CYKB:17

11.3K 492 10
                                    

"JANGAN risau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JANGAN risau. Ungku Harraz hanya demam panas. Dia perlu banyak berehat dan diberikan perhatian. Kalau ahli keluarga nak melawat dia, boleh cuma jangan ramai-ramai sangat," terang doktor yang bernama Yusof itu malam semalam setelah Ungku Harraz dirawat.

Ungku Harraz diletakkan diwad VIP. Besar dan selesa.

Kamilia Hazel termenung jauh mengingatkan keterangan doktor semalam.

Demam? Nak kata hujan, tak hujan pun semalam apatah lagi hari-hari sebelumnya. Panas aje muka bumi ni. Kalau hujan pun, biasanya malam saja. Itupun, tak pernah langsung Ungku Harraz kena hujan.

Sebab motor besar dia tu? Ergh, really mengada!

Eleh demam aje. Dia yang terlebih over.

"Hazel janganlah risau sangat. Harraz demam biasa aje. Terkejut mungkin. Kalau Hazel ada, In Syaa Allah sekejap aje nanti demam dia kebah lah tu," sakat Puan Sri Fazura bila dari tadi dia perhati menantunya itu termenung jauh.

Kamilia Hazel seakan baru tersedar dari mimpi.

Eee takde makna aku nak risau dekat Harraz tu. Iyuu... kata Kamilia Hazel dalam hati.

"Kalau Hazel nak melawat Harraz, masuklah. Kami dah tengok dia dah. Dia masih tidur. Kesan ubat nurse bagilah tu," ujar Puan Sri Fazura.

"Hazel rasa lapar nak beli makanan kat bawah. Mom atau dad nak order something?" Akibat tidak mahu berduaan dengan Ungku Harraz di dalam bilik VIP itu, dia cuba melarikan diri.

"It's okay. Kami kenyang lagi. Hazel pergilah beli apa yang Hazel nak. Nah... ambil duit ni." Tan Sri Ungku Harriz sudah sediakan duit di tangannya untuk diberikan kepada menantunya.

"Eh... tak payah dad. Hazel ada duit," tolak Kamilia Hazel.

Tak mahu dia susahkan bapa mentuanya. Dia sudah ada duit yang keluarganya tinggalkan untuk dia.

"It's okay. Simpan duit tu. Guna duit ni," suruh Tan Sri Ungku Harriz.

Kamilia Hazel mengambil sekeping wang not bernilai RM20. Dia tersenyum. Orang kata, rezeki jangan ditolak.

"Terima kasih dad."

"You're welcome."

Sejurus saja ibu dan bapa mentuanya duduk di bangku luar bilik Ungku Harraz, Kamilia Hazel melangsungkan diri ke tingkat bawah.

Tiba-tiba, seseorang melanggarnya sehingga duit yang diberi oleh dadnya tadi terjatuh. Kamilia Hazel mengutip duit itu.

"Sorry kak." Orang tersebut meminta maaf.

Kamilia Hazel hanya kutip duit dan bangkit berdiri semula.

"Apalah kau ni. Lain kali fokus jalan tengok depan." Sempat dia membersihkan duit itu sebelum memandang gerangan yang melanggarnya tadi.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now