Bab 32 [EDITED]

7.6K 211 33
                                    

Ding dong..

Mia yang sedang duduk bersila di atas sofa sambil menonton televisyen menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi loceng. Dia yang berfikir mungkin Harith sudah pulang dari gim terus tersenyum lebar kerana terlalu rindukan suaminya yang sudah pergi sejak 2 jam yang lalu.

"Abang cepatnya balik-" ayat Mia terhenti apabila dia melihat seorang wanita berpakaian seksi yang cukup anggun berdiri dihadapannya.

"Eh, you ni siapa pulak? Asal you duduk dalam bilik bakal husband I ni?" tanya wanita itu dengan suara yang jengkel serta pandangan tajam, memandang tubuh Mia atas dan bawah.

Mia agak tersentak mendengar ayat wanita itu. Bakal husband? Siapakah wanita ini? Dan apa hubungan wanita ini dengan Harith? Pelbagai persoalan berlegar di fikiran Mia tika itu.

"Err, saya ni wif-"

"Eh, Gina. You buat apa dekat sini?"

Tiba-tiba kata-kata Mia dipotong dengan pantas oleh suara lelaki yang sentiasa didengarinya. Mia agak terasa ketika itu kerana dia merasakan bahawa Harith sengaja memotong percakapannya yang mahu memberitahu bahawa dia adalah isteri kepada 'bakal-suami-wanita-itu'.

"Baby! Penat I cari you. Tau-tau je budak office cakap you holiday dekat sini. You holiday sesorang bukan nak ajak I tau!" kata Gina manja dengan jari yang melentok di bahu Harith. Dia memandang wajah dan tubuh Harith berselang-seli. Menjerit hati wanitanya apabila melihat t-shirt putih yang melekap di tubuh Harith dek kerana peluh. Kacaknya Harith!

Mia yang hanya menjadi penonton dari tadi berubah riak wajahnya apabila wanita bernama Gina itu memanggil suaminya dengan gelaran 'baby'. Perit hatinya sebagai seorang isteri apabila mendengar suami tersayang dipanggil dengan panggilan manja oleh wanita lain.

Harith sudah pucat lesi apabila melihat wajah sugul Mia. Ah, sudah! Dia tersepit antara untuk menyembunyikan rahsia bahawa Mia adalah isterinya atau membiarkan Mia salah faham dengan apa yang berlaku. Setelah menarik nafas panjang, Harith memandang Gina dan Mia bergilir-gilir.

"Gina, I think you should go home. Nanti kita borak lain kali, okay. I takde masa nak layan you," balas Harith dengan suara yang dingin.

"But Harith.."

"No but, I dont want to hear any excuses. Can you respect my privacy a little bit?"

Gina terdiam mendengar amaran Harith. Memang dia salah kerana menganggu waktu cuti Harith. Tapi dia lakukan perkara ini kerana dia terlalu rindukan wajah lelaki itu.

"Okay, kali ni I dengar kata-kata you. Btw, who is this girl? Kenapa dia ada dalam bilik you, Harith?" soal Gina marah dengan jari menuding ke arah Mia. Mujur Mia memakai t-shirt yang sangat besar jadi 'baby bump' tidak kelihatan.

Mia memandang wajah Harith dengan pandangan berkaca. Please, abang. Katakan yang Mia ni isteri abang. Mia berharap di dalam hati.

"This is not my room and she's nobody. Just go home and don't disturb me." Harith ketika ini cuba untuk tidak memandang mata Mia. Dia tahu Mia terluka apabila dia tidak berkata jujur tentang status Mia.

"Fine! But ingat, I akan cari tau siapa perempuan ni." Gertak Gina sebelum menjeling tajam ke arah Mia. Kasut tumitnya dihentak sebelum berlalu pergi dari situ.

Baru beberapa langkah Gina menapak, Mia segera berdiri di hadapan Harith dengan mata yang bertakung.

"Thanks, abang. I'm appreciated a lot." ujar Mia sebelum masuk ke dalam bilik itu semula. Pintu bilik itu ditutup dengan kasar sehingga menghasilkan bunyi 'doom'.

Mia segera berlari ke arah katil sebelum menangis dengan bantal yang menutup wajahnya. Hatinya perit apabila Harith menidakkan statusnya di hadapannya sendiri. Selama ini apabila dia cuba menerima hakikat bahawa pernikahan dia dan Harith adalah secara senyap, namun dia tidak merasa lagi kesakitan daripada perkara itu. Namun apabila hal ini terjadi di hadapannya sendiri, ditambah pula dihadapan wanita yang memanggil suaminya panggilan manja, kesakitan ini tidak terduga.

Harith pula meraup wajahnya dengan kasar. Dia terpaksa untuk menidakkan status Mia. Dia terpaksa. Dia lakukan semua ini untuk melindungi Mia dan anaknya. Dia tidak mampu untuk membayangkan apa yang akan terjadi kepada Mia apabila Gina mengetahui bahawa Mia adalah isterinya dan sedang mengandung anaknya.

Harith segera berlalu ke arah pejabat di resort itu untuk mendapatkan kunci pendua biliknya. Dia harus memujuk Mia secepat mungkin kerana Mia makin sensitif sejak mengandungkan anak mereka dan dia juga tidak mahu hubungannya dengan Mia goyah kerana kehadiran Gina.

To be continued...

Vote, comment and share🌈

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now