CYKB:2

16.3K 603 10
                                    

KAMILIA Hazel berjalan ke arah kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAMILIA Hazel berjalan ke arah kelas. Bunyi bising pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas menusuk telinga. Budak kelas 5 Inovatif ni memang bising eh?

Ni kalau Cikgu Rosniza masuk mengejut ni, mesti semua masuk wad. Ha, siapa tak kenal cikgu Rosniza? Cikgu Rosniza tu cikgu disiplin belah pagi. Cikgu disiplin paling garang selepas Cikgu Rizalina. Jangan main-main.

Sekali kau masuk bilik disiplin, memang kau insaf takkan masuk dah. Berbeza dengan kes Kamilia Hazel dan Ungku Harraz.

Walaupun sudah masuk banyak kali, tapi tetap juga tak insaf. Ha, itu belakang kira. Diaorang ada penyakit. Penyakit jenis apa... masih sedang dikaji.

"Ayah pin!" terjah Kamilia Hazel dari arah belakang.

"Woi! Terkejut aku!" terkejut si kawan dibuatnya.

Tergelak kuat Kamilia Hazel dibuatnya. Dan gelaknya mengundang ramai pelajar di dalam kelas. Beberapa minit kemudian, dia berlagak selamba. Bukan dia tak nampak Tiara and the gang pandang dia bukan main tajam lagi.

"Kau asal? Tiba-tiba ceria pagi ni. Dah berbaik dengan Harraz ke? Ihik ihik," tanya Syifa menjongketkan kening bersama sengihan mengejek.

Tahu benar dia yang Kamilia Hazel tidak suka nama Ungku Harraz disebut-sebut.

Kamilia Hazel berdecit sebelum melabuhkan duduk di kerusi plastik itu. Beg yang dia sandang, dia sandarkan pada badan kerusi. Syifa yang duduk disebelahnya menoleh ke sebelah memandang Kamilia Hazel yang sudah tayang muka cemberut.

"Duh... what ever, Syifa." Kamilia Hazel berkata sambil meletakkan tangan di atas meja.

Syifa mencebik. Kemudian, dia kembali membaca buku novel yang diambil di ruang sudut nilam tadi.

"Novel lagi? Kali ni novel apa pulak yang kau baca?" soal Kamilia Hazel sambil melihat muka depan buku novel yang dibaca Syifa.

Dia manalah minat sangat membaca novel. Tapi, Syifa selalu juga cerita tentang novel yang gadis itu baca. Kebanyakannya memang seronok jalan cerita.

"Best weh cerita ni. Cerita pasal..."

"Excuse me!" Datang sudah tiga orang gadis yang tidak bertauliah.

Kamilia Hazel berani memandang mereka atas bawah.

"Apa hal kau pandang aku macam tu? Nak gaduh?" bidas Tiara selepas perasankan pandangan Kamilia Hazel terhadapnya.

Berkerut dahi Kamilia Hazel. Rasanya aku ada mata, bebel Kamilia Hazel di dalam hati.

"Tolonglah bagi laluan sikit, girlfriend Harraz nak lalu ni. Hormat sikit aku ni," kata Tiara dengan jelingan.

Dengan cara jalan catwalknya, dia dan lagi dua orang ahlinya berlalu ke meja Ungku Harraz yang sedang duduk bersandar di kerusi lagak poyo.

Eee, mamat tu memang poyo pun. Menyampah betul. Dengan senyum senget dia. Tumbuk gigi, berkecai habis.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now