CYKB:49

9.2K 448 110
                                    

SEPANJANG Kamilia Hazel berjalan ke dewan sekolah, ramai mata yang memandangnya lagi-lagi pandang perutnya yang memboyot itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPANJANG Kamilia Hazel berjalan ke dewan sekolah, ramai mata yang memandangnya lagi-lagi pandang perutnya yang memboyot itu. Eh apa hal, kau orang tak ada perut ke? Usya-usya macam tak puas hati.

Pandang macam aku mengandung anak luar nikah pulak. Desis hati Kamilia Hazel.

Hah tulah Hazel, otak kau suruh pakai baju besar sikit kau tak mahu. Nak juga pakai baju T-Shirt. Kejap lagi adalah manusia yang tubuhkan group 'bawang rangerz' kang. Mengecam kau dengan perut kau sekali!

Junior-junior yang pada waktu itu memang dalam waktu persekolahan memandangnya penuh rasa tertanya-tanya. Mereka saling berbisik-bisikan. Kamilia Hazel tak endah. Dia meneruskan jalan menuju ke dewan mengikut langkah NurSyifa Layla dari belakang.

"Hazel! Rindunya cikgu dekat kamu. Wah, dah besar dah perut dia. Berapa bulan dah ni?" Cikgu Umi terus menerpa ke arahnya setelah ternampak Kamilia Hazel masuk ke dalam dewan.

Tubuh Kamilia Hazel yang berbadan dua itu dipeluk erat. Gadis itu ukir senyuman. Mata-mata yang sedang tajam memandangnya diendahkan. Apa hal? Muhasabah!

"Dah nak masuk 6 bulan, cikgu," jawabnya berbalas senyuman.

"Nampaklah sikit Hazel dah berisi. Lagipun, ini kembar, kan? Memang perut Hazel akan nampak lebih besar dari perut ibu yang mengandung seorang bayi aje," terang Cikgu Umi yang lebih berpengalaman.

Kamilia Hazel anggukkan kepala. Doktor yang selalu melakukan rawatan terhadapnya setiap kali check up juga sudah memberitahunya soal itu. Perut ibu yang mengandungkan kembar memang akan kelihatan lebih besar. Tak sama macam ibu yang mengandungkan seorang bayi.

Cikgu Umi tersenyum. Belakang pinggang Kamilia Hazel dirangkul erat.

"Dulu waktu sekolah dulu, kurus keding aje. Sekarang dah nak jadi mama orang. Tak sabar cikgu nak jumpa anak-anak Hazel dengan Harraz. Mesti comel. Kalau ikut Ungku Harraz mesti handsome." Cikgu Umi mencuit pipi Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel sedikit terganggu bila nama Ungku Harraz naik.

"Lia!" panggil seseorang.

Cikgu mana lagi yang panggil dia 'Lia'. Hanya seorang saja cikgu, iaitu Cikgu Yuni.

"Cikgu Yuni! Rindunya dekat cikgu." Mereka saling berbalas pelukan.

Cikgu Yuni mencium pula pipi Kamilia Hazel dengan perasaan geram-geram rindu. Kamilia Hazel sedia maklum tentang cikgu itu yang tak boleh mengandung.

Bukan tak boleh tapi belum ada rezeki lagi.

Pernah dulu, wanita itu saling bertukar cerita dengannya dan menceritakan bahawa ibu mentua wanita itu menggelarnya 'menantu mandul'. Sedih betul kisah hidup Cikgu Yuni. Disebabkan itulah, Cikgu Yuni mengambilnya sebagai anak angkat kerana keakraban mereka pada waktu awal-awal Kamilia Hazel masuk tingkatan 1.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now