CYKB:1

41.1K 799 50
                                    

KELIHATAN seorang pelajar lelaki dan perempuan sedang bertarung mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELIHATAN seorang pelajar lelaki dan perempuan sedang bertarung mulut. Ramai pelajar yang sudah berkerumun melihat aksi yang dijangkanya seperti melihat WWE dikaca tv.

Mereka tidak boleh terlepas scene drama 10 pagi ini. Alang-alang tu, boleh skip waktu pelajaran mereka selepas ini, beralasankan ada pelajar bergaduh dan keadaan menjadi huru-hara sehingga mereka panik dan terlupa nak masuk kelas.

"Kau panggil aku apa?! Ulang balik!" jerit pelajar perempuan itu nyaring. Satu kelas bergema dengan jeritannya.

"Pekak ke? Oh okey... aku ulang. Semua orang pun boleh dengar. Ehem ehem!" Ungku Harraz berdehem kuat sebelum menyambung.

"Perangai kau ni memang teruk and actually, kau tak patut dilahirkan sebagai seorang perempuan! You, stupid tomboy!" jerkah si lelaki sambil menuding jari telunjuknya ke muka pelajar perempuan tersebut.

"Aku tak cari pasal dengan kau tau! Kau yang tak habis-habis nak naikkan darah aku." Amarah si gadis kian menggunung.

Dia pandang mamat tu besar kecik besar kecik aje. Ikutkan hati yang sedang panas, mahu saja dia pukul kepala mamat tu bagi tulang stuck, lepas tu biar tak boleh toleh kanan kiri atas bawah lagi!

"Hah apa dia? Tak dengar. Sorry la, aku dah lama tak korek telinga. Kau cakap apa tadi?" Sengaja dia mahu sakitkan lagi hati Kamilia Hazel.

Pelajar yang lain sudah meng'eww'kan Ungku Harraz yang bersikap tidak sopan sebentar tadi. Tak korek telinga pun nak beritahu orang ke? Senang-senang aje kantoi.

Ungku Harraz ketawa girang melihatkan muka Kamilia Hazel yang sudah bertukar menjadi merah. Oh yes, dia dah marah tu. Gunung berapi on the way nak meletus!

"Ceit, what is happening? Bakpo gocoh ni? Apa kalian gak bisa duduk berbincang sambil minum teh'o beng?" Cikgu Salim datang mencelah di sebalik kerumunan pelajar itu.

Beberapa orang pelajar tersengih-sengih mendengar campuran loghat Cikgu Salim yang tidak pernah serius.

"Bincang? Cikgu nak kita bincang?!" marah Kamilia Hazel. Turun naik dadanya saat itu. Kedatangan Cikgu Salim cuma menambahkan lagi sakit di hati.

Ungku Harraz senang-senang aje perbodohkan dia tadi. Tak ada masa nak berbincang!

"Iya iyalah. Berbincang. Ertinya duduk semeja, berbual dengan cara yang baik tanpa ada yang bermasam muka." Tenang Cikgu Salim menjadi hero cuba selamatkan keadaan.

Sebenarnya, dia melayan aje perangai dua ekor kucing dan anjing itu bergaduh.

"Saya takkan bermanis muka dengan mamat poyo ni. Lepas apa yang dia dah cakap, saya takkan maafkan dia! Dia ni dah melampau! Tak ada kerja, nak cari kerja. Saya tahu sangatlah mamat ni sengaja nak cari pasal. Dia nampak saya baik, duduk diam kat meja saya, sebab tu lah dia datang dan mula nak menyakitkan hati saya," ujar Kamilia Hazel panjang lebar.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now