CYKB:41

9.6K 417 73
                                    

POTATO chip yang masih berbaki di dalam mangkuk dicapai dan disua masuk ke dalam mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

POTATO chip yang masih berbaki di dalam mangkuk dicapai dan disua masuk ke dalam mulut. Tersengih-sengih dia melihat aksi yang lucu yang terpamer di televisyen. Lepas subuh tadi, terasa matanya masih tak boleh lelap seperti selalu.

Tiba-tiba ada mood nak tengok tv, itu yang dia terus turun ke bawah. Umi dan daddynya sambung tidur. Ungku Harraz? Entah, malas nak ambik tahu.

Bila aksi lucu itu menggeletek hati, dia ketawa terbahak-bahak. Terpandangkan lelaki yang baru melabuhkan duduk di sofa jauh sikit darinya, serta-merta mulutnya terkatup rapat. Langsung tak keluarkan suara.

Lawak yang dibuat oleh individu di dalam kaca tv itu pun tidak menggeletek hatinya lagi kerana dia sakit hati memandang wajah Ungku Harraz.

"Tengok cerita apa tu?" Ungku Harraz tersengih mengamati cerita yang ditonton isterinya berseorangan.

Dia bersandar pada badan sofa.

"Uish, best ni cerita ni. Ni cerita zaman aku kecik-kecik dulu," ujar Ungku Harraz turut tertawa bila aksi di televisyen mempamerkan seorang lelaki menyerupai badut membuat tarian dan tarian itu menggeli hati penonton yang melihatnya.

Ada bunyi latar orang ketawa di dalam televisyen.

Sedang elok dia menghayati cerita, siaran ditukar dengan sengaja. Terus dia alih pandang menerkam Kamilia Hazel yang selamba mengunyah makanan sambil remote di tangan menjadi pengawal.

"Laaa... kenapa tukar?"

"Suka. Hati. Aku," katanya satu per satu.

Siaran ditukar sehingga dia berpuas hati dengan siaran drama romantik.

"Hah, biar cerita ni." Tersengih-sengih Ungku Harraz membetulkan duduknya.

Bersedia untuk tengok televisyen dengan aman. Namun, masih Kamilia Hazel tak berpuas hati.

Niatnya nak suruh Ungku Harraz berambus dari situ. Tapi, makin ditukar siaran, makin seronok dan selesa pulak lelaki itu berbaring di sofa.

Siaran ditukar lagi dan lagi. Sengaja nak ganggu ketenteraman Ungku Harraz.

Cepatlah sikit blah! Aku nak tengok seorang diri tanpa ada musuh yang mengganggu. Kejap, kenapa mamat ni tak tidur? Biasanya lepas subuh selalu masih terbungkang. Ni apahal tahan mata juga?

Hmm... dia ni memang tak lain tak bukan. Memang sengaja nak kacau aku. Tak boleh tengok aku aman sekejap. Keluh Kamilia Hazel tidak suka.

"Sayang, nakalnya main tukar-tukar. Meh sini remote bagi aku pegang." Ungku Harraz hulur tangan dan mengharapkan Kamilia Hazel baling remote kepadanya.

Gadis itu tidak layan. Malah, sibuk menukar siaran sesuka hatinya.

"Kau apa hal? Ni rumah aku tau, bukan rumah kau. Remote tv ni ada kat tangan aku, jadi suka hati akulah nak tengok cerita apa pun. Kalau kau nak tengok tv, kau pergi balik rumah kau. Menyemak aje."Kamilia Hazel menyampah dengan perangai Ungku Harraz.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now