Air susu kotak yang dibelinya di kantin tadi dikepitkan sekejap di ketiak supaya senang nak bersalam dengan lelaki yang mengganggu Kamilia Hazel.

Gayanya ditunjukkan sedikit poyo. Apa poyo sangat mamat ni?

"Putra Ad..." Tak sempat pun dia nak balas.

Cis, kenapa asal aku nak kenalkan diri mesti ada yang potong ? Jealous ke nama aku paling panjang...

"Tak nak tahu pun nama panjang kau." Ungku Harraz duduk di sebelah Kamilia Hazel.

"Dia ada kacau you ke?" Ungku Harraz sedaya upaya melembutkan nada suaranya. Kamilia Hazel menjegil mata pada Ungku Harraz.

Biol ke apa si Harraz ni? You? Apa tu?

"Tak ada pun. Yang kau dah kenapa? Kena sampuk?"

"Okey, let's go kita buat kat tempat lain." Ungku Harraz mengajak Kamilia Hazel pergi dari situ.

Mereka terus berlalu pergi meninggalkan Hayat yang masih tercegat di situ.

"Demam ke?" Tangan Kamilia Hazel melekap di dahi Ungku Harraz.

Hmm, tak panas tapi perangai pelik pula.

"Terpaksa. Lagipun, kau kena berterima kasih dekat aku ni sebab dah tolong kau dari mamat poyo tu," kata Ungku Harraz sambil buat muka bersahaja.

"Dia helok apa?" Sengaja Kamilia Hazel menguji.

"Banyaklah kau punya helok? Eh, kau tak kenal mamat tu lagi. Dia tu pembuli, peragut, pencuri, pe..."

"Dahlah sudah sudah. Air aku mana?" tanya Kamilia Hazel sebelum matanya terpandang air susu kotaknya di ketiak Ungku Harraz.

"Nah. Sorrylah dah bercampur dengan perisa ketiak aku." Ungku Harraz menghulur air itu kepada Kamilia Hazel dengan wajah selamba.

"Ewwww..." Kamilia Hazel memandang jijik tanpa sempat mengambil huluran itu. Dia lebih rela beli baru di kantin tanpa meminta bantuan Ungku Harraz lagi selepas ini.

Pengotor!


"MOM!" terjah Kamilia Hazel sambil mencucuk pinggang Puan Sri Fazura yang sedang elok memasak sambil menyanyi. Hampir melayang senduk yang dipegangnya.

Dada yang sudah berdegup laju diusap perlahan. Kalau diikutkan, mahu saja dia ketuk kepala menantunya itu dengan senduk. Nasib menantu...

"Hazel..." Puan Sri Fazura menjegilkan mata ke arahnya.

Kamilia Hazel tayang sengih.

"Hazel saja aje nak bergurau dengan mom. Hmmm... Harraz mana mom?" soal Kamilia Hazel seusai melepaskan punggung di kerusi.

Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri mencari kelibat mamat yang seorang itu. Sempat dia ambil buah epal yang sudah dipotong di dalam mangkuk di atas meja.

"Aik... mom ingat Harraz dengan Hazel? Bukan ke balik sekolah tadi korang asyik terperap dalam bilik tu aje? Buat apa entah berdua dalam tu..." Puan Sri Fazura mengusik menantunya.

"Mana ada buat apalah. Tadi Harraz memang ada dengan Hazel dalam bilik tapi dia keluar lepas dah bosan main pubg dia tu. Haz ingat dia turun bawah tolong mom tu yang Haz turun ni..."

"Cuba tengok kat luar? Mom macam dengar bunyi air tadi. Rasanya Harraz tengah cuci motor dia tu," beritahu Puan Sri Fazura, kurang pasti.

Kamilia Hazel akur. Dia terus menuju ke halaman rumah. Dia lihat si suami yang sedang rajin membasuh motor besarnya itu.

Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz dengan cebikan di bibir. Langsung tak dihirau pandangan Kamilia Hazel. Dia teruskan kerja menyental motor kesayangan. Kamilia Hazel menjenguk pemakaian Ungku Harraz. Hm simple sangat! Singlet putih dengan seluar pendek.

Tetap hodoh di mata Kamilia Hazel!

"Kau pandang apa? Si mamat poyo tu tak ada kat sinilah, so kau tak payah nak pandang macam tu," sindir Ungku Harraz dengan geram.

Mamat poyo yang dimaksudkan Harraz tu si mamat nama panjang berjela tu agaknya... fikir Kamilia Hazel.

"Aku just nak tanya pasal kerja pembentangan tu." Kamilia Hazel mengambil makanan ikan pada rak di dinding lalu ke kolam ikan yang kecil.

"Ha kenapa?" Ungku Harraz bertanya sambil menggaru dahi yang gatal.

Eee, habislah berjerawat. Dengan sabun dekat tangan.

"Nanti, kau yang present eh? Sebab aku dah buat semua. Kau tak buat apa-apa pun." Kamilia Hazel meluah isi hati.

Dalam hati berharap agar Ungku Harraz tak pentingkan diri sendiri. Memang segalanya dia yang uruskan. Ungku Harraz melenggang saja. Tu yang benci tu group dengan Harraz!

"Banyak cantik muka kau kata aku tak buat apa? Eh habis tu, beli bahan semua tu siapa yang beli? Aku jugakan? Guna duit aku kan? Mulut tu baik sikit..." Ungku Harraz menjeling.

"Memanglah, tapi setakat beli bahan tapi tak membantu aku, buat apa? Lagipun, hari tu aku ajak kau buat guna power point kau tak setuju. Konon nak bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menyusahkan aku ada lah. Penat tangan aku menulis, kau melenggang aje aku tengok," ujar Kamilia Hazel tak puas hati.

"Sekurang-kurangnya aku menyumbang sesuatu. Aku malas nak buat power point sebab kena type-type. Aku tak suka. Menyusahkan," balas Ungku Harraz tak puas hati juga.

Cis menipu! Cara power point lagi senang sebenarnya. Type-type-type dan siap!

"Ikut kaulah! Bercakap dengan kau, memang tak pernah menang! Takde takde! Kau kena bentang juga. Semua benda nak harap aku aje..." Kamilia Hazel terus letak kembali makanan ikan dan masuk ke dalam. Sempat dia berpaling pada Harraz dan menjeling lelaki itu.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now