CYKB:56

9.4K 460 57
                                    

PAGI yang cerah membangkitkan Ungku Harraz dari mimpi yang indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI yang cerah membangkitkan Ungku Harraz dari mimpi yang indah. Asalkan mimpi tentang Kamilia Hazel, Ungku Harraz akan tidur dengan senyuman. Walaupun dia tak kenal Kamilia Hazel, dia dapat rasakan sesuatu dalam dirinya yang ada untuk Kamilia Hazel.

Sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.

Cinta, mungkin.

Jam di dinding dipandang sekejap. Oh, sudah pukul 11:50 pagi. Lambat betul kau bangun, Harraz!

Bahagian sebelahnya dipandang, mencari kelibat Kamilia Hazel namun kosong. Automatik Ungku Harraz mengeluh.

Hah, dah kenapa pula kau mengeluh tu Harraz? Kalau nak tengok bini, pergilah cari. Desis hati kecilnya dan dia ukir senyuman sebelum menolak selimut dari badan.

Pintu bilik air dimasuki untuk basuh muka dan gosok gigi sebelum dia turun ke bawah.

Di ruang tamu, langsung tiada kelibat isterinya. Hanya ada kembar sahaja yang sedang elok memainkan tangan diawangan. Ungku Harraz mendekati Amelya dan Amanda lalu meninggalkan beberapa ciuman di seluruh muka anak-anak gadisnya yang comel itu.

Masih tidak percaya yang dia dikurniakan sepasang kembar perempuan yang comel. Alhamdulillah.

Rasa dirinya tidak boleh tahan dengan rindu yang semakin membara, Ungku Harraz terus ke dapur. Dia yakin Kamilia Hazel di dapur. Mungkin sedang menyediakan makanan untuknya. Tekaannya betul apabila tubuh Kamilia Hazel yang comel berbaju tidur sedang ralit memasak sesuatu.

Ungku Harraz mendekati Kamilia Hazel.

"Masak?"

Kamilia Hazel menoleh. Ungku Harraz rupa-rupanya.

"Kau dah bangun?"

"Hmmm..."

"Kau lapar?"

"Bolehlah..." Ungku Harraz pegang perutnya.

"Kejap tau. Aku baru nak masak." Kamilia Hazel sibuk ke sana dan ke sini.

"Nak aku tolong?" Ungku Harraz menawarkan diri.

"Oh, tak apa. Aku boleh buat sendiri. Lagipun kau tak sihat lagi. Aku tak nak dukung kau kalau kau pengsan kat sini," seloroh gadis itu.

"Macam mana belakang kau? Sakit lagi?" tanya Ungku Harraz.

"Tak sakit dah," balas Kamilia Hazel dengan senyuman.

Ungku Harraz angguk kepala faham. Namun, dia tetap berjalan mendekati Kamilia Hazel. Tangan kekarnya memeluk Kamilia Hazel sebelum perlahan-lahan mengurut pinggang si isteri.

Terkejut Kamilia Hazel menerima urutan itu.

"Kau nak masak apa ni?" tanya Ungku Harraz sambil tangannya tidak berhenti mengurut pinggang Kamilia Hazel.

Bahu mereka berlaga. Kamilia Hazel senyum.

"Simple aje. Ayam masak kicap? Kau okey ke dengan menu aku hari ni?" soalnya.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now