CYKB:47

8.6K 374 44
                                    

KAKI yang terasa lenguh dan sakit diurut perlahan menggunakan tenaganya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI yang terasa lenguh dan sakit diurut perlahan menggunakan tenaganya sendiri. Televisyen yang terpasang langsung tidak menarik fokusnya untuk menonton melainkan sakit di kaki yang mencucuk-cucuk.

Sesekali bibir berdesis. Tangannya mengurut-urut di bahagian buku lali sehingga ke tapak kaki.

Tiba-tiba bahagian tempat duduk di sebelahnya tenggelam menandakan ada orang yang duduk. Kamilia Hazel menoleh.

Aish, mamat ni lagi. Bosannya asyik muka dia aje. Jarak di antara mereka dijauhkan.

Ungku Harraz tersenyum sebelum menarik kaki Kamilia Hazel.

"Eh, apa hal ni?" marah Kamilia Hazel apabila Ungku Harraz tanpa izin terus menarik kakinya.

Kakinya terus ditarik dari pegangan Ungku Harraz.

"Biar aku urut." Ungku Harraz baik hati.

"Tak payahlah..." Dia buat sombong. Padahal, dia sangat mahu diurut saat ini. Kakinya lenguh. Mungkin faktor berbadan dua.

"Hazel, jangan degil boleh? Kalau kau urut, mana nak rasa sedap." Kaki Kamilia Hazel ditarik kembali lalu diletakkan di atas pahanya.

Kain yang dipakai Kamilia Hazel dibetulkan bila ia terselak sedikit.

"Harraz, aku kata tak payah, tak payahlah." Kakinya ditarik semula sambil menjeling Ungku Harraz tajam.

Menyampah betul. Acah aje.

Ungku Harraz bangkit dari duduknya. Kamilia Hazel mengeluh. Bagus pun. Pergilah kau ke tempat yang lain. Jangan kacau aku. Tengok muka kau, bertambah benci aku pada kau. Desis hati Kamilia Hazel.

Beberapa minit kemudian, Ungku Harraz kembali duduk di sofa. Di tangannya ada sebotol minyak afiat. Tak tunggu lama, kaki Kamilia Hazel ditarik lembut untuk mulakan urutan.

Kamilia Hazel baru nak marah, Ungku Harraz terlebih dahulu menjelingnya. Bila saja dia pandang mata Ungku Harraz yang garang itu, terus tak jadi nak membebel dan marah.

Dia pun tak larat nak bergaduh sekarang. Kakinya benar-benar lenguh. Badan pun tak segar mana.

"Try dulu. Mesti kau nak lagi," pancing Ungku Harraz dengan yakin.

Matanya tertumpu pada kaki Kamilia Hazel saja. Urutan dimulakan. Kamilia Hazel berdesis pada mulanya tetapi bila sudah biasa, rasa sedaplah pulak.

Eh, pandai pula mamat ni urut. Apa hal lepas pindah sini baru dia kenal siapa Ungku Harraz yang sebenar? Pandai masak. Pandai urut. Sebelum ni Ungku Harraz nampak macam innocent aje bab-bab ni.

"Kau banyak buat kerja ni..." kata Ungku Harraz sambil jemarinya lincah mengurut.

"Kau perli ke?" Kamilia Hazel menjeling lelaki itu bila dia merasa disindir.

Tahulah yang dia tidak banyak buat kerja di dalam rumah ini. Tapi, tak payahlah nak menyindir pula. Menyakitkan hati betul.

Kaki aku ni dekat aje dengan muka mamat ni. Terajang satgi, apa pun tak dapat. Kutuk Kamilia Hazel dalam hati.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now