CYKB:5

12.1K 512 18
                                    

TIBA waktu rehat, Ungku Harraz dan Kamilia Hazel berjalan bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIBA waktu rehat, Ungku Harraz dan Kamilia Hazel berjalan bersama-sama. Memang habis pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 yang kebetulan ada koko pagi itu tanya mereka.

Antara salah satu pertanyaan yang buat mereka berdua nak muntah adalah...

"Abang Raz dan Kak Hazel couple ke? Bukan korang selalu bergaduh ke?" Salah seorang pelajar tingkatan 3 bertanya lembut.

Pelajar itu adalah seorang gadis. Comel bertudung labuh. Mungkin dari kelas agama.

Eh, aku couple dengan mamat tak beradab ni? Eee, simpang malaikat 44! Sumpah, aku tak mahu weh! Ujar Kamilia Hazel dalam hati.

Baru saja Kamilia Hazel nak beritahu hal yang sebenar, mulut lain sudah menyampuk.

"Yang kau menyibuk ni kenapa? Pergi koko sana! Merayau aje kerja. Ingat sikit, kau tu junior lagi kat sekolah ni. Junior kena hormat senior. Pergi main jauh!" kata Ungku Harraz selamba nak marah anak dara orang. Jahat gila.

Kamilia Hazel nyata tersentak. Budak perempuan tu pun diam tak berkutik. Mungkin terasa dengan cara percakapan Ungku Harraz yang agak kasar.

"Yang kau acah senior ni apahal?"" Kamilia Hazel tak puas hati. Gadis tadi sudah berlalu pergi.

Sebagai seorang perempuan, dia faham perasaan budak tadi. Ditegur dengan nada yang marah, perempuan mana aje tak terasa hati.

Hati perempuan ni lembut bak tisu tau. Lagi lembut dari itu.

Ungku Harraz perlahan mengalihkan pandangan ke arah Kamilia Hazel.

"Memang aku senior pun, so? Muka aku ni, ada nampak macam aku kesah ke? Lainlah muka kau tu. Muka macam ada seekor haiwan tu. Yang hidung dia panjang. Emmm... apa ek nama haiwan tu? Oh... hah, tapir!" Ungku Harraz mula nak cari gaduh.

"Kurang asam punya orang. Kau samakan aku dengan tapir? Kalau aku tapir, kau tu blobfish!" balas Kamilia Hazel tidak mahu kalah.

"Hoi! Itu dah melebih! Muka punyalah handsome macam ni, kau kata blobfish? Kau buta ke, Hazel?" Ungku Harraz nak sekeh kepala Kamilia Hazel tetapi gadis itu sudah  menonong jalan ke kantin meninggalkan Ungku Harraz.

Malas nak melayan dah.

"Haah, mata aku ni boleh jadi buta bila tengok muka kau. Muka macam malaun, ada hati nak jadi handsome," balas Kamilia Hazel menoleh ke belakang memandang Ungku Harraz sebelum menyambung detap kakinya menuju ke kantin.

Nak isi perut yang lapar.

Ungku Harraz mengejar langkah Kamilia Hazel. Dia tidak akan kalah perang mulut dengan Kamilia Hazel.

Tanpa mereka sedari, dari tadi ada tiga pasang mata yang sedang ralit memerhatikan mereka berdua.

"Perempuan ni memang betul-betul tak takut dengan amaran aku! Makin aku tegah, makin berani dia buat!" Tiara merengus kemarahan.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now