Bab 27 [EDITED]

7.9K 194 1
                                    

Mia termenung sambil memandang ke arah luar tingkap kereta, melihat bangunan pencakar langit di setiap jalan yang mereka lalui. Harith yang sedar akan kebisuan isterinya segera menegur.

"Sayang? Are you alright?"

Mia tersentak apabila ditegur Harith. Dia menghadiahkan senyuman manis tetapi tetap nampak hambar di mata Harith. Harith terdiam seketika sebelum menarik nafas panjang.

"Sayang tak suka ke dengan apa yang kita dapat sekarang ni?"

Mia berasa bersalah mendengar suara tenang Harith. Dia menunduk memandang perutnya. Di dalam rahimnya kini terdapat nyawa yang baru ditiupkan rohnya.

"Abang... Mia minta maaf. Mia tak bermaksud nak tolak rezeki Allah, tapi Mia takut... Mia takut Mia tak mampu." Mia membalas perlahan.

Harith menarik tubuh Mia ke sisi lalu mengucup tepi kepala Mia yang dilitupi tudung.

"Abang faham sayang. Especially sayang ni masih remaja haruslah sayang risau dengan komitmen. Don't worry, baby. Abang kan ada?"

Mia mengangguk perlahan sebelum merebahkan kepalanya di bahu Harith yang sedang memandu. Harith menarik tangan Mia ke bibirnya lalu dikucup lembut. Betapa bahagianya dia apabila Mia disahkan mengandung 2 minggu oleh doktor yang memeriksa kesihatan isterinya.

Dia tidak terasa hati dengan Mia yang gusar akan kehadiran nyawa di rahimnya. Mia masih muda, masih mentah. Dia tidak seharusnya melatah. Sebetulnya dia yang harus membimbing Mia agar mampu menjadi ibu bapa yang terbaik buat bakal anak mereka.

Dalam diam Harith risau akan reaksi ibu bapanya berkenaan pernikahannya dengan Mia serta anak yang dikandungnya. Apa agaknya reaksi umi dan walidnya apabila mengetahui mereka telah mempunyai menantu dan bakal mendapat cucu sulung buat kali yang pertama.

***

Mia pula setelah disahkan mengandung tahap kesihatannya kerap naik dan kerap turun. Kadang-kala Mia terpaksa berjaga lewat malam semata-mata anak tekaknya yang meragam mahu memuntahkan isi perut. Harith pula begitu sabar menemani Mia setiap kali Mia terjaga pada larut malam.

"Sayang?" Soal Harith terpisat-pisat apabila terasa cahaya samar-samar dari bilik air terbuka. Harith segera turun dari katil apabila melihat Mia terbongkok-bongkok di hadapan mangkuk tandas.

"Sayang! Baby okay tak ni? Kenapa tak kejut abang?" Soal Harith gusar sambil menepuk-nepuk lembut belakang tubuh kecil Mia. Mia hanya diam sebelum menapak menghampiri sinki untuk mencuci mulutnya yang payau dengan muntah.

"Mia tak nak susahkan abang. Lagipun abang selalu balik lewat, Mia kasihankan abang, mesti abang penat. Takpe abang jangan risau, muntah-muntah ni bukannya teruk sangat pun. Trimester pertama sahaja kan?" Balas Mia sambil menepuk lembut belakang tubuh Harith, memujuk Harith yang sudah menunjukkan riak bersalah.

"But abang tak nak Mia lalui semua ni alone. You have me right? Apa guna abang if Mia sakit sorang-sorang. Baby kita ni bukan ke dari abang juga kan?" Tanya Harith sambil menekup wajah cantik Mia dengan kedua-dua telapak tangannya. Dia memandang sayang wajah Mia yang licin tanpa sebarang cela. Pilu hatinya melihat wajah isterinya sudah merah-merah akibat muntah sebentar tadi.

Mia tergelak kecil lalu menarik hidung mancung Harith. "Ye, abang. Abang always ada untuk Mia and thats why Mia tak nak susahkan abang lagi. Lagipun ini kan bukti pengorbanan Mia pada abang?"

Harith tersenyum mendengar kata-kata Mia. Dia segera merangkul erat tubuh genit isterinya. "I love you, baby. I love you so much. I really do."

The Eternal LoveМесто, где живут истории. Откройте их для себя