CYKB:23

11.1K 454 28
                                    

"HAI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAI. Hazel kan?" Sedang elok Kamilia Hazel menyanyikan lagu 7 rings dari Ariana Grande, datang pula seorang manusia dari arah depannya.

Kepala diangkat memandang lelaki yang tinggi lampai itu. Eh, malaun spesies Harraz rupanya datang menyapa.

"Ye saya," sahut Kamilia Hazel.

"Hye, nama aku Put.."

"Putra Adham Al Hayat? Okey, tahu." Terus Kamilia Hazel menyambung.

Fuh, power gila... nama panjang dia pun aku boleh hafal.

"Hehehehe... boleh aku duduk sini?" tanya lelaki itu dengan wajah berharap.

"Duduk boleh, tapi jangan kacau aku. Nak buat kerja ni." Kamilia Hazel menyambung menulis sesuatu di kertas mahjong.

Wajahnya nampak stres. Stres sebab ada mamat poyo ni. Kacau orang pula. Tadi elok aje aku duduk seorang diri sambil layan lagu Ariana Grande. Cebik Kamilia Hazel.

"Aku boleh tolong kalau kau nak." Baru saja Hayat ingin membantu, Kamilia Hazel sudah menggeleng tak mahu.

"Bukan kau baru masuk hari ni ke? Takkan dah nak mengajar orang?" Kamilia Hazel pelik.

"Well, kat sekolah lama dulu, aku dah buat semua ni dah. Tajuk yang kau tengah buat sekarang, tajuk yang aku dapat waktu kat sekolah lama. What a coincidence, right?" Peramah si Hayat ni.

Tapi, kenapa dia tak kacau Syifa? Aku tengah sibuk ni. Yang si Harraz ni pun satu. Lama betul ke kantin beli makanan. Perut aku dah melalak ni. Kamilia Hazel berkata sendirian di dalam hati.

"Oh, baguslah macam tu," balas Kamilia Hazel bersahaja.

Bukan nak jadi sombong, tetapi mendengarkan banyak mulut yang berkata tentang Hayat yang playboy dan suka mainkan hati perempuan, Kamilia Hazel terus tidak berminat nak kenal mahu pun dekat dengan lelaki sepertinya. Dia cukup anti dengan lelaki begini.

"Sorrylah kacau kau buat kerja. I mean, aku main tegur aje tadi. Tak ada salam tak ada apa. Niat nak cari kawan baru." Hayat seakan dapat merasakan Kamilia Hazel tak selesa bila dia di situ.

Aduh, salah time ke aku nak ngurat dia ni. Desis Hayat di dalam hati.

"Okey. So, kau dah ada partner ke untuk tugasan ni?" soal Kamilia Hazel pula.

Yelah, Hayat kan budak baru tapi nasib baiklah kebetulan memang ada seorang perempuan dari kelas mereka yang memang tiada pasangan pembentangan.

"Haah, aku partner dengan Emylia," jawab Hayat sebelum dia menghantar senyum senget.

"Hah, ni partner aku dah sampai." Matanya memandang Ungku Harraz sambil tersenyum .

"Oh, budak baru. Kita tak berkenalan lagi kan? Hah, nama aku Harraz." Harraz menghulur tangan ingin bersalaman.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now