CYKB:24

9.6K 411 17
                                    

"MOM, Harraz dah pergi ke?" soal Kamilia Hazel bila kelibat Ungku Harraz tidak kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MOM, Harraz dah pergi ke?" soal Kamilia Hazel bila kelibat Ungku Harraz tidak kelihatan.

Tapi, motor kesayangan lelaki itu masih ada diluar. Pelik.

Puan Sri Fazura yang sedang menghidangkan makanan pagi itu memandang menantunya sekilas. Dia menjenguk ke tingkat atas pula.

"Dia tak beritahu Hazel ke? Dia tak pergi sekolah hari ni, katanya sakit perut," maklum Puan Sri Fazura.

"Hah? Tak nak pergi sekolah?!" Protes Kamilia Hazel.

"Dia mengadu sakit perut. Kesian pulak mom tengok si Harraz tu. Dia mana pernah macam tu. Agaknya, dia betul-betul sakit perut tu," sambung Puan Sri Fazura.

"Hari ni Hazel dengan dia kena buat pembentangan untuk projek Sains kitaorang. Nak tak nak dia kena pergi jugak!" terang Kamilia Hazel gusar.

Aish, kau jangan buat hal lah Harraz! Kenapalah hari ni juga kau nak menyusahkan aku?! Marah Kamilia Hazel di dalam hati.

"Mom rasa dia serious tu. Cuba Hazel pergi tengok..." Tak tunggu lama, terus saja Kamilia Hazel mendaki tangga.

Kau ni Harraz, waktu-waktu ni kau nak cari pasal dengan aku. Kau sengaja nak buat aku gagal ke apa? Kalau kau nak gagal, kau gagal seorang diri. Jangan libatkan aku! Sempat dia membebel di dalam hati tanpa henti.

Di tangga, sempat dia bersapa dengan Tan Sri Ungku Harriz yang segak berpakaian pejabat. Kamilia Hazel melajukan langkah kakinya ke bilik. Betul-betul dia ingat Ungku Harraz sudah gerak ke sekolah. Rupa-rupanya, masih berdengkur di atas.

Geram dan sebal Kamilia Hazel dibuatnya.

"Harraz! Harraz, bangun!" kejut Kamilia Hazel sesudah dia masuk ke bilik mereka.

Patutlah tak perasan langsung dia ada, rupanya dok berselubung dalam selimut. Kaki Ungku Harraz digoncang kuat, namun lelaki itu langsung tidak merasa dirinya diganggu. Kamilia Hazel bengang. Pagi-pagi buta kau buat hal, ni yang bikin hati aku panas ni!

"Eh, Harraz! Bangunlah! Hari ni kita ada presentation! Bangunnnnnn!!! Kau jangan nak buat-buat sakit. Bangun sekarang!" Kamilia Hazel menjerit.

Terdengar decitan yang keluar dari mulut suaminya. Ungku Harraz tolak selimut lalu memandang wajah Kamilia Hazel yang memerah.

"Jangan kacau boleh tak? Aku sakit perut!" Marah Ungku Harraz sambil menggosok matanya kasar. Kamilia Hazel berkerut marah.

"Kenapa hari ni juga kau nak sakit perut? Weh Harraz! Kau lupa ke, presentation ni penting! Untuk markah SPM kita. Harraz, please wake up and go to shower now! Aku tak peduli apa masalah kau. Go, mandi!" arah Kamilia Hazel.

Sambil-sambil itu, dia menarik selimut yang membaluti tubuh Ungku Harraz.

Oh, dia tak tahulah kalau betul Ungku Harraz memang tak mahu ke sekolah hanya disebabkan sakit perut dia tu! Entah-entah sengaja nak kenakan dia tak? Kalau betul pun, kenapa tak sapu aje ubat? Mengada sangat...

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now