Bab 29 [EDITED]

7.3K 218 17
                                    

Harith mengelus lembut rambut Mia yang cantik beralun. Dia tersenyum melihat Mia yang sedang tidur pulas. Pembawakan budak agaknya sampai Mia menjadi 'sleeping beauty' sejak akhir-akhir ini.

Setelah beberapa ketika merenung wajah cantik isterinya, dia mengucup sekilas bibir mungil Mia sebelum turun dari katil. Singlet putih yang berada di atas meja kecil di sudut katil segera disarung ke tubuh.

Langkah kaki langsung dibawa ke dapur. Harith membuka peti ais lalu mengeluarkan barang-barang mentah. Apa salahnya jika hari minggunya digunakan untuk memasak sarapan buat yang tersayang.

Setelah berkira-kira sarapan yang boleh dibuat, dia mengambil keputusan untuk memasak bihun goreng singapore kegemarannya. Mana tau mungkin masakan itu akan turut menjadi masakan kegeraman Mia.

***

Mia mengeliat kecil sebelum bangkit dari tidurnya yang lena. Dalam keadaan yang masih mamai, tangannya diraba ke arah tempat tidur suaminya. Mia langsung celik apabila perasan yang Harith sudah tiada di sisinya.

Dia bangun dari katil lalu menapak ke meja solek. Perutnya yang mula membulat diusap lembut. Setelah itu, sikit diambil lalu disikat rambutnya yang agak serabai. Setelah puas dengan penampilan dirinya, dia pun menapak keluar ke dapur.

Mia tersenyum melihat Harith yang sedang membancuh kopi.

"Abang..." ujar Mia manja sambil memeluk tubuh tegap Harith dari belakang.

"Hey, baby. Good morning, sunshine." Balas Harith sebelum mengucup sekilas tangan Mia yang melingkar di tubuhnya.

"Hmm, rajinnya abang buat breakfast ni..."

Harith tersenyum. Dia segera memusingkan tubuhnya agar dapat berhadapn dengan Mia. Wajahnya ditunduk sedikit disebabkan ketinggian mereka yang jauh berbeza. How cute!

"Abang tau sayang penat. Penat dengan morning sickness lagi, pastu penat layan abang lagi..." balas Harith nakal di hujung ayatnya.

"Ish abang ni... Gatal je tau, tak suka." Mia menampar perlahan lengan Harith.

"Betul ke tak suka?" Harith senyum senget dengan kening yang sebelah dijongketkan.

"Eee! Suka kacau Mia tau..." Mia memuncung kecil dengan jari-jemari yang bermain dengan dada bidang Harith.

"Mestilah abang suka ganggu cinta hati abang."

Mia mula tersenyum lebar mendengar kata-kata Harith. Dia mengetap bibir apabila wajah Harith semakin mendekat. Matanya dipejamkan erat apabila bibir Harith singgah lembut di bibirnya. Lembut... dan hangat.

***

"Hi, honey."

Harith mengeluh apabila mendengar sapaan dari wanita yang sangat mahu dielakkannya. Dia hanya memandang kosong wanita seksi yang sudah duduk selesa di hadapannya.

"What do you want from me, Gina?"

Gina hanya membuat muka selamba. Dia memainkan rambutnya yang ikal keperangan.

"Sebab I rindu you. Takkan tu pun you tak faham?"

Harith meraup wajahnya yang tegang.

"There is no reason for you to miss me, Gina. Please, what past is past. Jangan bawa masa lalu ke masa sekarang."

Wajah Gina mula memerah mendengar kata-kata Harith. Dia bangun lalu menapak perlahan-lahan ke arah Harith.

"So... you nak kata yang you dah move on dari I? Macam tu ke?" Tangan Gina dibawa ke lengan Harith.

Harith menepis kasar tangan Gina yang gatal mengusap lengannya.

"Don't touch me. Do not ever touch me." Harith memberi amaran dengan wajah yang menahan marah.

"Why? Why I tak boleh sentuh you macam dulu? You lupa ke segala kenangan kita dulu?!"

"Yes I dah lupa! And one more thing, I tak pernah sentuh you sampai tahap ke bilik tidur! You perlu ingat tu! Now, you keluar!!"

Gina tersentak mendengar tengkingan Harith yang cukup kuat. Wajahnya memerah, bukan hanya kerana marah, tetapi juga malu dengan pekerja-pekerja Harith yang semestinya mendengar pergaduhan mereka.

"Fine... I keluar. Tapi you ingat Harith, hal ni belum selesai. I akan pastikan you sekali lagi menjadi milik I." Balas Gina sebelum keluar dari pejabat lelaki itu. Pintu kayu itu berdentum kuat akibat hempasan dari Gina.

"God, what must I do now?" Lirih Harith perlahan sebelum jatuh terduduk di atas kerusinya. Dia sangat takut, kebahagian rumahtangganya hancur disebabkan kehadiran Gina.

To be continued...

A/N : hye guys. Act sy nak clarify something about this novel kat sini. Act sebab knp sy jarang update n kalau update pun sy update pendek je cause bg sy ap yg sy buat ni just waste my time. Yeah maybe akn ad yg kata if sy bebetul jd author sy tk akn give up tuk teruskan menulis but menulis ni cuma hobby saya. So bila dah hbis spm sy byk komitmen lain nk buat n at the same time ap yg sy tulis tk dpt sambutan readers buat sy give up. So sy ad terfikir utk delete novel ni. Sy punya semangat nak teruskan novel ni dah takde. And thnk you so much dekat awk2 semua yg pernah vote and support novel ni dari awal. Thnk you so much!

Salam sayang
yuyu

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now