Bab 38 [EDITED]

6.5K 176 6
                                    

Seminggu setelah pertemuan Mia dengan Nazaliya yang tidak dijangka, barulah Nazaliya sempat menziarahi Harith dan Mia. Tidak lupa juga dia sempat memberitahu abangnya bahawa dia mahu datang melawat Mia yang sering jatuh sakit, seperti yang diadu oleh abangnya.

Sesampai sahaja dia di pintu hadapan penthouse abangnya, bau tom yam kuat menyekat deria baunya.

"Wah, tom yam ke tengahari ni?" tanya Nazaliya dengan teruja. Beg galasnya diletakkan di atas sofa. Disebabkan Nazaliya baru berumur 17 tahun, dia hanya selesa memakai beg galas import dari korea serta t-shirt pendek dan seluar jean fit.

Mia mengangguk dengan senyuman manisnya. Dia segera meletakkan mangkuk besar berisi kuah tom yam seafood itu ke meja makan.

"Along mana Kak Mia?" soal Nazaliya yang sudah duduk di island chair sesudah dia menyalami tangan Mia.

"Along mandi kejap. Itu dah muncul." balas Mia sebelum tersenyum melihat Harith yang memakai singlet hitam yang menampakkan lengan sasanya hasil dari aktiviti di gim. Mia mengetap bibirnya apabila mendapat kenyitan nakal dari Harith, kantoi apabila dia ralit merenung badan sasa suaminya.

"Lambat sampai, Liya." Tegur Harith ketika Nazaliya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Selepas itu, Harith mendekati Mia lalu memberikan ciuman mesra dan lama di bibir.

"Ergh, get a room please." Nazaliya segera menutup kedua matanya.

Harith tergelak sebelum mengerang kesakitan akibat dicubit di lengannya oleh Mia.

"Okey, dah-dah. Jom makan!" Mia segera melepaskan rangkulan Harith lalu segera mencapai pinggan untuk mereka bertiga.

***

"Liya bagi alasan apa dengan umi untuk datang sini?" Soal Harith sebelum menyuapkan cheese cake yang dibelinya semalam ke dalam mulut.

"Hm, normal things. Alasan yang biasa Liya bagi. Pergi rumah Nina." Nazaliya memang sering menggunakan nama kawan baiknya, Imanina untuk mendapat keizinan keluar. Mujur keluarganya mengenali Imanina dengan akrab disebabkan Imanina sering bermalam di rumah mereka.

"Umi takde tanya benda lain, kan?" Soal Harith lagi dengan kening bertaut.

"Nope!" Balas Nazaliya singkat.

"Ok, good." Balas Harith dingin sebelum menyambung suapannya.

"Kak Mia, tengok along ni! Dengan Liya bukan main dinginnya. Bila dengan Kak Mia, gatal bukan main."

Mia hanya tergelak ceria mendengar rungutan Nazaliya. Memang dia sudah maklum pun dengan perangai dingin Harith. Don't worry Liya, Kak Mia pernah kena tempias baran Harith juga suatu masa dulu, balas Mia dalam hati.

Mia merenung wajah tampan Harith lama. Tidak sangka lelaki yang dulunya sangat ego, hidung tinggi, baran serta kasar yang dia bertemu pada kali pertama kini sudah berubah 360°.

Harith yang perasan Mia merenungnya lama segera menegur.

"Sayang? Menung apa? Kenapa tengok abang macam nak makan ni?"

Harith mengusik dengan suara nakal. Mia tersentak apabila Harith mencuit hidung mancungnya. Argh, malunya!

"Abang ni jangan gatallah!" Mia segera mencubit lengan Harith. Harith mengerang kesakitan. Kononnya mahu meraih simpati Mia. Padahal bukan sakit pun Mia cubit.

The Eternal LoveМесто, где живут истории. Откройте их для себя