CYKB:60

9.6K 420 27
                                    

"HEY, anak-anak kau ni memekak betullah! Bingit telinga aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HEY, anak-anak kau ni memekak betullah! Bingit telinga aku. Kau senyapkan diaorang boleh tak?" jerit Ungku Harraz dari ruang tamu.

Dia sedang bermain PS4nya sambil terpaksa menjaga Amelya dan Amanda. Sebenarnya dia tak rela pun. Tangisan bayi hanya membingitkan telinga saja. Nak main game pun tak senang. Sakit hatinya bila jeritannya tadi tidak berbalas. Dia mengharapkan Kamilia Hazel menyahut panggilannya.

Mana pula perginya minah ni? Soal Ungku Harraz di dalam hati.

Ruang dapur dijenguk sedikit sebelum memandang Amelya dan Amanda yang semakin kuat menangis.

"Eh, korang dah kenapa menangis? Mengada betul macam budak kecik." Ungku Harraz menyoal bayi-bayi yang tidak bersalah itu seperti orang dungu.

Kemudian, dia tersedar akan kata-katanya. Memanglah Amelya dan Amanda masih budak kecil. Ungku Harraz menggaru kening.

Wajah bengang ditayang sebelum berdecit. Walhal, dia sedang sakit hati dan marahkan Kamilia Hazel, tetapi kembarnya juga terpalit sama. Kerana Amelya dan Amanda anak Kamilia Hazel, sebab itulah dia lepaskan marahnya kepada kembar juga.

"Woi perempuan! Kau tengoklah Amelya dengan Amanda ni! Bisinglah! Aku nak main game pun tak tenang!" jerit Ungku Harraz lagi.

Akhirnya, Kamilia Hazel datang dari arah dapur. Kemudian, dia duduk bersimpuh di atas karpet berbulu lalu menepuk-nepuk kaki kedua-dua kembarnya dengan lembut.

Pampers kembar diperiksa. Mana tahu mereka tidak selesa kerana 'yakyak'. Kalau nak susu pulak, rasanya baru saja dia beri tadi.

"Kau buat apa hah kat dapur? Memasak? Tak berasap pun dapur tu. Dah tahu kau tu ada anak, jagalah," komplein Ungku Harraz dengan perasaan geram. Sedangkan itu tugasnya bila Kamilia Hazel memasak. Tapi sekarang, disebabkan marah dan sakit hati, segala kerja diserahkan kepada Kamilia Hazel untuk mengajar gadis itu.

Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz dengan pandangan tajam.

Biasanya kalau Ungku Harraz dukung mereka macam sebelum ini, memang mereka akan terus diam. Siap tertidur lagi di dalam dukungan papa mereka.

Tapi, nak minta Ungku Harraz dukung kembar pun rasa takut-takut sekarang. Perangai suaminya sudah berubah sejak kejadian hari itu.

"Kenapa kau tak angkat diaorang? Aku kan tengah memasak," ujar Kamilia Hazel menatap Ungku Harraz dengan muka berharap.

"Masalah aku ke?" Ungku Harraz jeling isterinya sekilas.

"Harraz, kau jangan macam ni boleh tak? Aku faham kau tak sihat lagi. Tapi sampai bila kau nak abaikan aku dengan anak-anak? Kami ni tanggungjawab kau," kata Kamilia Hazel, menahan sabar di dalam hati.

Ikutkan hati, mahu saja dia tengking Ungku Harraz. Tapi, dia tidak mahu benda sama terjadi lagi. Serik.

"Pergi suruh Andra." Ungku Harraz menyindir sinis.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now