mia.

"Taknak, taknak." Harith sudah ketawa geli hati. Mia meronta sekuat mana pun, takkan dapat lepas dari rangkulan kemas dia. Lagipula tubuh Mia yang genit dan rendah sangat jauh dengan tubuhnya yang tinggi lampai dan sasa.

Mia yang sudah tidak tahan dengan jari-jemari nakal suaminya segera berpusing ke arah Harith lalu menyambar pantas bibir suaminya. Harith yang pada mulanya terkejut tetapi kemudiannya membalas. Harith mengangkat tubuh Mia ke atas untuk memperdalamkan ciuman mereka. Tidak lama selepas itu, ciuman dilepaskan dan mereka berdua bertentang mata dengan termengah-mengah untuk mengambil nafas.

"Abang ni..." Ujar Mia setelah Harith menurunkan tubuhnya. Mia menampar perlahan pipi Harith yang hanya tersengih seksi.

"Salah sayanglah. Pagi-pagi dah seksi." Balas Harith dengan pandangan yang dijatuhkan pada tubuh Mia. Mia mengerutkan dahinya sebelum melihat pakaiannya.

"Seksi? Pakai robe pun seksi ke?" Balas Mia dengan gelengan kepala. Tahu sangat dengan perangai mengada suaminya itu. Sejak Harith makin jinak, makin nakal dan mengada jadinya. Tapi dia suka.

Harith membuntuti Mia yang menapak ke island bar. "Haah seksi. Sebab abang senang nampak cop mohor kat leher sayang." Ujar Harith nakal sebelum menampar lembut punggung montok Mia.

"Abang..." Mia hanya tergeleng kecil. Setiap masa ada aje tangan Harith merayap nakal di tubuhnya. Dia pulak dah naik imun dengan segala sentuhan nakal suaminya. Tidak lagi berdebar macam waktu pengenalan mereka.

Memang waktu itu mereka tiada ikatan yang halal, dan disebabkan itulah Mia dengan muka tembok meminta Harith menikahinya. Mia tidak berharap Harith akan berubah menjadi suami yang penyayang seperti ini, tetapi jika Allah telah membuka hati suaminya untuk berlembut dengannya, dia sudah bersyukur. Dia juga turut menyayangi Harith, dia hanyalah typical perempuan melayu yang akan jatuh sayang pada suaminya walaupun tiada perasaan cinta pada awalnya.

Harith segera mengambil tempat di sebelahnya. "Wow. I'm not expecting this." Ujar Harith apabila melihat scrambled egg dan french toast yang disediakan Mia.

Mia hanya tersenyum senang melihat Harith yang makan dengan berselera. Terima kasih tuhan untuk itu. Tidak sia-sia dia bangun awal untuk sediakan sarapan buat Harith.

"Ok?" Soal Mia apabila Harith hanya makan dengan senyap. Harith menghabiskan kunyahan sebelum mengucup sekilas bibir Mia.

"Thanks, baby. Abang hargai usaha Mia dalam melayan abang."

Mia tersenyum lebar. "Thanks jugak untuk abang sebab sudi makan masakan Mia."

Harith melingkarkan tangannya di pinggang ramping Mia sebelum mengucup bahagian sisi kepala Mia. "Of course sayang. Setiap hari abang nak rasa masakan sayang."

Mia segera melentokkan kepalanya di bahu bidang Harith. Dia tersenyum apabila Harith mengucup ubun-ubunnya bertalu-talu. Mia memejamkan matanya untuk menikmati masanya bersama dengan Harith.

Just nak inform, start dr chapter ni setiap chap akan dtg hanya dlm 900-1200 pp sahaja. Sy makin busy sbb spm is arounnndd the corner huhu. Bye. Vote, comment, share. Muah!

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now