CYKB:64 (Akhir)

16.9K 517 111
                                    

SYIFA meletakkan bayinya yang berumur setahun lebih itu di dalam rumah permainan milik Amelya dan Amanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SYIFA meletakkan bayinya yang berumur setahun lebih itu di dalam rumah permainan milik Amelya dan Amanda. Permainan loceng bunyi yang sentiasa menjadi teman Muhammad Riyyan, anak lelaki kepada Syifa itu dari tadi berbunyi menghiburkan suasana rumah banglo itu.

Mereka baru lepas makan tengah hari bersama-sama, namun Kamilia Hazel dan kembar masih di dapur. Dari ruang tamu, boleh dengar suara kembar yang banyak bunyi.

Sambil dia menunggu Kamilia Hazel habis menyuap anak-anaknya di dapur, sambil itu Syifa mengagah anak lelakinya yang senang ketawa. Beberapa minit kemudiannya, Amelya, anak sulung Kamilia Hazel berjalan comel mendekati Syifa.

Anak gadis itu melihat saja Syifa yang sedang bermain dengan Riyyan. Malah, Syifa turut mengajak Amelya bermain dengan mereka sekali.

Selepas Amelya keluar, Kamilia Hazel pula keluar dari ruang dapur bersama Amanda. Anaknya yang bongsu itu memang nakal. Makan pun comot dan tak reti pulak duduk diam bila ibunya sedang menyuap. Habis kotor baju. Sebab itulah mereka lama di dapur akibat nak menghadap perangai nakal si Amanda.

"Aku naik atas kejap tukar baju Amanda. Kau nak buka tv ke apa, buka aje. Buatlah macam rumah sendiri, ye Puan Syifa," ujar Kamilia Hazel melintasi ruang tamu. Amelya pula sedang seronok bermain dengan mainan masak-masaknya.

"Baik boss!" balas Syifa kembali melayan Riyyan sambil berborak kecil dengan Amelya.

Kamilia Hazel membawa Amanda naik ke atas untuk menukar baju. Beberapa minit kemudian, dia kembali turun. Amanda sudah wangi. Si kecil itu terus berlari mendapatkan kembarnya yang sedang elok main masak-masak dengan ditemani patung-patung yang tidak bernyawa.

Syifa meletakkan bayinya di tempat Amelya dan Amanda bermain. Amanda yang baru saja mahu turut menyertai kakak kembarnya bermain terus tayang muka tak puas hati.

"Baby Iyan ane oleh ain. Inikan ainan ompuan. Tak malu ke baby Iyan ni?" sungut Amanda apabila melihat Riyyan mencapai cawan permainan milik Amelya kemudian dimasukkan ke dalam mulut.

Amelya tidak menghiraukan rungutan adik kembarnya, malah meneruskan bermain seorang diri.

"Tak apalah, baby Iyan pun nak kawan jugak dengan Amel dan DaDa. Kawanlah dengan Iyan sekali tau," kata Kamilia Hazel tersenyum kepada anaknya Amanda.

"Nanak! Amel and DaDa nak main sowang-sowang. Baby Iyan laki, tak mayu ke ain ainan ompuan?" celoteh bibir mungil si Amanda, geram dengan bayi bernama Riyyan itu.

Keberadaan Riyyan di situ baginya satu kekacauan. Riyyan masih bayi dan tugas seorang bayi cuma memusnahkan permainan mereka, menghisap dan memakannya tanpa belas kasihan.

Syifa melepaskan punggung di atas sofa tidak jauh dari tempat anak-anak mereka bermain. Melihatkan Amanda yang banyak mulut itu membuatkan dia geram. Memang ikut mulut Kamilia Hazel lah.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now