CYKB:54

10.5K 499 101
                                    

HARI minggu, Syifa selalu datang ke rumah Kamilia Hazel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI minggu, Syifa selalu datang ke rumah Kamilia Hazel. Saja, melepak untuk bermain dengan kembar.

Dia akan tidur sini jika Kamilia Hazel perlukan khidmatnya sebagai babysitter Amelya dan Amanda sahaja. Kalau Kamilia Hazel mahu ke hospital untuk jaga Ungku Harraz, waktu itulah dia akan jagakan kembar.

Hari ini, Kamilia Hazel tidak ke hospital kerana giliran mom dan dadnya yang jagakan lelaki itu pula.

"Eeee... geram betul aku dengan dua ketul ni lah." Giginya diketap sambil mencubit kuat pipi Amelya dan Amanda yang baring di atas cadar bayi yang comel.

Dari tadi Syifa tak habis-habis mencium dan menggomol anak Kamilia Hazel.

"Mata diaorang ikut kau. Hidung pun ikut kau. Hah, kening dengan bibir ni yang ikut Harraz. Sebijik! Kening lebat. Cantik betul. Geram akulah. Ni pipi ni pun satu. Seketul-seketul pipi tembam. Meh sini Ibu Ifa gomol korang," bebel Syifa lalu mengangkat Amanda.

Dicium seluruh wajah comel si kecil itu. Kemudian, giliran si Amelya pula menjadi mangsa ciumannya.

"Ishhh... tak puas gomol tahu tak?" Syifa mencium tanpa henti.

"Kalau anak-anak kau dengan Harraz comel macam ni, aku sarankan kau mengandung setiap tahun. Boleh aku gomol anak-anak kau," saran Syifa, memaksudkannya.

Kamilia Hazel memandang pelik kawan baiknya itu. Dia nampak raut wajah gembira pada gadis itu. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tidak, tak adalah hyper semacam. Sudahlah cium anak aku sampai melekat lipstick dia yang berwarna merah tu. Kata Kamilia Hazel dalam hati.

"Kau kenapa ni, Syifa? Gembira semacam aje. Habis melambung kau puji anak-anak aku. Ada apa-apa ke yang kau nak bagitahu aku?" soal Kamilia Hazel terus.

Tangannya laju menggapai baby wipes lantas membersihkan pipi Amelya dan Amanda yang bertanda lipstick yang dipakai Syifa.

"Kau ni tahu-tahu aje..." Sengih Syifa sendirian.

"Apa dia yang kau nak bagitahu ni?" Kamilia Hazel memandang Syifa.

Syifa membetulkan duduk dari bersimpuh ke bersila. Cara itu lagi senang nak berbual dengan Kamilia Hazel.

"Emmm... hari tu kan. Hayat kan? Dia bawalah aku pergi rumah keluarga dia, kan?" Syifa mulakan cerita.

Jemarinya dimain-mainkan. Kononnya gementarlah tu. Sudahlah mengada-ada dengan ulangan imbuhan 'kan'nya tu.

"Ya lepas tu?" Kamilia Hazel memang tahu Hayat dengan Syifa rapat.

Entah macam mana mereka boleh rapat pun tak tahu. Selepas saja ambil keputusan SPM, Syifa kerap jugalah beritahu dia yang Hayat selalu ajak dia keluar. Yang dia tahu, Hayat pernah menolak cinta Syifa sewaktu zaman sekolah dulu. Sekarang ni apa citer ni?

"Lepas tu kan, dia emmm... dia..." Syifa gigit bibir tidak tahu mengapa bibirnya tidak mahu berterus terang.

"Gediknya kau. Dia apa? Bagilah tahu!" gertak Kamilia Hazel dengan nada suara naik seoktah.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now