CYKB:55

10.7K 505 64
                                    

UNGKU Harraz menatap setiap bahagian di dalam rumah banglo tiga tingkat yang baru saja dipijaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UNGKU Harraz menatap setiap bahagian di dalam rumah banglo tiga tingkat yang baru saja dipijaknya. Lantai marmarnya sejuk sehingga tapak kakinya dapat rasa. Dari luar sehinggalah ke dalam, segalanya bukan seperti yang dia bayangkan.

Fikirnya, dia akan tinggal di rumah teres atau double storey saja. Tak pernah terlintas difikirannya yang dia bakal tinggal di rumah banglo setinggi tiga tingkat itu.

Syifa baru saja pulang. Tugasnya adalah untuk jagakan kembar sementara Kamilia Hazel menjemput Ungku Harraz di hospital memandangkan lelaki itu sudah boleh pulang.

Seusai saja Kamilia Hazel pulang tadi, terus dia minta diri. Dia ada temujanji pula dengan Hayat. Nak temujanji lagi, nak uruskan hal perkahwinan lagi. Such a busy day for Syifa.

Sepatutnya dia harus menolak untuk jadi babysitter kembar buat sementara waktu, tapi disebabkan Kamilia Hazel adalah kawan baiknya, dia lebihkan kawan baik dari kesibukan mengurus hal perkahwinannya.

Nak tolak peemintaan tolong daripada Kamilia Hazel pun tak mampu. Takkanlah nak kata 'tak boleh' pula. Amelya dan Amanda sudah seperti anak-anaknya sendiri. Jadi, dia langsung tiada masalah untuk menjaga bayi-bayi yang comel itu.

Hayat juga seorang yang memahami. Nasib baik, bakal suaminya seorang yang cool.

"Besar rumah kau," puji Ungku Harraz sambil mata mengimbas ruang tamu yang cantik itu.

"Aku tak sekaya kau nak beli rumah macam ni. Ini rumah arwah datuk kau yang diwasiatkan atas nama kau. Sekarang, rumah ni milik kita dan anak-anak. Welcome home, Harraz." Kamilia Hazel tersenyum turut menatap sekeliling rumah.

Ungku Harraz melangkah mendekati meja yang meletakkan bingkai gambar dia dan Kamilia Hazel.

"Arwah datuk aku wasiatkan kat aku?" soalnya tanpa memandang si isteri. Tekun menatap bingkai gambar itu.

"Ya."

"Apa nama datuk aku?" tanya Ungku Harraz.

"Hmmm... entahlah," balas Kamilia Hazel.

Sebenarnya dia juga masih tidak tahu nama datuk Ungku Harraz sejak mereka kahwin sehinggalah sekarang.

Tertoleh kepala Ungku Harraz menatap wajah isterinya dengan riak tak percaya.

"Eh, kau tak tahu?"

"Mom kau pernah cerita pasal datuk tapi tak pernah kasitau nama dia apa," balas Kamilia Hazel tersengih.

"Nanti kau tanya mom tau." Ungku Harraz menoleh semula berjalan ke arah lain pula.

Berminat mahu mengelilingi rumah dan cuba ingat memori-memori dulu semula.

Kamilia Hazel hanya anggukkan kepala.

Seketika kemudian, suara Amelya dan Amanda menangis memenuhi ruang rumah. Kamilia Hazel dan Ungku Harraz sama-sama menghalakan pandangan ke arah suara tangisan itu.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now