CYKB:29

11.2K 430 33
                                    

"AKU tengok kau dengan Raziq tu bukan main mesra lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU tengok kau dengan Raziq tu bukan main mesra lagi." Nada suara Ungku Harraz kedengaran sangat sinis sewaktu Kamilia Hazel sedang mengemas baju-baju di dalam almari. Tiba-tiba datang mood nak melipat kain yang berselerak.

Kehadiran Ungku Harraz secara tiba-tiba cuma memanaskan hati Kamilia Hazel. Elok-elok dia tengah berangan naik pelamin dengan abang Raziqnya, si mamat ni dah potong line cerita cinta dia dengan abang Raziq pula. Siap main perli-perli pulak tu.

"Mesti la. Kitaorang membesar sama-sama. Lagipun, dah lama kitaorang tak berjumpa. Apa salahnya nak bermesra. Tak kacau kau buang air besar pun," jawab Kamilia Hazel selamba.

Dia kelihatan angau tersenyum seorang diri apabila wajah Raziq menjelma di minda.

"Dia tu siapa?" soal Ungku Harraz. Kamilia Hazel memilih untuk berdiam sahaja. Soalan pelik-pelik, malas dia nak melayan. Baik sambung lipat kain.

Kemudian, Ungku Harraz membawa langkah kaki mendekati Kamilia Hazel. Bahu gadis itu ditolak olehnya. Ada gaya tak berpuas hati bila Kamilia Hazel tidak menjawab soalannya tadi.

"Bila aku tanya, kau jawablah. Asal? Mulut kau dah hilang ke lepas seronok main Sahibba dengan dia tadi?" Sekali lagi Ungku Harraz menyindir Kamilia Hazel. 

Sekali lagi bahunya ditolak.

Apa masalah mamat ni? Macam budak-budak!

"Dia tu... Bakal jadi suami aku. So, kenapa dengan kau?" Selamba Kamilia Hazel menjawab. Berhenti melipat kain sekejap, menjeling Ungku Harraz.

"Amboi amboi amboi... Selamba kau aje cakap macam tu. Sejak bila pula aku ceraikan kau?" Ungku Harraz menaikkan keningnya.

Wajahnya jelas terserlah riak cemburu cuma dia masih tak sedar yang dia sedang cemburu. Tak sedar dan tak nak mengaku.

"Bakal menceraikan," getus Kamilia Hazel seraya menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu. Dia bangkit berdiri dari cangkungannya.

Dia melintasi Ungku Harraz. Eee, tengok muka si Harraz ni buat sakit hati saja. Aura apalah yang mamat ni kasi aku? Bisiknya di dalam hati.

"Aku just nak ingatkan kau. Aku ni suami kau. Kau tak boleh layan lelaki lain mesra macam tadi depan aku,"  ujar Ungku Harraz bersandar di hujung katil.

Dia memerhati Kamilia Hazel yang kembali ke almarinya tadi. Tubuh gadis itu dipandang dengan suatu perasaan. Entahlah, perasaan apa tu?

"Oh yeke? Hmm... Okey, lain kali aku buat belakang kau." Selamba dia berkata sambil tersenyum sinis.

Sebenarnya lebih kepada sengaja nak loyar buruk dengan mamat tu.

"Hazel, kau jangan nak loyar buruk dengan aku boleh tak?" Ungku Harraz baran.

Main-main pulak minah ni bila orang tengah serius.

"So what?" Kamilia Hazel berdiri. Buat endah tak endah.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now